Sunday, August 22, 2004

dapat cek...

perghhh... syukur alhamdulillah dapat cek untuk jadi demonstrator bulan julai... kak albi dah dapat baby baru... bestnya... rasa nak balik, tapi tak dapatlah as aku mmg busy gilak nih... terpaksa postpone tarikh nak balik...

anak sedara baru, baby girl.. cute for sure macam cu adik dia... muehehe...

dah malas nak ubah skin blog ni... sebab bosan dah... guna yang template jelah... masa guna skin yang lama dulu, problem bila view dgn XP, harap2 this one got no problem anymore...

oklah, nak balik dah, nak siapkan website... n nak siapkan metod proposal.. wish me luck...

Monday, August 16, 2004

kemenangan berganda

alhamdulillah... sekali lagi kustem membawa cabaran ke debat piala sultan zainal abidin... pasukan BM telah menang 5 pusingan tanpa kalah dan akhir nya melayakkan diri ke final..
di final cabaran agak sengit, bertemu UiTM machang... alhamdulillah, kustem jadi johan...

pasukan BI plak, kami buat strategi, 1st perlawanan kalah, pastu menang straight dan jumpak UiTm dungun di final. dan akhirnya menang jugak...

menang berganda... bersyukur aku.. kiranya kini kustem tak lagi dipandang rendah... insya ALLAH, team mate aku akan bawa cabaran ini ke UiTM shah alam utk debat kemerdekaan.. dan akhirnya ke sabah utk debat piala diraja.. harap semua kawan2 memberi sokongan...

minggu ni byk perkara menyakitkan hati berlaku... tapi byk jugak perkara yang gembira berlaku, so seimbanglah... cuma nak katakan di sini tak semestinya kawan baik kita yang kita percayai akan selamanya baik, mungkin suatu hari dia akan mengkhianati kita, tapi ikhlas aku cakap, aku sangat menghargai persahabatan, tapi kalo macam ni cara kawan aku buat kat aku, aku tak teragak2 nak renggangkan persahabatan kami, aku sayang sebenarnya, tapi dah terlalu banyak hati ni disakiti, biarlah... kalo dia rasa bahagia dengan sikap dia gitu, aku bahagia dengan diri aku skang ni...

aku pon dah makin sihat, dari berat tak sampai 36 kg dulu la ni aku dah 49... member2 aku cakap, dah heppi kan amni tu, maklumlah... dah gembira, ramai org sayang!!! muahahahhahah... moral of the story, hepi kan diri kita supaya kita boleh menghepikan org lain, buang segala rasa dengki, dunia ni indah sangat tuhan jadikan... nikamtilah sepuas2nya dan bersyukurlah atas segala pem,berian tuhan... kalo itu pon tak mampu kita nak lakukan, masih mendengki dan menyakit kan hati insan lain, tak mustahil ALLAH akan balas berganda2... tak perlu aku detailkan, cumanya berharap agar semua org gembira...

bahagiakan hidup anda...


Wednesday, August 04, 2004

Kejayaan besar

alhamdulillah... aku baru balik dari Debat Alam Sekitar di UPSI. kami KUSTEM berjaya melayakkan diri ke suku akhir. perasaan waktu tu bakkata Fakar "ada Feel no kak amni!!!" heheheh... sungguh hepi bersama dengan team, nampak semangat dan kesungguhan...

match1= Kustem vs Uitm =Uitm menang Tajuk: Makanan Terubahsuai Genetik satu ancaman

match2=Kustem vs Unimas=Kustem mng Tajuk:Urbanisasi mengancam kepelbagaian biologi

match3=Kustem vs UUM= UUM mng Tajuk:perlindungan alam sekitar:tapak warisan dunia jawapannya

match4=Kustem vs UMS=Kustem mng Tajuk:NGO alam sekitar:sekadar melepas batok di tangga

match5=Kustem vs UUM=Kustem mng Tajuk:sikap lebih utama daripada teknologi dalam pengurusan alam sekitar

match6=kustem vs Uniten=Kustem mng Tajuk:Cinta alam sekitar:Bukan cinta Biasa


tajuk2 mencabar btoi... pastu kustem layak ke suku sebab dah menang 4 kali

tajuk suku: Kita tidak sepakat dalam menangani isu alam sekitar
kustem vs UM. tak pe kustem kalah, tapi kami berjaya buktikan kami bukan sekadar bercakap, tapi kami mmg boleh lakukan. sebelom ni kami dipandang rendah tapi sekarang baru universiti2 besar nak buka mata dan nak bercakap dengan kami...
bagi aku, ini satu permulaan yang baik...

buat aku sendiri, Amni, akmal, zen, yla, kak ani, dayah, seri, fakar, naja, laila, asmadi, gary dan rais, terima kasih tak terhingga... kita teruskan perjuangan kita walaupon HEP KUSTEM tak sedia bas, kita mampu berjaya dengan naik bas ekspres bukit gantang... muahahahah... all the best semua, bawak kejayaan ni ke MIZAN plak... we can do it!!!!


  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP