Makan Chim Chum Dengan Gembira!!
Pernah makan makanan Korea? Saya suka tengok cerita Korea. KDrama memang best. Paling saya suka ialah My Girl dan Full House. My Love Patzzi pun best jugak. Dalam semua KDrama tu, heroin dia kuat2 makan belaka.
Mak dan abah selalu pelik bila bawak saya pi makan2 kat kedai. Saya order makanan2 yang tak pernah depa dengar. Saya pernah order Koey Teow Kungfu masa makan dengan abah dan mak, mula2 abah pelik, lepas tu bila dia dah rasa sikit dan sedap pulak tu, abah order untuk tapau. Lepas tu pernah dulu depan Taman Ihsan ada kedai makan 3 rasa; malay, western, chinese. Saya order Claypot mee dan Sizzling Mee. Pun mak dan abah heran jugak. Tapi malam tu abah pecah tradisi la, makan Chicken Chop. Haha..
Semalam, tetiba teringin nak makan kat Restoran Gong Datuk. Ada makanan Korea kat situ. Pernah pegi dengan Ayu untuk makan buka posa, tapi Ayu, being herself, don't even wanna try a bit. So, tak boleh nak order sebab dia tak buat untuk sorang makan. At least 2 orang. So semalam pegi dengan Lily and Aisyah. Aisyah belanja. Huhu. BEST! Love u Aishah!
Rupanya chim chum ni ala2 stimbot je, tapi kalo stimbot tu api dia guna gas, api chim chum ni guna arang. Ada 16 Jenis makanan dalam chim chum ni. Tapi bayar murah je RM12.90 sorang dewasa, RM6.50 kanak-kanak. Makan la banyak mana yang larat, harga tetap sama. Tu yang lagi best tuh! Haha..
Antara benda2 yang dihidangkan:
1. Nasi Goreng Cina 2. Mee Goreng Basah 3. Daging Black pepper 4. Ayam black paper 5. Sotong 6. Kangkung 7. Suphoon 8. Kobis Panjang 9. Fish ball 10. Fish cake 11. Obor2 (jellyfish) 12. Chicken nugget 13. Prawn Ball 14. Squid Ball 15. Mae Phranom (sos cili untuk cicah ayam goreng) 16. Crab Ball
Wah la weh!! Memang puas, kami makan dengan gembiranya sampai lupa nak amik gambar. Tapi Lily n Aishah makan tak banyak pon, saya tukang habiskan. Kalo nak tambah boleh tambah lagi, tak payar bayar lebih, tapi kalo kita amik dan tak habiskan, kena caj RM10 sebab membazir. Haha, itu pasal kami habiskan jugak walaupun dah se'eh(full). Memang best lah.
Bagi saya, yang paling best obor2 tu lah. Hihi. Bekas untuk masak tu ala2 macam ni la:
Kita bakar ayam, daging dan sotong atas tu. Sekeliling bekas tu ada sup yang kita letak benda2 lain, macam stimbot tu. Maknanya 2 dalam 1, sambil bakar, lemak2 daging dan ayam akan meleleh masuk dalam kuah sup tu. Fuih, tak terkata sedapnya.
Kedai ni Kedai Melayu, so takdela benda2 haram yang dicampur. Kuah yang dalam sup tu pon senang je nak buat, air rebusan ayam dan daging, campur kiub pati ayam dan ikan bilis. Letak garam sikit. Kami makan guna chopstick, kepit lauk, cicah dalam mae phranom, pahtu makan terus. Sebelum tu makan la nasik goreng and mee goreng tu. Memang kenyang lah. Kiranya minggu ni saya dah 2 kali la makan benda2 macam ni. First, cikgu Sabri sekeluarga belanja makan steamboat kat BB Seafood, pahtu semalam Aishah pulak belanja makan chim cum ni. Alhamdulillah murah rezeki. TApi belanja student sengkek macam saya makan, memang nanti murah rezeki lah depa tu. Haha.. Ameen.. Ok, lain kali kami pergi pulak, kami ambik gambar. Kalau Abang Yus n Kak Abi mai ni best lah, depa pon sekepala ngan saya. Suka try makan benda2 baru. Kalau ada jual periuk chim chum tu, ingat nak beli lah. Nak try masak kat rumah bila berkumpul ramai2.
Oklah, nak solat maghrib, then nak jemput Kak Eyta dan Habil balik. Annyonghi kyesayo! Kamsahamnida!
6 comments:
aslmualaikum.. wah berseleranya posting kali nih.. nyum2!!! nanti kalau ada makanan tu dsini, sy nk try lah..
Ann Yo Ha Sayo..
Orang-2 Korea ni nampak makan banyak, memang banyakpun dia orang makan.. penting untuk kita ketahui disini adalah Korea adalah sebuah negara miskin (dulunya), jadi mereka telah dididik bila makan mesti dihabiskan kesemuanya jangan tinggal lauk yang berlebihan, mungkin dari ini kita nampak mereka-2 ni makan banyak !!!. Kitapun boleh amalkan semasa makan, cuba pastikan tidak ada makanan yang membazir.. !!!.
Jika ke kedai makan Korea pastikan jangan minum “So Ju”.. (Sejenis arak buatan Korea yang diperbuat daripada beras)..
Makanan kegemaran orang-2 Korea adalah “Kim Chi”.. Mengikut tradisi lama Korea, jika ingin mencari bakal isteri, perlulah dicari seseorang jang pandai membuat Kim Chi (Yang sedap laa…).. Hehehe..
Resepi: Kim Chi ni diperbuat daripada kobis panjang (Bukan kobis bulat tu..) lada kering + bawang putih + garam, ditumpuk kemudian dilumurkan pada kobis tersebut (luar dan dalam) kemudian masukkan dalam bekas dan ditanam dalam salji selama 1 –2 minggu.. Kalau nak buat kat sini masukkan dalam peti ais aja la..
Kim Chi kalau kat klate macam budu laa.. mesti mau ada punya.. Hehehe
Satu lagi yang mesti kena ada adalah bawang putih.. Biasanya bawang putih 2-3 labu (jangan buang kulit) dimasak dalam mikro wave (20 – 30 saat) sampai isi bawang putih menjadi lembut.. Pehh… Sodapnya..
Ham Sa Ha Mida
kalau yan datang tganu dgn amin n anak2, nanti saya bawak makan c2.
ubi:thanx 4 the resepi, nanti nak try
Ham Sa Ha Mida
Boleh makan ke masakan korea ???..
Kebiasaannya orang korea makan nasi sedikit sahaja tapi lauk banyak.. Ni ada sedikit lagi resepinya..
Sup adalah perkara yang mesti ada, salah satu daripada supnya adalah sup sayur.. Tumiskan bawang putih + bawang merah + sedikit garam pastikan benda-2 ni ditumbuk dulu ye (gunakan sedikit minyak bijan semasa menumis) setelah bangkit bau masukkan air kemudian masukkan pucuk cekak manis dan “ubi” kentang yang dipotong dadu masukkan 1 – 2 cube perasa ikan bilis.. Hehehe
Ikan bilis bermadu: Cuba dapatkan ikan bilis yang betul-betul bilis (kecil) sebesar batang mancis tu digoreng kemudian masukkan (bawang putih + bawang merah + sedikit garam) pastikan 3 benda ni ditumbuk (jangan boh terlalu banyak sangat) takut nanti jadi sambal pula.. Sikit saja tau.. kemudian campurkan sedikit madu..
Siput sedut (Hehehe) pastikan dipotong/gunting/kerat bahagian belakang siput sedut tersebut (kalau tak potang nanti tak leh sedut.. tak keluar), cara memasaknya adalah dengan merebus lebih kurang sama dgn rebus kerang, iaitu masukkan siput sedut kedalam periuk + serai + (bawang putih + bawang merah + halia) potong halus-2 campurkan sedikit garam dan sedikit gula.. paras air adalah lebih kurang menutup paras siput tersebut..
Ikan bakar, ikan ini hendaklah dibelah dua dahulu (bukan potong dua taw..) tumbukkan sedikit (bawang putih + bawang merah + kunyit + garam + lada kering) gaulkan pada ikan tersebut kemudian dibakar… Huuuu
Nasi kebiasaannya orang korea makan nasi yang macam beras pulut.. Boleh dapatkan beras cap Sumo (dari Jepun) boleh diperolehi kat M’sia, beras korea lebih kurang gitulah..
Ann Yo Ha Sayo..
Ada dua lagi resepi..
Telur hancur: Cara membuatnya ambil 2- 3 biji telur ayam dikacau sehingga sebati antara yang putih dan kuningnya dalam satu bekas.. Panaskan air dalam periuk, setelah air mendidih masukkan telur tadi kedalamnya dan kacau sehingga telur menjadi hancur. Masa nak makan nanti bolehlah dicampur dengan kicap dan lada hitam.. Sodapnya..
Jangan lupa Teh korea.. hampir sama dengan Teh cina (jangan campur gula ya), sejukkan teh (masukkan ke dalam peti ais) sebelum dihidangkan..
Selamat memcuba resepi-resepi Korea..
Ham Sa Ha Mida..
Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.
Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.
Terdapat 3 pilihan saiz -
Saiz S (30cm) - RM 70.00
Saiz M (35cm) - RM 90.00
Saiz L (40m) - RM 120.00
**Untuk borong harga boleh runding.
**Harga tidak termasuk kos penghantaran.
**Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
**Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.
HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/
SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD
SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....
Post a Comment