Bangun Malam!!
Dalam hadis-hadis Rasullah banyak menjelaskan betapa besarnya nilai dan pahala bagi orang-orang yang suka bangun di waktu malam kemudian melaksanakan ibadah kepada Allah. Kerana malam adalah merupakan masa yang tenang dan damai, jauh dari gangguan pendengara, peglihatan dan pengaruh-pengaruh yang lain. Sehingga seseorang dapat dengan kusyuk dalam menyampaikan permintaan atau hajatnya kepada Allah SAW.
Beberapa kelebihan bangun malam telah diungkapkan Rausllullah SAW dalam hadisnya iaitu:
1.. Allah akan mengabulkan segala permintaan hambaNya:
Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia dan berseru:"Siapa yang memanggilKu, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun maka Aku pun mengampuinya. (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)
2. Menambahkan dekatnya diri antara hamba dengan Allah.
Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorng hamba pada Tuhannnya adalah di waktu tegah malam. Oleh sebab itu jika kamu dapat mejadikan dirmu termasuk orang-orang yang berzikir kepadaNya maka kerjakanlah. (HR Abu Daud dan Tarmizi)
3. Penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.
Hendaklah kau semua rajin bagin malan (bertahajjud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskanNya sekaligun penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh. (HR Tarmizi)
4. Mendidik jiwa untuk bersukur.
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah beribadah di malan hari hingga kedua kakinya bengkak.
Lalu sahabatnya bertanya : "Mengapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah bukankah dosa-dosa ynag telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah."
Baginda menjawab :" tidak layakkah jika aku menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Allah." (HR Imran)
5. Orang yang sukar bangun malam untuk tahajjud bersahabat dengan syaitan.
6. Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi.
7. Tidak pelupa dan suka bersedekah.
Barangsiapa solat malam dengan membaca sepuluh ayat Al Quran maka tidaklah ia akan dicatat sebagai orang-orang yang lupa. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seratus ayat Al Quran maka ia dicatat sebagai kaum Qanitin iatiu orang yang gemar beribadah. Barang siapa yang solat malam dengan membaca seribu ayat Al Quran maka dicatat sebagai kaum muqantirin iaitu orang kaya yang suka bersedekah. (HR Abu Daud)
Demikianlah Rasulullah telah memerangkan betapa penting dan tingginya pahala bagi orang-orang yang bangun di waktu malam, kemudian mengerjakan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah.
Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabatnya: "Amalan apakan yang paling afdal ya Rasulullah?"
Baginda bersabda: "Seafdal-afdal amalan iaitu berdiri lama dalam solat malam."
entri dari blog zu408.blogdrive.com
p/s:Jom tahajjud!! =)
3 comments:
Post a Comment