Tuesday, March 27, 2007

Kampung Hadhari Ada Hari

Sabtu lepas pegi perkampungan hadhari kat Pulau Duyong. Serius tak best, tak nampak pon hadhari nye.
Gerai2 dipisah2kan. Gerai penaja dapat tempat kat dalam pagar, peniaga2 tempatan kat luar tgh2 panas. Pameran2 pon tak de satu pon kehadhariannya.
Nampak macam Jom Heboh je... Jom jom jom, jom heboh heboh!!!!
Apa yang bezakan cuma pengacara2 dia bertudung, n Kak Kiah Anas pun lilit tudung jugak. Maybe lilit coz Tganu mmg agak panas sampai tak tentu arah semua org. Panas yang pedih kulit. Tahun2 lepas tak macam ni.
Satu lagi, kalau Jom Heboh sesi karaoke nyanyi lagu biasa, Kampung Hadhari karaoke nasyid Rabbani. HUH!
Kalau Jom Heboh, malam last buat konsert, Kampung Hadhari konsert petang, malam buat Halaqah (Forum Agama).

Boleh kita kata, Kampung Hadhari ni sebagai Jom Heboh yang dipakaikan Busana Muslimah dan Islamik Mekap plus tukar nama.
Serupa macam Angelina Jolie pakai selendang kat Pakistan.
ISLAM sememangnya waqi'iyah, ISLAM sesuai dengan semua tempat. Tapi bukan lah bermakna, bila ISLAM di KL namanya Jom Heboh, tapi di KB(kepala batas) dan KT (kuala terengganu) namanya Kampung Hadari.

Betullah ISLAM Hadhari itu ada HAD hari2 nak laksanakannya, ada HAD negeri2 yang dia nak pegi.


HADHARI HADHARI HADHARI.... YEAH YEAH YEAH!!!
(p/s: ala2 akbar n yaasin atas pentas kampung hadhari)

Monday, March 19, 2007

assalamualaikum

..mari ke malam anugerah inspirasi seni(MANIS) yang bertempat di kolej islam sultan alam shah (KISAS), KLANG.


tarikh-21 april 2007
tempat-dewan besar kolej islam
artis -rabbani
waktu-2.00-11. 45mlm
tema-evolusi implementasi dakwah
tiket-rm6.00

sebarang maklumat lanjut boleh sms-0172954137 (baihaqi) -sms shj-

"Islam dihayati, iman dipelihara, jiwa dihiburi"


ape2 hal pegi blog http://khosyatullah-alhaq.blogspot.com/



p/s: Kenangan MANIS masa tahun 98/99, best tol!!! jgn lupa pegi.. sape2 yg ada kat klang tu... kalaulah aku kat area KL sure aku pegi... aku bukanla semngan KI sangat tapi benda2 baik yg aku blaja kat sana, aku still amal sampai skang. benda2 buruk pun ada gak ter'amal' skali skala.. huhuhu... i miss KISAS a lot. huhuhuhu... :'(

Dosa, taubat, dosa, taubat.... dosa, taubat.....

Astaghfirullah... apa nak jadi??? Dah byk kali buat dosa, banyak kali insap, tapi buat balik.. isk isk... huhuhu...

































kan dah janji tak nak gigit pipi?? dah berdarah baru nak insap... huhuhu... :'(


p/s: teringat kat dell.. kami berkongsi hobi yang sama.. ntah masih sama or tidak. huhuhu... sakit!!!

Wednesday, March 14, 2007

Wahai Adik-Adikku

Assalamualaikum adik-adik kakak,

Apa khabar adik-adik tersayang? Kakak doakan agar adik-adik sihat dan ceria selalu disamping terus-terusan di dalam rahmatNYA.
Adikku, kakak menulis surat ini terus dari hati kakak setelah beberapa peristiwa berlaku di hadapan mata kakak. Peristiwa yang mana berlaku pada insan yang sebaya dengan adik- adik, yang membuatkan kakak beristighfar dan mengucap panjang dan hati kakak berdoa agar peristiwa itu tidak berlaku kepada adik-adik yang kakak sayangi.
Adik, kakak masih lagi belajar dan bekerja pada waktu yang sama, seperti yang adik ketahui. Jadi kakak tiada banyak masa untuk mendampingi, menasihati dan memerhatikan adik-adik. Tapi jauh di sudut hati kakak, amat kakak kesali ketidakmampuan kakak mendampingimu kerana kakak takut kesan dari renggangnya kita memberi impak negatif buat adik.
Kakak ingin bercerita pada adik tentang 3 perkara utama yang belum kakak sentuhi pada surat-surat kita sebelum ini.

1. Adikku sayang, pagi ini kakak buka berita dunia berkaitan penggalian Al-Quds oleh puak2 Zionis yang kononnya mencari Haiqal Nabi Sulaiman. Adikku, tahukah kenapa kini begitu mudah umat ISLAM ditindas dan di cabul hak dan kehormatan mereka? Adik perhatikan bagaimana tidak kita dicabul, kita tidak bersatu adikku. Kita Ummat ISLAM hanya menyeru perpaduan berlaku sedangkan kita tidak bergerak ke arah itu. Satu kata-kata yang pernah kakak baca sebelum ini, "Manusia yang hanya pandai bersuara tidak pandai membuat kerja." Harapan kakak, agar kita selepas ini lebih banyak bergerak dan melakukan kerja berbanding bersuara. Bukankah semakin banyak kita bercakap, semakin banyak dosa kita? Adik, kakak rindu ramainya jemaah di surau seperti masa kakak belajar di KISAS dahulu. Kakak pernah mengajak rakan serumah solat terawih di masjid pada Ramadhan lalu, namun kakak dicemuh dengan jawapan, "Saya tak solat terawih, nak pergi, pergilah. Tak payah nak ajak-ajak pulak!" Kakak sedih adik, sehari demi sehari kesabaran kakak semakin tipis. Nampak tak adik? Sedangkan dalam komuniti kecil kita pun, tidak kita mampu untuk satukan, bagaimana mungkin kita satukan seluruh umat? Jawapannya ada satu sahaja: ALLAH. Apabila setiap insan yang MUSLIM ini mula menyembah DIA dengan satu matlamat (mendapat ridha), satu qiblat, tika itu baru dapat kita lihat kesepaduan umat kita wahai adik. Dan bagaimana mungkin itu berlaku? Kitalah adik, kita yang mempunyai kesedaran ini perlu mulakannya di dalam hati kita. Kemudian rakan sahabat terdekat, keluarga dan komuniti rapat kita.
Janganlah akibat lalainya kita pada ibadah pdNYA, membuat tergadai maruah dan negara. Jika ingin kita selesaikan isu besar, pasti perlu kita betulkan isu yang kecil dahulu.

2. Adik, cerita kedua ialah pengalaman kakak semalam di hadapan asrama. Kakak menunggu kawan kakak di hadapan pondok jaga depan asrama. Di tepi kakak ada sebuah skuter dan di sebelahnya ada sebuah kereta kancil. Sepanjang setengah jam kakak menanti kawan kakak itu, tidak kakak nampak sebarang kelibat manusia di kiri kanan kakak. Hanya di jalanraya dan di pintu masuk asrama sahaja. Namun, sebaik sahaja pakcik jaga mula menarik pagar untuk ditutup tepat pukul 12 malam, kakak sangat terkejut melihat seorang gadis sebayamu muncul dari sebalik skuter itu, dan kemudian muncul pula seorang lelaki dari tempat yang sama. Gadis itu bersalaman dan mencium tangan pemuda itu. Namun adikku, kakak pasti tiada sebarang hubungan yang sah antara mereka kerana mereka ialah pelajar yang kakak ajar semester lepas. Adik, hampir kakak menjerit terkejut, kerana dari sebalik tong sampah besar depan asrama juga muncul 2-3 pasang kekasih saling berdakapan, meraba-raba dan asyik dalam dunia mereka. Paling menyedihkan kakak, mereka adalah remaja seagama dengan kita wahai adik. Hancur hati kakak melihatnya. Hati kakak berseru, "Amni, sekarang masa bagimu bertindak. Mungkin selepas ini tiada lagi kesempatan bagimu." Kakak menghampiri sepasang dari mereka yang wajah mereka hampir berciuman, lalu kakak menyapa. " Adik, tolonglah jangan menyusahkan kami!" Mereka terkejut lalu bertanya pada kakak kenapa kakak berkata begitu. "Adik, tahukah kamu, perbuatan kamu mengundang murka ALLAH? Dan jika DIA sudah marah, kami yang tidak terlibat akan turut dilanda murka dariNYA?" Terkedu pasangan itu, lalu mereka mula menjarakkan diri lalu berpisah. Walau tidak kakak ketahui apa tindakan mereka, sekurang-kurangnya kakak berasa sudah melakukan sedikit dari suruhan nahi mungkar.Kakak menegur mereka dengan membayangkan mereka sebagai kamu adik-adikku. Jangan biarkan hati kakak resah lagi adik, pelihara lah maruahmu.

3. Cerita kakak yang terakhir ialah tentang masa. Kakak menerima sms dari seorang sahabat kakak berbunyi, "Anything the mind can conceive and believe, it can achieve! ALLAH gave you 24 hours a day, if you don't utilize them to the best of your ability, you deceive ALLAH, your family and yourself." Kakak tahu adik-adik semua bijak, jadi kakak biarkan adik mentafsir sendiri maknanya. Kadang-kadang kebenaran itu lebih manis jika kita hayati sendiri.

Sekian adik-adikku. Semoga sejuk perut bonda yang melahirkan kamu semua dengan pekerti kamu yang menjadi pewaris para anbiya' dan solehin. Ameen.. Sudi-sudikanlah membalas surat kakak dengan perkhabaran kamu sekalian. Kakak hanya mampu berdoa dan berdoa, serta menegur sekadarnya. Bersamalah kita berusaha meningkatkan iman kita dan tidak terhanyut oleh tusukan jarum iblis laknatullah.

Wallahu a'alam dan wassalam...

Kakakmu seISLAM,
Noor Amni binti Mohamad Khassim.
14 Mac 2007
Bilik Siswazah B,
Universiti Malaysia Terengganu.

Bermula Gerhana




















gambar gerhana bulan dari blog Podjokan


Gerhana bulan yang baru2 ni terjadi, sempat saya lihat. Tapi nak solat sunat gerhana tak boleh pulak. Cuti2 Malaysia!!! :">

Saya atas van dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Kawan2 seperti Adib, Musy'ab, Liza, Diba, Afiq, Madie dan Amir nampak la. Dari mula hingga akhir gerhana. Pertama kali tgk. Rasa takjub. Sikit demi sikit bulan tu hilang dari pandangan.

Subhanallah.

Sunday, March 11, 2007

Rintihan as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Rintihan as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
Berikut adalah petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.
Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami.
Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP