Sunday, February 26, 2006

kekalutan, kesibukan, kegelapan, kejelikan..

pernah kau lihat daging? daging yang kau rendam dalam larutan garam, sudah bertukar menjadi gelap warnanya. Selepas itu kau biar daging di luar peti sejuk, hingga berubah lagi bentuknya. Hingga kau mahu masak pon kau tak lalu lagi dan tidak pasti, mahu buang kau sayang, mahu basuh kau bingung.. apa yang kau lakukan? apa yang kau bertindak?

itulah hati kau, hati yang kau rendam dengan larutan dosa. lepas itu kau biarkan hati kau tanpa salutan zikir.. itulah hati kau. kau akan terbau busuknya, kau akan terasa masamnya, kau akan bingung!! bingung!! apa yang akan kau buat? apa yang kau akan lakukan?

kau bagitahu aku apa yang akan kau lakukan. biar ku catat di sini sebagi haiku, sebagi diskusi antara hati kita...

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP