Wednesday, December 20, 2006

Hukum Bersentuhan Dengan Ajnabi

Saya ingin petik artikel dari akhbar Berita Harian yg mana wartawan Zubir menemubual artis Ziana Zain.
--------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Zubir menjayakan sesi fotografi edisi khas raya Bintang Popular, baru-baru ini, Zubir sempat bersembang dengan pelakon kening terangkat, Ziana Zain yang suatu ketika dulu pernah meletup-meletup menerusi filem Sembilu dan Sembilu 2, sekali gus bertanyakan hal pegang-pegang tangan ini.

Kalau banyak sangat pantang larangnya, lebih baik jangan berlakon. Berlakon ni kita memerlukan feel dan setiap pergerakan, ada maksud tersendiri. Kalau itu tak boleh, ini tak boleh, macam-macam hal, rasanya tak usah berlakon.

“Jangan buat orang lain marah dengan kenyataan kita. Kalau belum bersedia untuk bergelar seorang pelakon, kakak rasa, elok menyanyi sajalah dik
,” kata Ziana mengulas prinsip Mawi apabila beraksi di layar perak.

Sekadar memetik kenyataan di sebuah ruangan pojok minggu lalu, “Kalau kita tengok dunia filem Iran misalnya, lelaki dan perempuan tak boleh bersentuhan. Tapi, pelakon lelaki Iran masih boleh berlakon. Yang lebih menariknya, filem mereka menggerunkan apabila masuk festival antarabangsa.”

Ziana mengulas ringkas: “Dik, di Iran, itu budaya mereka.”

Bagi Zubir, baik Rosyam, M Rajoli mahupun Ziana, masing-masing ada prinsip tersendiri. Begitu juga dengan Mawi. Kalau Mawi tak mahu bersentuhan dengan kulit perempuan, biarlah kerana dia dah selesa macam tu. Tapi soalan cepumas, itu prinsip sebenar Mawi ke atau sekadar telunjuk orang di sekelilingnya. Kwang, kawang, kwang...


------------------------------------------------------------------------------------------

Itu kata ziana. Budaya di Iran. Meh kita tgk pulak, kan kerajaan cakap kita ni negara Islam Hadhari??

-----------------------------------------------------------------------------------

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan.

Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan


kredit: dari laman web islam hadhari

---------------------------------------------------------------------------------

apa yang saya nak pertikaikan kat sini ialah, pandangan sempit ziana bahawa budaya Iran tidak membenarkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Kita ni di Malaysia membenarkan bersentuhan lah ye?? Agama apa ni?? Sebelum cakap ada pikir dulu ke?? Walaupun isu ni dah lama dan hampir basi, saya memandang berat kerana artis2 kita ni seolah2 tuhan yang diagung2kan peminat mereka. Apa yang mereka katakan seperti satu sabda atau wahyu. Peminat akan melenting jika kita mengkritik artis kesayangan mereka.
Kalau ziana boleh nak menasihatkan mawi, saya nasihatkan ziana, tolong baca buku dan kitab, paling tidak pon buka je laman web yang berpuluh juta di internet tentang hukum bersentuhan antara ajnabi. (jangan2 ajnabi pun dia tak tahu makna) Dan saya di sini ingin menjelaskan, saya bukan membela mawi kerana mawi pun serupa tu jugak la. setakat berlakon sahaja tak nak berpegangan, bagaimana pula bersalaman dengan peminat2 wanita? Tgk contoh dia bersalam dgn bekas tunangannya dalam TV1 dahulu.

Saya sertakan pula hujah2 dari sudut ISLAM ttg hukum bersentuhan ini yang saya perolehi di sini: Syariah Online
-----------------------------------------------------------------------------

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Rasulullah sendiri ketika membaiat para wanita beliau hanya berkata-kata tanpa bersentuhan tangan (H.R. al-Bukhari).
Disebutkan pula oleh Abdullah ibn Amr bahwa Rasulullah tidak menjabat tangan wanita saat melakukan baiat (H.R. Ahmad).
Dapat disimpulkan, Rasulullah saw. tidak berjabat tangan dengan wanita, padahal dalam kondisi penting dan dibutuhkan yaitu baiah.
Sementara, hukum bersentuhan antara laki-laki dan wanita dalam keadaan darurat dan terpaksa diperbolehkan (misalnya dalam pengobatan jika tidak ada sesama jenis kelamin yang bisa mengerjakannya).
Adapun bersentuhan tangan dengan orang yang telah lanjut usia yang tidak menimbulkan syahwat dan aman dari fitnah dibolehkan. Hanya saja, tidak melakukannya lebih baik.
Terkait dengan kondisi Anda, agar interaksi dengan wanita yang bukan mahram berjalan secara baik bisa dilakukan dengan komunikasi yang ramah, sapaan yang santun, dan sebagainya. Jadi, tidak selalu dengan berjabat tangan. Di awal-awal hal ini memang terasa berat. Namun, ketika kita komitmen dengan ajaran Islam, menjelaskannya secara baik, seraya meminta pertolongan Allah, hubungan silaturahim insya Allah akan tetap terjaga.
Wallahu a’lam bi al-shawab


----------------------------------------------------------------------------------
Lagi dalil ttg pengharaman bersentuhan antara bukan mahram:

1.Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit/bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya bahawa jika pihak yang terlibat (yang ada hubungan kekerabatan/persemendaan)terlebih dahulu menghulurkan tangannya, maka harus menyambut huluran tangannya dan seterusnya bersalam dengannya dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.Lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah agar tidak memulai berjabat tangan dengan yg bukan muhrim.
Bagaimanapun, majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah.
Wallahu a'alam.


2.Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang
ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama: Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah
Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah,
tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu
dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang
biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah
dijalankan.

Dalil kedua: Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan
perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.


3.Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam
atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat: a) Pengubatan itu
dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai. b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh
mengubatinya.


4. Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."


5. Dalil Pengharaman Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

Dari Urwah bin az-Zubair, katanya, “Aisyah r.a. pernah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menguji beberapa orang perempuan yang beriman yang datang kepadanya, dengan firman Allah Taala:
“Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurkaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka..” (Al-Mumtahanah: 12)
Maka di antara mereka yang sepakat dengan syarat ini. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu.” “Demi Allah”, kata Aisyah, “tangan baginda s.a.w. tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun ketika berbaiah. Baginda hanya berbaiah dengan perkataannya: “Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal itu.” (HR al-Bukhari)
Aisyah r.a. meriwayatkan: Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w. menyentuh tangan seorang perempuan kecuali yang Baginda miliki (isterinya). (HR al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan ketika berbaiah.” (HR Ahmad).
Dari Muhamad bin al-Munkadir dari Umaimah binti Duqaiqah, katanya: “Saya pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang perempuan untuk berbaiah atas Islam. Maka mereka berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., kami berjanji setia bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah. Kami tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang kami ada-adakan antara tangan dan kaki kami, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Maka bagaimana kalian mampu?” Mereka menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang paing mengasihi kami daripada diri kami sendiri. Marilah kami berjanji setia kepadamu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seratus perempuan seperti ucapanku kepada seorang perempuan.” (HR Malik & Nasa’i)
Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).” (HR At-Tirmizi)


Sumber rujukan: internet (taip je "hukum bersentuhan", "menyentuh ajnabi", "bersentuhan dengan bukan mahram" kat google tu, sure banyak.)
-------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, jika kita menetapkan Islam IS The Way of Life, kita pasti tidak akan bertolak ansur dalam hal ini. Kadang2 kita tidak menyedari, perkara yang kecil itu, akibat daripadanya sangat besar. Jangan kita ragu2 lagi dengan apa yang telah ISLAM tetapkan.

Berikut adalah link tentang isu ini:

MStar Online

Wallahu a'alam

6 comments:

Anonymous 9:48 AM

aku suka entri ni.bagus.

amni 12:17 PM

kadang2 yg benar itu pahit. namun jika ada manisnya pada kebenaran, maka itulah tandanya kemanisan iman =)

Humyrah 1:59 PM

bagus2 amni.. saya dan kawan2 saya pon ada mengutuk kenyataan ziana zain tu..

ADam Dryx 8:14 PM

Salam terlebih dahulu saya berikan...

Apa yang tercoret disini adalah benar sama sekali,..

Namun begitu,..

Kita tak pernah bergelar artis, dan kita tak pernah dilayan seperti artis popular...
Berbeza, Ziana zain dipuja.

Apa yang diperkata oleh ziana ketika itu adalah respon spontannya pada masa itu. Saya tidaklah mengatakan apa yang dilafazkannya itu perlu kita akur dan terima, tapi sekurang-kurangnya memahami mengapa dikatanya sebegitu rupa adalah lebih bagus dan mulia...

Saya boleh membayangkan betapa sukarnya menjadi artis ternama dan menjawab segala persoalan berkenaan agama...
Tersilap cakap dan tersalah fahaman bisa mencetuskan salahfaham...

Apakah agaknya jawapan paling baik yang harus ziana berikan?

Sebagai artis, saya pasti setiap jawapan yang ziana berikan akan menimbulkan bahan bualan dikalangan pembaca...

Anyway, andainya Waheeda yang bertudung litup memberikan komen sebegitu rupa, maka wajarlah kita membincangkannya...

Tapi andainya ziana yang terkenal dengan aksi seksi walaupun berbaju seluruh badan, maka wajarlah kita abaikan...

Saya suka posting tuan ini, cuma saya melihat dari perspektif yang berbeza....

Wallahualam

Yu. Raziah Anuar 3:12 PM

Sy stuju ngan amni...
Umat Islam semakin ia diberi nikmat oleh Allah, mrk smakin bongkak dan sombong..perintah Allah ditinggalkan dan yg dilarang itu yg nk dibuat.
Kdg2, sedar x sedar sebenarnya kita ini berada di pasca zaman jahiliah moden...Segala urusan kita didnia ini adalah pilihan kita...cuma tepuk dada tanya iman...bukan tanya selera...kalau tanya selera..itu keputusan mengikut nafsu semata...
Sama2lah kita renungkan... kalau bkn kita yang mempertahankan hukum2 Allah ini sape lagi... Jadilah kita seperti burung gagak putih dikalangan gagak2 hitam yang berleluasa....Renungkanlah...
Wallahu a'lam

Fastabiqul Khoirat 10:19 PM

salam...
nak sentuh bab yg adam dryxx taipkan tu..

waheeda ke ziana ke...mrk tetap wanita. dan wanita itu adalah fitnah diakhir zaman...Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. sabdanya:

Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.

so, tidak kira lah dari pandangan mana pn...jgn belakangkan Islam. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP