Monday, July 31, 2006

Bangun Malam!!

Dalam hadis-hadis Rasullah banyak menjelaskan betapa besarnya nilai dan pahala bagi orang-orang yang suka bangun di waktu malam kemudian melaksanakan ibadah kepada Allah. Kerana malam adalah merupakan masa yang tenang dan damai, jauh dari gangguan pendengara, peglihatan dan pengaruh-pengaruh yang lain. Sehingga seseorang dapat dengan kusyuk dalam menyampaikan permintaan atau hajatnya kepada Allah SAW.

Beberapa kelebihan bangun malam telah diungkapkan Rausllullah SAW dalam hadisnya iaitu:


1.. Allah akan mengabulkan segala permintaan hambaNya:

Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia dan berseru:"Siapa yang memanggilKu, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun maka Aku pun mengampuinya. (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)



2. Menambahkan dekatnya diri antara hamba dengan Allah.

Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorng hamba pada Tuhannnya adalah di waktu tegah malam. Oleh sebab itu jika kamu dapat mejadikan dirmu termasuk orang-orang yang berzikir kepadaNya maka kerjakanlah. (HR Abu Daud dan Tarmizi)

3. Penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.

Hendaklah kau semua rajin bagin malan (bertahajjud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskanNya sekaligun penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh. (HR Tarmizi)

4. Mendidik jiwa untuk bersukur.

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah beribadah di malan hari hingga kedua kakinya bengkak.

Lalu sahabatnya bertanya : "Mengapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah bukankah dosa-dosa ynag telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah."

Baginda menjawab :" tidak layakkah jika aku menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Allah." (HR Imran)

5. Orang yang sukar bangun malam untuk tahajjud bersahabat dengan syaitan.

6. Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi.

7. Tidak pelupa dan suka bersedekah.

Barangsiapa solat malam dengan membaca sepuluh ayat Al Quran maka tidaklah ia akan dicatat sebagai orang-orang yang lupa. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seratus ayat Al Quran maka ia dicatat sebagai kaum Qanitin iatiu orang yang gemar beribadah. Barang siapa yang solat malam dengan membaca seribu ayat Al Quran maka dicatat sebagai kaum muqantirin iaitu orang kaya yang suka bersedekah. (HR Abu Daud)


Demikianlah Rasulullah telah memerangkan betapa penting dan tingginya pahala bagi orang-orang yang bangun di waktu malam, kemudian mengerjakan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah.

Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabatnya: "Amalan apakan yang paling afdal ya Rasulullah?"

Baginda bersabda: "Seafdal-afdal amalan iaitu berdiri lama dalam solat malam."


entri dari blog zu408.blogdrive.com

p/s:Jom tahajjud!! =)

Thursday, July 20, 2006

What Is It To Me?

Do not you my dear brothers and sisters
Will utter this words
"What is it to me?"
Whenever our suffered brothers in Palestine and Lubnan
Being tortured, being murdered and harrassed,
Do not make apologises, dont make excuses,
"We do not do any harms,
we do not have any power to do anything,
to benefit anyone,
so, we are being excused"

My dear brothers and sisters,
Due to your laziness,
even to recite du`a,
even to donate a small amount of your income,
To your suffered brothers there,
You are actually contributing
To their death,
to their lost,
to their tears...



note: my own interpretation on Ustadh Bedi`uzzaman Sa`eed Nursi's previous khutbah at Umayyad Mosque 1911.

Thursday, July 13, 2006

Ya Rabbi Qad Akramtana..

Sebenarnya posting ni tadak kaitan pon dengan tajuk di atas. Tajuk tu sebenarnya adalah nama nasyeed yang tengah saya pasang di Winamp playlist.

Berikut adalah jadual dan planning untuk bulan Julai hingga Ogos ini.
13-18/7 - Research and case study
19/7 - Presentation proposal
28/7-1/8 - Debat Alam Sekitar antara IPTA
12/8 - Konvensyen Suku Tahunan Omegatrend

Jadi kalau ada kenduri dalam tarikh-tarikh tu, mintak maaf lah, tak dapat nak pergi. Tapi kalau, ada kesempatan, insya ALLAH saya usahakan juga untuk menjejakkan kaki. Macam kenduri Azrul@Joe@Noor Azrul kat Meru 2/7 baru-baru ini. Ramai sahabat lama yang terjejak kasih di situ. Gembira sangat-sangat, dan yang bertambah gembira, sebab dapat menggembirakan Azrul. Selepas SPM kami dah tak kontek langsung. Jadi kenduri Azrul turn to a reunion between our batch.
Selepas kenduri Azrul, kami pergi ke kenduri Jibam pula. Ramai juga di situ.
Dengar-dengarnya, ada lagi yang akan melangsungkan pernikahan dan yang dah pun melangsungkan, tahniah buat korang semua. Semoga memperoleh barakah di dunia dan akhirat. Ameen...

Ada sesiapa yang suka lagu yang dipasang di blog ini? Kalau nak, boleh email kepada saya ye? zirwatulhanna (at) yahoo (dot) com.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP