sudahkah tiba???
mula - mula kejang kakinya
kemudian putih matanya
kemudian herot mulutnya
sedang dia di atas hamparan
mahu sujud menghadap tuhan...
pelik kelaku bila berjumpa
sengih dan tawa tak kunjung henti
apa pulak petanda kali ini???
timbul resah menari-nari..
kali kedua selepas wuduk
mahu dia hadap pencipta
keluar mahu bertanya
sudah masukkah waktu menghadapNYA?
mujur petang datangnya...
kali ketiga datang dinihari
terketar-ketar sendiri
rupanya dingin pagi
ditambah curahan air menyuci..
si tua yang sudah lama berbakti itu
diuji lagi dia
walau sendiri dia
nampak bersendiri
ramai berkeliling dia namun tampak sendiri
sedarkah???
sudahkah tiba???
p/s: didoakan buat tok tersayang, semoga ALLAH merahmati beliau...
0 comments:
Post a Comment