Wednesday, December 20, 2006

Hukum Bersentuhan Dengan Ajnabi

Saya ingin petik artikel dari akhbar Berita Harian yg mana wartawan Zubir menemubual artis Ziana Zain.
--------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Zubir menjayakan sesi fotografi edisi khas raya Bintang Popular, baru-baru ini, Zubir sempat bersembang dengan pelakon kening terangkat, Ziana Zain yang suatu ketika dulu pernah meletup-meletup menerusi filem Sembilu dan Sembilu 2, sekali gus bertanyakan hal pegang-pegang tangan ini.

Kalau banyak sangat pantang larangnya, lebih baik jangan berlakon. Berlakon ni kita memerlukan feel dan setiap pergerakan, ada maksud tersendiri. Kalau itu tak boleh, ini tak boleh, macam-macam hal, rasanya tak usah berlakon.

“Jangan buat orang lain marah dengan kenyataan kita. Kalau belum bersedia untuk bergelar seorang pelakon, kakak rasa, elok menyanyi sajalah dik
,” kata Ziana mengulas prinsip Mawi apabila beraksi di layar perak.

Sekadar memetik kenyataan di sebuah ruangan pojok minggu lalu, “Kalau kita tengok dunia filem Iran misalnya, lelaki dan perempuan tak boleh bersentuhan. Tapi, pelakon lelaki Iran masih boleh berlakon. Yang lebih menariknya, filem mereka menggerunkan apabila masuk festival antarabangsa.”

Ziana mengulas ringkas: “Dik, di Iran, itu budaya mereka.”

Bagi Zubir, baik Rosyam, M Rajoli mahupun Ziana, masing-masing ada prinsip tersendiri. Begitu juga dengan Mawi. Kalau Mawi tak mahu bersentuhan dengan kulit perempuan, biarlah kerana dia dah selesa macam tu. Tapi soalan cepumas, itu prinsip sebenar Mawi ke atau sekadar telunjuk orang di sekelilingnya. Kwang, kawang, kwang...


------------------------------------------------------------------------------------------

Itu kata ziana. Budaya di Iran. Meh kita tgk pulak, kan kerajaan cakap kita ni negara Islam Hadhari??

-----------------------------------------------------------------------------------

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan.

Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan


kredit: dari laman web islam hadhari

---------------------------------------------------------------------------------

apa yang saya nak pertikaikan kat sini ialah, pandangan sempit ziana bahawa budaya Iran tidak membenarkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Kita ni di Malaysia membenarkan bersentuhan lah ye?? Agama apa ni?? Sebelum cakap ada pikir dulu ke?? Walaupun isu ni dah lama dan hampir basi, saya memandang berat kerana artis2 kita ni seolah2 tuhan yang diagung2kan peminat mereka. Apa yang mereka katakan seperti satu sabda atau wahyu. Peminat akan melenting jika kita mengkritik artis kesayangan mereka.
Kalau ziana boleh nak menasihatkan mawi, saya nasihatkan ziana, tolong baca buku dan kitab, paling tidak pon buka je laman web yang berpuluh juta di internet tentang hukum bersentuhan antara ajnabi. (jangan2 ajnabi pun dia tak tahu makna) Dan saya di sini ingin menjelaskan, saya bukan membela mawi kerana mawi pun serupa tu jugak la. setakat berlakon sahaja tak nak berpegangan, bagaimana pula bersalaman dengan peminat2 wanita? Tgk contoh dia bersalam dgn bekas tunangannya dalam TV1 dahulu.

Saya sertakan pula hujah2 dari sudut ISLAM ttg hukum bersentuhan ini yang saya perolehi di sini: Syariah Online
-----------------------------------------------------------------------------

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Rasulullah sendiri ketika membaiat para wanita beliau hanya berkata-kata tanpa bersentuhan tangan (H.R. al-Bukhari).
Disebutkan pula oleh Abdullah ibn Amr bahwa Rasulullah tidak menjabat tangan wanita saat melakukan baiat (H.R. Ahmad).
Dapat disimpulkan, Rasulullah saw. tidak berjabat tangan dengan wanita, padahal dalam kondisi penting dan dibutuhkan yaitu baiah.
Sementara, hukum bersentuhan antara laki-laki dan wanita dalam keadaan darurat dan terpaksa diperbolehkan (misalnya dalam pengobatan jika tidak ada sesama jenis kelamin yang bisa mengerjakannya).
Adapun bersentuhan tangan dengan orang yang telah lanjut usia yang tidak menimbulkan syahwat dan aman dari fitnah dibolehkan. Hanya saja, tidak melakukannya lebih baik.
Terkait dengan kondisi Anda, agar interaksi dengan wanita yang bukan mahram berjalan secara baik bisa dilakukan dengan komunikasi yang ramah, sapaan yang santun, dan sebagainya. Jadi, tidak selalu dengan berjabat tangan. Di awal-awal hal ini memang terasa berat. Namun, ketika kita komitmen dengan ajaran Islam, menjelaskannya secara baik, seraya meminta pertolongan Allah, hubungan silaturahim insya Allah akan tetap terjaga.
Wallahu a’lam bi al-shawab


----------------------------------------------------------------------------------
Lagi dalil ttg pengharaman bersentuhan antara bukan mahram:

1.Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit/bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya bahawa jika pihak yang terlibat (yang ada hubungan kekerabatan/persemendaan)terlebih dahulu menghulurkan tangannya, maka harus menyambut huluran tangannya dan seterusnya bersalam dengannya dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.Lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah agar tidak memulai berjabat tangan dengan yg bukan muhrim.
Bagaimanapun, majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah.
Wallahu a'alam.


2.Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang
ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama: Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah
Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah,
tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu
dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang
biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah
dijalankan.

Dalil kedua: Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan
perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.


3.Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam
atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat: a) Pengubatan itu
dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai. b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh
mengubatinya.


4. Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."


5. Dalil Pengharaman Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

Dari Urwah bin az-Zubair, katanya, “Aisyah r.a. pernah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menguji beberapa orang perempuan yang beriman yang datang kepadanya, dengan firman Allah Taala:
“Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurkaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka..” (Al-Mumtahanah: 12)
Maka di antara mereka yang sepakat dengan syarat ini. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu.” “Demi Allah”, kata Aisyah, “tangan baginda s.a.w. tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun ketika berbaiah. Baginda hanya berbaiah dengan perkataannya: “Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal itu.” (HR al-Bukhari)
Aisyah r.a. meriwayatkan: Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w. menyentuh tangan seorang perempuan kecuali yang Baginda miliki (isterinya). (HR al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan ketika berbaiah.” (HR Ahmad).
Dari Muhamad bin al-Munkadir dari Umaimah binti Duqaiqah, katanya: “Saya pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang perempuan untuk berbaiah atas Islam. Maka mereka berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., kami berjanji setia bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah. Kami tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang kami ada-adakan antara tangan dan kaki kami, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Maka bagaimana kalian mampu?” Mereka menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang paing mengasihi kami daripada diri kami sendiri. Marilah kami berjanji setia kepadamu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seratus perempuan seperti ucapanku kepada seorang perempuan.” (HR Malik & Nasa’i)
Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).” (HR At-Tirmizi)


Sumber rujukan: internet (taip je "hukum bersentuhan", "menyentuh ajnabi", "bersentuhan dengan bukan mahram" kat google tu, sure banyak.)
-------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, jika kita menetapkan Islam IS The Way of Life, kita pasti tidak akan bertolak ansur dalam hal ini. Kadang2 kita tidak menyedari, perkara yang kecil itu, akibat daripadanya sangat besar. Jangan kita ragu2 lagi dengan apa yang telah ISLAM tetapkan.

Berikut adalah link tentang isu ini:

MStar Online

Wallahu a'alam

Sunday, December 17, 2006

Seorang musuh islam menjadi ulamak terkenal

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa
hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal
bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo
penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot
keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah
mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran
mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.


"Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya
sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan
tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang.
Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar
cukup untuk satu orang.

Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput
hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan
seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh
ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering
milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka...
Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata,
"Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo
penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara
untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga
terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?!
Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua
dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan
Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang
seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan
kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto
dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

"Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai
kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan
karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia
busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di
wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara
dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang
telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya.
Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya
erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci
ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain,
akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars
seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz
yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak
demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar
gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas
lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah
hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya
baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo
itu termenung.

"Ah...seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah
mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama
itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat
tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan
seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas
terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam.
Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang
dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda
itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar
di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang
mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di
Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung
pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada
tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup
angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan
berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam
dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki
agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun,
malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap.
Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu
melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan.
Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi
yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan
suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi
telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....?
Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab
ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk
pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil
bapaknya, "Abi...Abi... Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil
sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari
rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai...siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak
tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas
kasih. "Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari
mereka. "Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba
"Plak! Sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai
budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar
namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas!
Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu
itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya
menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi.
Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang
tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh
sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan
sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi...Abi... Abi..." Ia pun
menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut
dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam
genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu
sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat
betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak
sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya
yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan
menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu
yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang
membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang
tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan
yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara
Roberto meminta belas.

Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya.
Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun,
ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh
tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke
Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh
Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah
selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal
kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu
anna Muhammad Rasullullah. ..'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan
tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya
dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda
sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru
dengannya..."

Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy
--
KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

Kredit: dicopy paste dari ISLAH-Net

Thursday, December 14, 2006

Aurat Penghalang Besar



Siapa bilang tutup aurat tak boleh bersukan?
Tak boleh berlari,
Tiada stamina?




Kalaulah memang tak mungkin Ruqaya kan menang,
Kalaulah sungguh tak mungkin Bahrain dapat emas...



Aduhai....
Hebat sungguh gayanya
Laju sungguh pecutnya
Tutup seluruh auratnya
Aduh pingat emas dia yang punya...
Align Center



Siapa bilang tutup aurat menyusahkan
Tak boleh nak gerak
Tiada kebebasan???

p/s:1)ikut melodi Gadis Melayu dendangan Jamal Abdillah 2)Gambar-gambar Ruqaya al Ghasara, pelari pecut dari Bahrain, pemenang emas sukan Asia 2006 bagi larian 200m dan gangsa 100m wanita.

kredit: Laman web sukan asia http://www.doha-2006.com

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP