Thursday, October 05, 2006

Wahai Penyembuh, Wahai Penawar..

Hari ini, hati aku diguris lagi,
Hari ini, luka lamaku ditoreh kembali,
Hari ini, duka terpendam diungkit semula..

Wahai Penyembuh,
Bantulah aku, sembuhkan aku,
Hatiku ini diguris lagi..

Wahai Penawar,
Luka lama yang berparut,
ditoreh-toreh, dicarik-carik,
Diperahkan limau ke atasnya.

Wahai Penyembuh,
Jadikan aku seorang pemaaf,
Jadikan aku seorang penyantun,
Lembutkan hatiku ini,
Agar mampu memaafkan, menyantuni,
Mereka yang telah mengungkit duka ku,
Agar aku mampu menghadiahkan senyum.

Wahai Penawar,
Biar bulu mataku menjadi saksi di hadapanMU
Betapa tangisku atas penyesalan,
Isbatku memalu hatiku,
Cuba melembutkan, mengingatkan,
Jari-jemariku yang memutar gerakan...

Kerana aku mahu disembuhkan,
Dari dukaku, dari lukaku...

2 comments:

~albazrah~ 9:24 AM

Di dalam luka itu ada kesembuhan,

Di dalam duka itu ada kegembiraan,

Di dalam rasa berdosa itu ada keampunan,

Di dalam keluh itu ada tenang,

Kerana di dalam Jalal itu ada Jamal,

Kerana di dalam susah ada senang,

Kerana di dalam derita ada bahagia,

Ketahuilah segala kesempitan, segala kesusahan, segala kesakitan kerana Dia mahu mengmpunkan kita.

Alhamdulillah

amni 3:12 PM

ilahi, anta maqsudi wa ridhaka mathlubi..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP