Tuesday, November 28, 2006

Michael Backman?? Who??

Artikel ini saya perolehi dari blog saudara Nizam Zakaria. Agak menarik untuk kita teliti dan fikirkan.

------------------------------------------------------------------------------

Here's the 'Malaysia Bodoh' article (While Malaysia fiddles, its opportunities are running dry) by Michael Backman that's been circulation in the blogsphere. Whatever that Backman said about Malaysia is something that I've been griping about for ages on a personal basis with some people I know. I'm not going to gripe again and again like a defected record player. So what I'm going to do is to publish the Malay version of the article I found in this blog (I took the liberty to correct some grammatical errors in BM).

Malaysia melengang, peluangnya berenggang.
Michael Backman
15hb November 2006

Malaysia sekali lagi bertengkar tentang nisbah penguasaan ekonomi antara dua kaum utama, kaum Melayu dan kaum Cina. Ini adalah perdebatan yang telah berlangsung selama 40 tahun. Kekayaan dan isu kaum tidak sepenting dengan perpaduan kaum. Kini telah tiba masanya Malaysia berfikiran matang.

Persaingan di luar negara adalah sangat ketara. Negara yang lebih suka bergaduh tentang bagaimana ingin mereka membahagikan kekayaan daripada mencari kekayaan baru memang menyedihkan.

Tujuan mereka adalah untuk mencapai pemilikan ekuiti korporat sekurang-kurangnya 30% dalam tangan orang Melayu. Akan tetapi, angka yang digunakan oleh kerajaan mereka untuk mempertahankan pemberian syarikat awam kepada Orang Melayu memang melucukan. Kaedah yang digunakan oleh kerajaan mereka untuk menilai ekuiti korporat adalah berdasarkan nilai par tetapi bukan nilai pasaran.

Banyak saham mempunyai nilai par $1 tetapi nilai pasarannya $12. Perangkaan kerajaan terkini, iaitu 18.9 peratus, adalah anggapan ringan. Bulan lalu, seorang penyelidik yang bekerja dengan ‘think-tank’ tempatan memaklumkan bahawa 45 peratus adalah perangkaan sebenar berdasarkan nilai pasaran. Kemarahan dan teriakan bergelora. Hasil penyelidikannya ditarik balik dan penyelidik tersebut meletak jawatan untuk membantah keputusan majikan.

“Malaysia Boleh!” ialah slogan kebangsaan mereka. Pastilah Malaysia boleh. Mereka boleh dan handal dalam hal pembaziran wang. Negara itu dikurniakan dengan sumber alam semulajadi tapi rakyatnya asyik melombong, menjual dan seterusnya membazirkan wang sewenang-wenangnya.

Semua ini berlaku kerana rakyatnya telah dipesonakan kesombongan dan menganggap negaranya memang terunggul di dunia.

Mereka diyakinkan bahawa seluruh dunia sedang memerhatikan negara mereka dan pemimpin mereka ialah tumpuan dunia. Berterima kasihlah kepada media mereka yang taat kepada kerajaan serta perbuatan bekas pemimpin, Mahathir Mohamad, yang asyik berlagak-lagak. Sebenarnya, terlalu kurangnya orang di London atau New York dapat menunjuk lokasi Malaysia di peta dunia, lebih kurang lagi orang mengetahui nama Perdana Menteri dan nama ibukota mereka.

Sebagai bukti, satu episod The Simpsons baru-baru ini menunjukkan seorang pembaca berita cuba mewartakan bahawa satu tempat yang bernama Kuala Lumpur telah dilanda ombak besar. Dia tidak tahu menyebut nama bandaraya tersebut dan menyebutkannya dengan sesuka hati, semacam tiada orang akan mempeduli sebutannya yang salah itu. Yang lebih melucukan – Kuala Lumpur berada di pedalaman.

Petronas, syarikat petroleum negara itu dikendalikan dengan baik, terutamanya berbanding dengan mala petaka yang diharungi oleh syarikat petroleum di Indonesia. Walau bagaimana pun, ini juga masalah Malaysia. Petronas yang berjaya bererti ia akan dipergunakan oleh kerajaan untuk menyokong perbelanjaan kerajaan.

Pembangunan KLCC di pusat Kuala Lumpur ialah satu contoh. Ia termasuk menara berkembar, banggunan tertinggi di dunia itu ketika itu.

Sesungguhnya, boleh dipastikan bahawa tiada kekurangan pejabat di Kuala Lumpur.

Orang Malaysia sangat berbangga dengan menara berkembar itu. Siapa tahu kenapa mereka berbangga. Kedua-dua menara itu sememangnya tiada kegunaan. Wang mereka berasal dari tanah dan kejuruteraannya dikontrakkan kepada syarikat-syarikat Korea Selatan.

Lebih-lebih lagi, mereka tidak mengendalikan pusat membeli-belah di tingkat bawah tetapi dikendalikan oleh syarikat Westfield dari Australia.

Tahun depan, angkasawan Malaysia akan naik ke angkasa lepas dengan roket Russia – Orang Melayu yang pertama di angkasa. Berapakah harganya? RM95 juta, tentulah dibayar oleh rakyat yang membayar cukai. Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi mereka berkata pendaratan di bulan pada tahun 2020 ialah sasaran berikutnya, tapi diterbangkan oleh kapal angkasa Amerika Syarikat. Entahlah bayaran yang Amerika Syarikat kenakan jika dan hanya jika Amerika Syarikat mempertimbangkan tawaran mereka. Mengapa Malaysia terbang melalui program angkasa orang lain? Ternyatalah program ini tidak mengundang sebarang kemajuan dalam teknologi, namun orang Malaysia akan diingatkan sekali lagi bahawa mereka “boleh”. Sebenarnya, mereka tak boleh. Ini bukan program angkasa mereka.

Julai ini, kerajaan mereka mengisytiharkan bahawa mereka akan melaburkan sebanyak RM490 juta untuk mendirikan kompleks sukan di pusat Olimpik di London supaya olahragawan Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.

Tapi, Olimpik diadakan pada musim panas.

Oleh itu, apa kegunaan sebenar kompleks itu? Banyak ‘lawatan muhibah’ ke London akan dianjurkan oleh menteri-menteri dalam tempoh pembangunan dan juga semasa latihan.

Litar Formula 1 dan satu pusat pentadbiran yang baru – Petronas yang menanggung semua. Mustahillah Malaysia mampu menanggung semua ini.

Kenapa? Kerana petroleum di Malaysia akan habis dalam tempoh masa 19 tahun, iaitu Malaysia akan menjadi pengimport bersih petroleum menjelang tahun 2011 – lima tahun lagi.

Inilah kenapa kekecohan tentang kaum dan penguasaan ekonomi begitu menyedihkan.

Tibalah masanya mereka mengorak langkah bersedia menghadapi ekonomi tanpa petroleum. Tetapi, kerajaan Malaysia masih tidak apa-apa lagi. Mereka lebih berminat dalam aksi stunt seperti menghantar angkasawan sedangkan negara mereka tidak mempunyai sekolah yang cukup serta berdebat tentang pembahagian ekonomi dengan menggunakan statistik yang tidak masuk akal.

Itu bukan Malaysia Boleh, itu Malaysia Bodoh.

Pengarang: Michael Backman

email: michaelbackman@yahoo.com

http://www.michaelbackman.com

Penulis Kolum terkenal di antarabangsa dari Australia untuk:
Melbourne Age
The Times (London)
International Herald Tribune
Asian Wall Street Journal
Far Eastern Economic Review
Australian Financial Review
Business Times (Singapura)

Monday, November 27, 2006

Kisah Kasih Kami... (3K)

"Bapa ni, kalau nak buat gapo-gapo pong,sokmo pikir ha anok. Nok beli ghumoh pikir anok, nok beli keto pikir anok. Hok anok ni, dok tahu la die pikir ke mok bapok ke dok." Suara En. Nordin berkumandang di dalam lab.
"Yolo ah. kiter ni sokmo laaa pikir anok-anok, nok makang pong pikir gok, anok makang ke dok." Kak Dila menyambut.

Tulah, dalam pejabat ni, semua mak bapak orang. Aku, Lily, Mirul dan Maira je yang belum berkeluarga. Semua cerita yang keluar, cerita anak, suami, isteri. Kami yang lain cuma mampu angguk, geleng, senyum dan ambil iktibar untuk masa depan.

Kalau ingin dikisahkan kasih mak, bapak dan anak sehingga kiamat pun tak mungkin tamat. Terima kasih mak dan abah kerana mengukir kisah kasih di hati aku. Kisah yang tak mungkin terpadam, tak mungkin terhakis, walau ombak tsunami Laut China Selatan datang menghempas bumi Tok Jembal yang mula dicemari maksiat.

Kisah kasih abah yang bergetar tangan menyuap mee di Pasar Kedai Payang, menemani kami membeli-belah. Kisah kasih mak yang sabar menemani dan mengurut abah dalam keletihan di Rumah Tumpangan Pantai Puteri. Kisah kasih anak yang ingin menurut dalam keras hati. Kisah kasih cucu yang setia mengikut langkah tok dan wan yang melarang menyentuh gigi air.

Moga kisah kasih kami berdepan di Pantai Teluk Ketapang yang menjadi saksi, buih-buih ombak yang menghadap manis, pahit, kelat, masam, senyum, tawa dan duka kami insan-insan yang berusaha menyempurnakan dan melengkapi hidup masing-masing.

Kami dan kisah kami tak mungkin sama dengan kisah mereka di pantai ini..

Monday, November 13, 2006

KISAH SEMUT



semut dengan telur semut



Tuhan dulu pernah,
aku menagih simpati,
kepada manusia yang alpa jua buta.
Lalu terheretlah
aku di lorong gelisah,
luka hati yang berdarah,
kini jadi kian parah.
Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
kisah seribu duka ku harap sudah berlalu,
tak ingin lagi ku ulangi kembali,
gerak dosa yang mengihiris hati.
Tuhan,
dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMU melangit luas
Harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmatMU di bumi
Tuhan,
Walau taubat seringku mungkir
namun pengampunanMU tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapat padaMU
seribu langkah KAU rapat padaku....

Saja buat intro panjang-panjang. Sebenarnya, ada satu cerita magic nak dikongsi. Semalam selepas solat maghrib, saya nak baca Quran. Dah lama saya tinggal tak baca, sejak balik dari Kedah. Kiranya dah hampir sebulan saya tak baca Quran tu. So, saya pun ambik dari rak. Quran tu jenis yang ada kotak sebagai cover, before baca, kita keluarkan dari kotak dulu. Saya ambik, tarik keluar dari kotak tu, saya nampak banyak semut. Termasuk telur semut pun banyak jugak. Saya jadi sedih sebab nampak sangat saya dah lama tak baca Quran. Saya pun cakap la sorang-sorang, macam bercakap dengan semut tu, "Lor, awat masuk? Aku nak baca la Quran ni. Jangan macam ni. Tak dan ja nak baca..." Lepas tu saya pun simpan balik. Tak jadi baca.

Pagi tadi saya bangun awal untuk sahur. Lepas sahur, saya ambik Quran tu. Ingat nak cuci semut-semut tu semua. Sekali bila saya buka, seekor semut pun tak ada. MASYA ALLAH!!! Dengan telur-telur dia sekali hilang. Macam magic!! Saya cerita kat kakteh dan mak. Mak sampai sebak. Pahtu mak kata kat saya, "Tula adik, jarang sangat baca Quran. Kan semut dah buat sarang. Mesti dia ingat daripada Quran tu tak dibaca, baik dia buat rumah. Ada gak faedah."

Saya insaf la. Saya janjila dengan diri sendiri, akan saya gagahi diri untuk baca Quran. Walaupun satu helai sehari. Saya janji... HUHU... Nangis insaf..

Wednesday, November 08, 2006

Computer Science and Mathematics Symposium 2006

CSMS 2006
Venue: KUSTEM
Theme: Knowledge Generation and Sharing for The Future
Date: 8-9th Nov 2006

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP