Thursday, March 23, 2006

Persediaan Perkahwinan

PROGRAM 1 : PERSEDIAAN KEROHANIAN


Objektif :
Menanamkan ketahanan mental, fizikal dan kawalan emosi.
Melahirkan anak-anak yang sihat, soleh dan cemerlang.

Aktiviti :
1. Sujud Syukur, Kerana Anak Itu Aset Yang Amat Berharga.

Anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada kedua ibubapa.
Firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka”

Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
Maksudnya : “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya” (Riwayat Bukhari)


2.Mengamalkan Solat Hajat.

3.Mengamalkan Membaca Surah-Surah Tertentu Seperti Membaca Surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.

4.Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma’thur :

Surah Ibrahim ayat 40:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.

Mengamalkan doa-doa:
Doa Kanzul `Arsy
Doa Ukasyah
Doa Haikal
Doa ketika ingin melahirkan anak.

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikir dan doa seperti Ayat kursi, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.


5. Sentiasa Bertaubat, Beristigfar Dengan Bersolat Taubat.

Ketika sedang hamil, suami isteri digalakkan sentiasa beristigfar (memohon ampun) terutama setiap kali selepas solat fardhu. Selain itu, Solat Taubat, Solat Tahajjud dan Solat Hajat juga hendaklah diamalkan supaya pasangan itu sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci imannya.

Firman Allah Taala dalam surah Nuh ayat 10-12:
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

6.Mambaca Zikrullah ( Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil )

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Dua kalimah yang disukai oleh Allah dan ringan diucapkan pada lidah namun berat pada timbangan iaitulah kalimah Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azimi” Muttafaqun A’laih

7. Memperbanyakkan Selawat
Pasangan suami isteris dituntut dan digalakkan supaya sentiasa memperbanyakkan selawat ke ataas Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash r.a. :
Maksudnya : “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. Riwayat Muslim

8. Menghadiri Majlis Ilmu Dan Majlis Berbentuk Kebajikan
Bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sayugia digalakkan pasangan suami isteri menghadiri majlis-majlis agama seperti ceramah agama, kuliah-kuliah, kelas takmir, forum, usrah, tazkirah, seminar dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
Maksudnya : “Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) bagi tujuan menuntut ilmu (yang baik) maka sesungguhnya ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali.

9. Menjauhkan Diri Daripada Majlis-Majlis Yang Berunsur Maksiat Dan Mungkar.
Semasa isteri sedang mengandung, ia merupakan waktu yang amat sensitif bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, tempat perjudian, funfair, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan (mempersatukan) umatku atas kesesatan. Kekuasaan dan rahmat Allah pastilah berada pada orang-orang yang berkumpul untuk
kebaikan. Barangsiapa yang menyendiri (memisahkan diri dari kumpulan yang baik) maka ia akan terpencil di dalam neraka”. Riwayat At-Tirmizi

10.Membaca Buku-Buku Doa Dan Kisah Teladan Seperti Lelaki Soleh Dan Wanita Solehah.

Firman Allah Taala dalam surah Yusuf ayat 111:
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung di
dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”.

11. Menjauhi Diri Dari Membaca Dan Menonton Bahan-Bahan Negatif Dan Lucah Seperti Majalah-Majalah Hiburan, Filem-Filem Dan Sebagainya.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30:
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka ke

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Telah ditulis ke atas anak Adam itu bahagiannya daripada zina yang tidak mustahil berlaku ke atasnya iaitu :
Zina kedua biji mata ialah memandang benda-benda yang haram.
Zina kedau telinga ialah mendengar benda-benda yang haram.
Zina lidah ialah berkata-kata kalimah yang tidak baik.
Zina tangan ialah melakukan kezaliman.
Zina kaki ialah melangkah ke tempat maksiat
Zina hati ialah keinginan yang melampau dan banyak angan-angan.

Kemuncak zina ialah melakukan perbuatan zina dengan kemaluan yang dihukumkan had zina ke atasnya”

12. Menggunakan Kata-Kata Atau Perkataan Yang Positif.
Isteri yang hamil dan suaminya hendaklah mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik.

Firman Allah Taala di dalm surah Al-Baqarah ayat 263:
Maksudnya : “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan
perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.

Perkataan yang positif dan baik ini amat perlu dalam menjaga perasaan dan hubungan suami isteri. Selain itu, perkataan-perkataan yang baik juga merupakan doa dan dorongan yang memberikan
perangsang.

13. Menjauhkan Perkataan Yang Negatif
Isteri yang hamil dan suaminya juga hendaklah meninggalkan kata-kata yang negatf.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 19 :
Maksudnya : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.


14. Halawah Muhasabah.
Ia lebih merupakan perbincangan antara suami isteri seperti menceritakan kelemahan masing-masing dan tegur-menegur di dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keharmonian rumahtangga.


P/S: bila baca semula, baru sedar, belum bersedia rupanya aku.. so, stop angan2, concentrate on your research!!

1 comments:

Anonymous 1:29 AM

cik amni sayang,
ni persediaan untuk jadi ibu dan bapa.. memang la awak belum bersedia..
hehe.. cari checklist lain plak kalau nak tau dah sedia jadi isteri ke belum .. :)

~dilla

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP