Friday, October 06, 2006

Apakah WiMAX?

WiMAX ( Worlwide Interoperability for Microwave Access)adalah merupakan satu teknologi baru yang menyamai WiFi. Namun WiMAX mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika WiFi lebih dikenali sebagai wireless LAN, maka WiMAX pula dikenali sebagai wireless LAN.

WiFi membolehkan pengguna yang berada di satu-satu kawasan yang kecil yang dihubungkan melalui LAN (Local Area Network) dalam bentuk tanpa wayar. Jarak maksimum bagi WiFi ialah 100 meter. Namun bagi WiMAX, jarak maksimum yang dijangka ialah 50 kilometer. Ini membolehkan pengguna yang berada di dalam lingkungan liputan, berhubung secara tanpa wayar. MAN (Metropolitan Area Network) boleh diibaratkan sebagai LAN yang lebih luas, biasanya melibatkan sesebuah bandar.

Inilah tajuk tesis saya... WiMAX technology...

Thursday, October 05, 2006

Wahai Penyembuh, Wahai Penawar..

Hari ini, hati aku diguris lagi,
Hari ini, luka lamaku ditoreh kembali,
Hari ini, duka terpendam diungkit semula..

Wahai Penyembuh,
Bantulah aku, sembuhkan aku,
Hatiku ini diguris lagi..

Wahai Penawar,
Luka lama yang berparut,
ditoreh-toreh, dicarik-carik,
Diperahkan limau ke atasnya.

Wahai Penyembuh,
Jadikan aku seorang pemaaf,
Jadikan aku seorang penyantun,
Lembutkan hatiku ini,
Agar mampu memaafkan, menyantuni,
Mereka yang telah mengungkit duka ku,
Agar aku mampu menghadiahkan senyum.

Wahai Penawar,
Biar bulu mataku menjadi saksi di hadapanMU
Betapa tangisku atas penyesalan,
Isbatku memalu hatiku,
Cuba melembutkan, mengingatkan,
Jari-jemariku yang memutar gerakan...

Kerana aku mahu disembuhkan,
Dari dukaku, dari lukaku...

Monday, October 02, 2006

Rindu yang dikejar..

rindu dikejar bagai tak dapat,
kenapa ya?
mungkin lari tak cukup laju?
atau yang dikejar terlalu laju?
mana mungkin,
yang dikejar, makin dikejar,
makin merapati,
tapi mengapa masih tak dapat?
mengapa ya???

sudah seminggu

Ramadhan...
Satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kedatanganmu
kami gembira dengan pemergianmu
malam mereka meriah disinar nur alquran
tapi malam kami suram bersabung dengkur

Tiba-tiba hari ini teringatkan nasyid lama-lama. Betul jugak tu macam nasyid tu sebutkan, makin nak habis Ramadhan kita lagi suka hati boleh balik beraya.
Teringat masa di matrix kuala pilah, ezna ajak ke rumah wan(nenek) dia di gemencheh. 1 hari sebelum Ramadhan, ada satu adat di negeri Sembilan yang org panggil MANTAI atau BANTAI. Maknanya hari untuk membantai makan sebanyak2 nya lah kot!! Tapi yg bagusnya dengan kenduri mantai ni, kita semua dapat berkumpul. yang jauh2 pon balik jugak. sama2 sambut Ramadhan sekeluarga. Seluruh Malaysia balik ni!! Ada kenduri besar-besaran, siap buat rendang, lemang, ketupat!! Pergh!! Memang tak boleh nak lupa punya!!

Seronok nampak, rasa gembiranya nak sambut Ramadhan. Gembira hari mantai tu macam kenduri kawin, macam raya haji buat korban panggil 1 kedah datang rumah tau!! (Lebih-lebih pulak!!)

tapi, di terengganu ni, tak terasa sangat meriahnya, cuma yang best bila dapat pegi masjid KUSZA beramai-ramai dengan housemate. masak sama-sama, sahur sama-sama. Nanti dah tak tentu lagi dapat ke tak nak buat cam tu kan?

seruan dari saya untuk masyarakat,

MAI LA KITA PAKAT-PAKAT MERIAH KAN BULAN POSA NI. MANA LA TAU, KOT-KOT NI RAMADHAN KITA YANG TERAKHIR. JOM KITA BUAT SAMA-SAMA...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP