Monday, March 31, 2008

Hati Seorang Guru...

Kadang-kadang menjadi seorang guru itu menuntut seluruh kekuatan hati yang mampu dikerah. Apabila kita terpaksa bertegas dalam sesetengah perkara, namun bila memandang wajah yang sayu dan mata yang penuh mengharap itu, hati guru jadi tergugat. Guru perlu bertegas.

Murid itu kadang-kadang ada nakalnya. Kita perlu membimbing. Namun kadang-kadang perlu juga diberi hukuman. Hati guru kadang-kadang sakit. Namun perlu menjadi pemaaf. Kerana guru perlu sedar, jika pudar redha guru, masa depan murid pasti kabur.

Selalunya, guru perlu mengorbankan masa, tenaga, kewangan dan perasaan demi muridnya. Murid selalu hanya tahu meminta dan menerima. Tapi biasanya guru sedar situasi yang berlaku. Tak apa, hidup ini umpama roda. Jika sekarang murid hanya tahu meminta dan menerima, guru itu selalu berdoa agar suatu hari nanti murid-muridnya akan menjadi manusia yang tahu memberi dan menghargai manusia-manusia lain di sekelilingnya.

Seorang guru perlu sentiasa mengharap, berdoa dan menyerahkan seluruh pengharapan pada ALLAH, kerana guru perlu sedar, untuk menyambung dan memastikan hubungan antara guru dengan murid berjalan dengan sempurna, hanya ALLAH tempat letak harapan tertinggi.

Tak apalah, sabarlah, tenanglah... Terima sahaja.. antara kata-kata yang selalu diulang tayang di dalam hati seorang guru. Kerana kasih sayangnya yang tinggi terhadap para pelajarnya. Guru tidak pernah mengharap agar murid memahami dirinya, namun jika murid itu juga ikhlas dan memberi sedikit sahaja kefahaman di atas kesulitan guru, pastilah murid itu akan didoakan, akan dihargai dan disayangi dengan seluruh hatinya.

Hakikatnya, segala bentuk hubungan di atas dunia bersandarkan cinta kepada ALLAH. Kasih guru pada murid, sayang murid pada guru, segala sesuatu perlu kembali kepada ALLAH. Semoga semua guru dan murid di atas muka bumi ini akan dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama berteraskan mahabbah dan cinta NYA. Semoga semua murid-muridku berbahagia dengan kehidupan mereka, dan menjadi penyumbang terbesar di dalam agama dan bidang masing-masing. Amin Ya ALLAH!!

6 comments:

Humyrah 10:17 AM

amni, saya betul2 terkesan dgn post ni. saya belum lagi jadi guru, saya hanya seorang ibu. tugas lebih kurang saja, mendidik anak. memang perlu kesabaran yang tinggi.. kit sama2 kena banyak sabar. moga guru & murid sama2 dapat rahmatNya.

amni 1:06 PM

thanx yan.. doakan saya ye.. kadang2 guru sendiri mewujudkan jurang antara guru dengan pelajar

Anonymous 3:10 AM

Salam..

Baguslah post Cikgu ni, Ana setuju sangat (Terima Kasih).. Sekarang ni Ana ditugaskan mengajar seorang student dari UniKL yang buat Industrial Training kat sini.

Macam Cikgu katakan banyak masa yang perlu dikorbankan, Ana pada kebiasaannya tak lah sibuk sangat tapi sekarang ni sibuk yang amat sangat..

Semua bahan-2, report, project dll perlu disediakan student ni ibarat "makan tanggung"..

amni 2:22 PM

tapi bila mereka berjaya, kitalah yang paling bahagia.. melihat senyuman mereka, saya rasa lega sgt =)

Anonymous 10:32 PM

Salam

Ana pun tak tahu macam mana nak create perasaan lega. Yang ana dapat rasakan bila student tu habis belajar baru ana rasa lega. Mungkin bila tugas mengajar tu dah selesai boleh rest banyak sikit kot..

Sebenarnya Ana sekarang ni melatih HandOn CAD/CAM/CAE.. Ada seorang student bersama ana selama 3 bulan.. Ana rasakan baru aja nak panas sikit mengajar dah nak abis masa 3 bulan. Rasa sangat macam tak cukup masa..

Ana rasa ana tak ada jiwa seorang guru. Kalau Cikgu tak keberatan harap diturunkan sedikit petua.

amni 11:08 PM

to be a teacher, we must have enthusiasm n passion.. saya pown tak tau cemana, maybe keturun dari mak abah jugak kot

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP