Prof Kamil, Debat Diraja, Family DEMI, Adab dan Santun
Dah seminggu tak blogging. Pegi Royal Debate di UiTM Shah Alam. So, kena rangkumkan posting kali ni selama seminggu.
1. Prof Kamil jemput ke rumah dia. Sempena saya pergi ke Shah Alam, sempat lah singgah makan2. Paling best sekali Cheese Cake kak Roza. Puding tu pon best. Layanan? 5 star! Thanks Prof Kamil n Family.
2. Seminggu di UiTM untuk Royal Debate. Jadi juri untuk debat BM. Saya melihat peningkatan yang agak ketara bagi UMP dan USIM. Ditakdirkan UIAM menang melawan UM di final. Tahniah UIAM. Namun, jauh di sudut hati saya, saya kurang senang dengan kebongkakkan pendebat di sesi penggulungan. Ada sesetengah orang cakap itu adalah keyakinan. Namun saya berpendapat itu adalah kebongkakkan apabila kenyataan itu diluahkan pada akhir penggulungan. Semua yang ke sana tahu apa dan siapa yang saya maksudkan. Selaku seorang bekas pendebat dan kini ahli Alumni Debat Malaysia (ADAM), saya rasa pendebat2 tidak perlu bersikap angkuh dan sombong walaupun anda terpilih sebagai Idol Mahasiswa sekalipun, jika anda merendah diri, di sisi ALLAH itu yang lebih utama. Mungkin adik2 pendebat tidak sedar, dalam kita berdebat, pelbagai faktor lain perlu diambil kira. Isu ini akan saya sentuh sekejap lagi.
3. Kelab DEMI UMT lebih dikenali di kalangan ahli2nya sebagai Keluarga atau Family Demi.
Alhamdulillah, dari dulu hingga sekarang ukhuwah dan persaudaraan ahli2nya masih lagi kukuh. Cuma jika ada selisih faham tu, haruslah ditangani dengan cara yang bijaksana. Saya bersyukur dengan wujudnya Family DEMI ni. Sebab hari tu saya dan adik2 ni keluar ke Monsoon Cup sebab banyak gerai yang buat sale. Tapi 2 kejadian sedih menimpa saya. Kasut saya baru beli di Vinci Mid Valley last sunday RM45 hilang di tangga Masjid Abidin. Menangis saya masuk kereta tanpa kasut. Zenita dan DJ teman saya pegi beli kasut baru kat VISS. Melayang RM39. Lepas makan malam kat Mayang Village, kami nak balik ke hostel. Tiba dekat kereta, bumper kereta saya jatuh ke bawah kesan langgar dan lari. Sekali lagi saya nangis kat situ. Fizah, Zenita, DJ dan Fadz yang pujuk saya. Sedihnye!!!! Nape orang2 kat Terengganu hari ni jahat? Dah la curi kasut kat masjid, pahtu langgar lari pulak kereta saya! Masa saya langgar keta pakcik mana tah pakai keta sewa dulu, saya tunggu sampai pakcik tu datang dan bayar gantirugi tau! Dosa la korang! Saya dah maafkan pencuri dan pelanggar tu. Tapi hati saya sedihla sebab nampak sangat masyarakat Malaysia tak beramadun dan tak bertanggungjawab. Patut ramai orang suka tulis surat layang dan jadi anonymous di blog2. patutnya kita berani menyatakan nama kita. Takpelah, buat si pencuri dan pelanggar, saya maafkan kamu. Tapi kamu jawablah depan ALLAH nanti di padang Mahsyar kerana kamu berlaku zalim pada orang terutama student sengkek macam saya. Huwaaaaaaaaaa!!! Buat adik2 DEMI, thanx a lot. Moga ukhuwah kita kekal selamanya.
4. Santun dan Adab. Ini antara nilai2 yang semakin hilang dalam diri kita. Terutamanya dalam generasi pendebat zaman ini, yang konon2nya mengatakan kita harus praktis sokmo berdebat dengan belajar membidas dan melaser. Sesungguhnya adik2, pemahamanmu itu salah, laser melaser itu bukan membentuk generasi pendebat yang baik, tapi melahirkan manusia yang kurang ajar dan biadab. Contoh: Kakak A menyatakan, "Cantiknya baju anak dara ni." Kakak B menjawab, "Habis, yang bercakap tu tak ada dara kah?" Malunya adik2.. Adakah itu contoh bidasan yang tepat dan wajar sesuai dengan ilmu selaku pendebat dan muslimah? Isu dara atau tidak seseorang itu isu maruah. Tambahan diucap dihadapan lelaki ajnabi. Hilang sudahkah rasa malumu? Sekiranya anda ingin membidas sekalipun, cukplah sekadar mengatakan, "Itu puji ke perli tu?Heheh" Sekurang2nya tiada hati yang terguris. Sebagai pendebat kita diajar dan dilatih untuk menilai dan mempersoalkan segala kesilapan dan kelemahan pihak lawan. Namun, yang menjadi pengamalan para pendebat Junior ini, ialah mengutuk2 kekurangan fizikal. Bila kita mepersoalkan kekurangan fizikal seseorang sekaligus kita mempersoalkan hasil ciptaan ALLAH. Kita selaku pendebat belajar membidas kesalahan fakta, bukan saiz badan, warna kulit, bentuk hidung, suara mahupun kelemahan peribadi manusia.
Jadilah pendebat yang bijak, beradab dan bersantun. Menghormati orang akan membuatkan kita dihormati. Mengeji orang akan membuatkan kita dikeji. Jadi lah Mahasiswa yang pandai berdebat dan intelek. Sesuai dengan nama keluarga kita, Keluarga DEbat dan Mahasiswa Intelektual, UMT.
3 comments:
Salam..
Apa lah.. cik Amni ni, Selipar hilangpun tempias marahnya sampai kat cik noni (Anonymous) yang tak tahu apa-apapun..
Kesiannya.. pergi pakai Selipar, balik pakai Kaki Ayam… hehehe…
Kalau cik nonilah yang mengganggu blog cik Amni, harap sangatlah di ampun dan maaf, lepas ni kita tak nak lagilah ke blog ni..
Lepas ni nak ke blog sapa la pulak ??… Uwaaaa…
cik noni unicae @ cubaan, saya tau lah awak tu... tgk ayat pon dah kenal. hehehe... jgn la majuk, meh nak pujuk..
kalo selipar, takde harga dia mahal ok??? ni kasut, Vincci lagi taw! RM45.90. bukan cik noni yg ini saya maksudkan, tapi cik noni kat blog2 lain yang bagi komen tak bertanggungjawab dan menyakitkan hati banyak pihak. Awak ok je.. huhu... u rocks!! Jangan majuk ye?? =)
assalamualaikum kak amni..
sy jumpe blog akak ni melalui google search..
saye ni kire..mmg junior lah dlm debat nih..xpenah masok pon..last skali pon mase sekolah rendah dulu..
well, straight to the point, saye nak mintak tlg akak..akak ade x sebarang teks or contoh untuk debat? or video2x yang saye boleh jadikan rujukan..?
minat saye dlm debat masih malap tapi saye nak cuba juga benda baru ni dan belajar bercakap depan orang dan menjadi lebih confident..
kalau akak boleh tolong saye dlm ape2 rujukan, boleh la contact saye di email..
ashchronicles89@yahoo.com.sg
terima kasih.
Post a Comment