semester baru bermula..
start je sem baru dah busy, dengan kuliah dengan debat dengan projek... dengan assignment dengan dengan dengan... tapi tu semua alasan manusia semata2... lasan sibuk yang tak boleh diterima akal kalo kita cuba pinggirkan hubungan dengan tuhan semata2 kerana kesibukan kita tuh!!!
kadang2 pressure jugak dengan life as student ni... tapi macam yang pernah dinasihatkan oleh si teman, roket tanpa tekanan tak maju ke angkasa, aircond tanpa tekanan tak boleh menyejukkan, fosil dinosour tanpa tekanan tak jadi petroleum punca bergaduhnya amerika dan iraq skang... i can be a better person dengan segala tekanan yang diperolehi... insya ALLAH...
sebut tentang tekanan, sepanjang cuti baru lepas penuh dengan tekanan, tekanan bangun awal, buat house work, tekanan pc rosak, tekanan projek lom siap... macam2 ada... tapi bila balik ke hostel semua tekanan, bebelan, tengkingan, tangisan, jelingan mata, yang saya peroleh dari mak, abah, kakak2, anak sedara, abang2 jadi satu perkara yang dirindui... semua tekanan tu membentuk saya sebenarnya...
balik ke terengganu ni sakit saya semakin menjadi2... saya susah nak bernafas, mungkin warisan asma dari family trait... saya sakit dada, batuk2, segala jenis ubat saya makan... tak berkurangan... makin teruk adalah... tambah pulak nak ke IKIM ni.. risau saya... saya sampai muntah2 setiap pagi.. mujur teman saya berikan Habbatus sauda' datri mesir yang kakak nya belikan... terima kasih teman... kau sentiasa di hatiku... ada terasa sedikit lega.. puncanya sejuk kot.. kat tganu ni hujan tak mengira hari... habbatus sauda' buatkan badan panas sedikit... lega saya...
baiklah, saya nak pegi mesyuarat debat.. sampai jumpa lagi...
p/s: perasan tak?? dah mula gunakan kata ganti saya... saya ingin berubah ni.. doakan saya ye??? insya ALLAH
1 comments:
Adik,
biasala semua tu, ni la baru nama student's life. kalau tak pressure tak nama student. org lain yg bukan student ada pressure cara lain plak. yang penting kita pandai mengambil iktibar dari kesusahan dan kepayahan yg kita hadapi utk panduan hidup in future...
Post a Comment