Wednesday, May 24, 2006

Kebebasan Berfikir dan Bersuara

Sifat manusia ya, memang pelbagai. Walaupun telah ALLAH tetapkan had-had dan batasan-batasan, tapi itu tidak bermakna kita dihalang untuk berfikir dan bersuara. Tapi hairan ya, kenapa kita perlu hanya mengikut satu jalan, satu cara sahaja untuk berfikir dan menyelesaikan masalah kita.
Dalam kita cuba mencari penyelesaian dalam masalah seharian, kita mungkin bertemu dengan jalan A. Tapi mungkin adik, kakak, atau sahabat kita bertemu penyelesaiannya di jalan B. Asalkan masalah itu selesai, sudahlah. Kenapa mahu dipaksa, disuruh mengikut jalan yang sama?
Susah sangat kah untuk bersikap menghormati pendirian, pendapat dan cara hidup orang lain di sekeliling? Susah sangat kah mahu menerima perubahan? Kalau tidak mampu pakai Iswara, guna saja Kancil. Yang penting ada pengangkutan. Mahu ke Kuala Lumpur tiada wang untuk tiket kapal terbang, naik sahaja bas ekspres. Mungkin lambat sampainya, tapi yang penting sampai juga. Jimat, murah!!
Dalam menasihati juga ada kaedahnya. Tapi kalau yang dinasihati tidak mahu menurut, biarkan saja. Mungkin jalan yang dilaluinya itu sudah baik baginya. Cuma kita tuntun sahaja. Jangan sampai sudah jatuh ke lubang mahu digelakkan sahaja!

Buat sahabat-sahabat, sajak ini untuk anda. Saya ambil dari Laman Web Omegatrend. U SHOULD NEVER QUIT!!

NEVER QUIT
There will always be those
who try to steal your dream
by laughter or criticism
they cannot understand what
drives you to always want more
In safety, there is no failure
neither is there success
only by taking risks
that others fear
can you achieve greatness
Change can be frightening
but only by changing
can you experience growth
Only by challenging yourself
to do what seems impossible
can you ever know how much
you can achieve
There is only one key to success:
NEVER QUIT UNTIL YOU WIN
it may require a lot of changing
but YOU CAN DO IT
THE SEED OF GREATNESS LIES WITHIN YOU
NURTURE IT,
and THERE WILL BE NOTHING YOU CAN’T DO

Monday, May 22, 2006

Perjalanan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2

13/5/2006

Semua peserta debat dikehendaki berkumpul pada pukul 7.45 pagi di dewan untuk pengumuman tajuk, pengundian dan lain-lain. Para hakim pula perlu ke bilik hakim untuk pembahagian bilik penjurian.
Pada pandangan yang pertama memang tak nampak bezanya debat ini dengan pertandingan debat yang lain di Malaysia. Tapi bila dihalusi dengan pandangan mata kasar, nampak sangat besar perbezaan dengan debat MADUM yang lain. Abang Achoy, Abang Anep, Abang Zahirin dan Kak Ecah pon jadi hakim juga. Hairan betul:
1. Kenapa abang Achoy sebagai Ketua Hakim tak susun senarai penghakiman?
2. Kenapa Miss Shikin dari UiTM dungun yang susun?
3. Kenapa ramai sangat hakim dari bekas pendebat UiTM Dungun?
4. Kenapa instructor debat UiTM Dungun si Mufsi or Musfi tu jadi hakim untuk match yang UiTM Dungun?
5. Banyak lagi persoalan yang timbul.

Saya tak mahu ceritakan tentang match yang KUSTEM lawan. Saya akan ceritakan match yang saya jadi hakim sahaja, kerana saya tidak tahu pengalaman pendebat yang lain.

PUSINGAN 1: UiTM Terengganu C(kerajaan) vs UIAM Pahang (pembangkang)
Tajuk: Malaysia Adalah Negara Lembut

Yang ni tak banyak komen la. Tak dinafikan UiTM C dapat membuktikan kes dengan jelas. Mereka dapat tunjukkan Malaysia adalah negara berdiplomasi apabila menyelesaikan masalah pertikaian antarabangsa melalui rundingan. Point yang membolehkan UiTM Dungun C ni menang adalah kekuatan yang terletak pada Menteri Pertahanan atau pendebat ketiganya. Beliau katakan "Jika Malaysia bukan sebuah negara lembut, jika ada masalah sudah pasti tiada rundingan. Terus sahaja isytiharkan perang."

Very good point!! Saya rasa masih ada peluang untuk UIAM Pahang menang jika mereka tak ikut pendefinisian konsep dan skop yang UiTM Dungun C nak bawa. Boleh je pihak pembangkang cakap nak berdebat atas isu dalam negara. Isu SUHAKAM, ISA, JI, KMM yang mana kerajaan terus tahan tanpa menyoal. Di sinilah letaknya cabaran berfikir kritis dan kreatif pada pendebat.

UiTM Terengganu C menang juri 3-0. Saya pon rasa mereka memang layak menang.

Dan lain2 perlawanan yang saya hakimi, UDM(KUSZA), UiTM Pahang, UiTM Kelantan, KIAS dan lain-lain. Saya dah tiada mood mahu mengulas ttg debat PISZA, kerana bagi saya selagi pihak penganjur iaitu UiTM Dungun tidak menaikkan mutu pengadilan tiada lagi pasukan yang akan menghantar peserta. Kami sebagai pasukan-pasukan yang bertanding sangat-sangat berharap agar pihak penganjur tidak meletakkan bekas pendebat, pelajar dan pensyarah mereka sendiri sebagai hakim bagi perlawanan yang disertai oleh UiTM Dungun kerana ini akan menimbulkan sifat bias dan tidak adil bagi pasukan lain.

Malam persembahan tidak saya hadiri. Namun dari cerita yang saya dengari, KUSTEM membuat persembahan diiringi tepukan gemuruh pasukan lain iaitu lagu dari Sheila on 7 "Berhenti Berharap" manakala UiTM Dungun dengan lagu Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia." Agaknya, mereka mahu terus berahsia, dan tiada ketelusan dalam mengadili pertandingan-pertandingan yang akan datang.

Sebagai mengakhiri posting saya, kemungkinan untuk IPT lain menghantar penyertaan pada tahun-tahun akan datang adalah sangat tipis. Dan kemungkinan UiTM Dungun akan berseorangan dalam penganjuran yang akan datang.

Thursday, May 18, 2006

Perjalanan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 1

11/5/2006

Kami berkumpul di Jembal Inn bagi memulakan sessi latihan. Very disappointing!! Dah berkumpul sejak 5hb tapi latihan masih belum mula, fakta kes belum susun. Malam tu saya mengerah mereka untuk berlatih. Hmm... nampaknya ada kekurangan dari tahap yang biasa, tapi masih boleh dibaiki. Selepas latihan dalam pukul 2.15 pagi, buat keja gila beramai-ramai, makan tengah malam. Seperti biasa diketuai oleh Gary dan Rais. Biasa lah, bab makan-makan sure depa berdua jadi ketua.. ihikss...

12/5/2006

Semua berkumpul untuk bertolak naik bas dalam pukul 10 pagi. Alhamdulillah, perubahan yang baik untuk team KUSTEM, kerana mula berubah ke arah lebih punctual. Respek lah Syahmi!!
Dalam bas, tak larat nak melayan kerenah mereka, dengan lawak bodoh, lawak spastik tapi menghiburkan, buat saya terkenang zaman saya sebaya mereka dulu. Bermula sebagai researcher dan tukang angkat kotak, kepada pendebatuniversiti, dan sekarang dah naik satu tahap lagi, jadi HAKIM! Diulangi, jadi HAKIM!! Lawak juga rasa, tapi insya ALLAH saya akan cuba buat yang terbaik.

Kami tiba di UiTM Dungun sebelum waktu solat Jumaat, so, masa orang lelaki solat, sempat la saya tidur sekejap. Dalam 2.30 ptg, Syahmi telefon ajak keluar makan. Kami ke bandar Dungun makan di gerai yang ada di situ. Yang seronoknya senior-senior dan sifu pon turun. Abg Achoy, Abg Anep, Kak Ecah, Abg Zahirin dan isteri Abg Achoy, Kak Yat dan baby mereka Danish. Seronok sangat rasa.

Balik ke UiTM dan petang tu ada taklimat untuk hakim oleh Abg Achoy, Abg Anep dan Abg Zahirin. Saya dah nampak ada beberapa pasang mata kurang senang masa sesi suaikenal bila saya kenalkan diri dari KUSTEM. Tak faham saya kenapa perlu menyampah dengan KUSTEM. Kalau mahu merampas piala itu, lakukanlah dengan profesional dan tunjukkan kelebihan pasukan. Lebih mengejutkan UiTM Dungun menghantar 4 pasukan bagi setiap kategori. Nampak sangat mahu monopoli. Alahhh, tak kisahlah. Mereka kan penganjur. Asalkan jangan main kotor sudah.

Malamnya ada taklimat untuk peserta. Saya turut serta dan selepas itu keluar dengan Madam Azida dan Uzair untuk beli makanan. Lapar betul adik-adik ni. Takpe, duit makan KUSTEM bayar. heheheh.. Makan lewat malam lagi kami malam ni. Sambil makan kami bincang strategi untuk esok. Saya tumpang tidur di bilik Laila, Ila dan Mai sebab takut tidor sorang dan tolong mereka susun fakta kes untuk esok. Selesai semua, kami tidur pukul 3.00 pagi.


bersambung....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP