Tuesday, November 20, 2007

Debat Di Raja 2007

Ya, tiba sudah pertandingan debat paling meriah antara IPTA seluruh Malaysia. Pertandingan yang paling ditunggu-tunggu. Pasukan UMT telah menjalankan latihan dengan penuh kegigihan. Tahniah buat adik-adikku. Insya ALLAH jika kita usaha, doa, yakin dan tawakal, kita dapat melakukan yang terbaik dan hasilnya pasti yang terbaik juga. Saya akan ke sana selaku hakim. Doakan agar saya menjadi hakim yang adil. Ini juga tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan ALLAH nanti.

Semasa saya mewakili KUSTEM (sekarang UMT) pasukan saya pernah masuk ke suku akhir Debat Alam Sekitar 2004 dan Juara Debat Sultan Zainal Abidin 2004/2005. Pencapaian kami dikira baik buat masa itu, kerana kami merupakan generasi ke 3 Kelab Debat KUSTEM.

Saya menaruh harapan sekurang-kurangnya adik2 DEMI UMT dapat melangkah ke suku akhir sekurang2nya bagi team Muda, separuh akhir bagi team Senior, dan suku akhir bagi team BI. Tinggi sangatkah harapan saya? Tidak rasanya, asalkan diiringi doa semua pihak, semangat berpasukan yang kukuh dan persembahan yang baik. Fakta2 semua dah dicari. Insya ALLAH, kita boleh!

Berikut ialah Usul-usul yang akan diperdebatkan:

USUL POLITIK
1. HAMAS wajar dilihat sebagai kerajaan yang sah
2. Amerika Syarikat perlu keluar daripada
Iraq
3. Demokrasi di Malaysia semakin subur
4. Dasar berkecuali masih relevan kepada ASEAN
5. Kuasa Veto PBB relevan
6. Kepulangan Benazir harapan baru buat
Pakistan
7. Kenaikan harga minyak suatu percaturan politik
8. Kematian Saddam: Demokrasi hidup semula
9. Negara dunia ketiga perlu teknologi nuklear
10. Negara Asia Barat memerlukan Amerika untuk aman
11. Amerika akan lebih baik tanpa Bush
12. IAEA perlu lebih telus
13. Kita perlukan pasukan keamanan dunia
14. PBB: Suara tidak didengari
15.
Darfur propaganda media
16. Politik perkauman duri dalam daging
17. HAMAS dan FATAH perlu bersatu
18. ASEAN tidak serius dalam isu Myammar
19. Kuasa OIC perlu diperluas
20. Dunia dahagakan Soviet
21. Campurtangan organisasi antarabangsa di Afrika wajar
22. Sekatan antarabangsa terhadap Myammar perlu dimansuhkan

USUL EKONOMI
1. Negara maju wajar membantu pemuliharaan alam sekitar negara membangun
2. WTO wajar diberi lebih kuasa
3. Caruman KWSP wajar ditambah
4. APEC memartabatkan ekonomi anggota
5. Kenaikan harga barang: Sistem baru perlu diwujudkan
6. Barangan kawalan tidak terkawal
7. Konsep bina dan jual: Jawapan kepada rumah terbengkalai

USUL SOSIAL
1. Program angkasawan menguntungkan negara
2. Pelumba haram wajar dihukum sebat
3. Ibubapa penjenayah juvana wajar dihukum
4. Bola Sepak
Malaysia: Masih ada harapan
5. Graduan kita terlalu dimanjakan
6. Demi kesejahteraan, media perlu lebih bebas
7. Pendidikan percuma wajar untuk semua
8. Sudah tiba masanya rancangan realiti televisyen diharamkan
9. FAM: Hidup segan mati tak mahu
10. Kemelut pengurusan punca sukan kita malap
11. NGO perlu lebih berani
12. Filem
Malaysia membanggakan
13. Pingat emas olimpik bukan suatu fantasi
14. Dunia memerlukan undang-undang alam sekitar yang seragam
15. Sukan mengeksploitasi wanita
16. Skim Cepat Kaya: Kita tidak serik
17. Sukan tradisional perlu dikomersialkan
18. Tribunal Tuntutan Pengguna: Indah khabar dari rupa
19. Artis
Indonesia lebih kreatif
20. Olahraga: Pembelian atlit asing wajar
21. Cetak rompak: Mengapa Bayar Lebih

USUL HUMOR
1. Peminat
Malaysia buta seni
2.
Malaysia perlukan Spielberg
3. Undi SMS pembunuh kualiti
4. Lelaki menyusahkan
5. Ikut hati mati, ikut rasa binasa
6. Wanita menenangkan
7. You Tube: Kreativiti melampau

TEMPAT: Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam.
TARIKH: 24 hingga 29 November 2007

Kita jumpa di sana!

Monday, November 19, 2007

Perkara Penyebab Pening Pala (4P)

Antara 4P yang saya kena buat ialah marking assignment students. Tambah pening lagi bila assignment tu bukan saya yang bagi. Jadi saya tak paham objektif assignment tu. Tapi kena mark jugak.

Nasib bab2 simulation, processing time, arrival time semua tu ada relevan jugak dengan tesis saya. Huhu.. Bagi hari ni expect me to finish by 1st Dec. Apekah signifikan nya? Acewah, pinjam perkataan Prof Kamil =)

Insya ALLAH, saya akan cuba habiskan sebelum bertolak ke UiTM Shah Alam pada 22 malam nanti. Esok perlu mengadap Prof Yazid lagi. Untuk tunjukkan hasil keberjayaan coding single server tu. Taktau kat mana dia nak embed parallel processing. And maybe kena belajar MPI lepas ni. Kena menuntut dengan En. Nordin ni, bertapa 2-3 bulan, tanpa update blog, cek email dan SMS. Huhu..

Harap2 lepas Cikgu Sabri balik dari UKM nanti nak belajar queuing theory macam Reeds Solomon tu. Dok baca2 sampai keluaq ayaq mata. Tak paham jugak. Kenapakah otak ku semakin lambat nak paham theory2 ni semua??? Tidak!!! Jizz, Jizz, Klong Klong!! Kata Acehand. Amni, itu tandanya amal kurang. Kurang zikir dan solat hajat. Insaf2..

Ingat tak dulu masa nak PMR? Mak abah ketuk2 tak jalan, kakteh, kak cik, kakbi tolak2 tak gerak. Demo dok tau, kawe nih bukkey nok ceghito ko sappo2. Kawe ado jugak gi blaja pettey2. Tapi kawe tok leh nok study bilo ghama oghe. Kawe jadi seghupo tercabar! Makonyo, kawe tido jah depey oghe. Blakey2 oghe kawe study jah. Gitulaaahhh...

Makanya, untuk mengelakkan 4P ni terjadi, kawe buwak kijo koho-koho. Buwak sa sa. Peghabih hok marking paper ni sa, pahtu gak gi UiTM, beley wak kijo hok Prof buwi. Pah sapa Tganu, continue marking paper sapa 2 Dec. Ahaks... Kena mitok tulong ko Kak Mas jugok ning!

p/s: mahapkan le language klatey ku ini. tgh praktis slow! Kata org, pelan2 kayuh.. hihi..

Thursday, November 15, 2007

Kenapa nak DEMO?

Uish, dah lama tak menulih ni. Rasa 'cekang' urat2 kat jari. Saya tak pi demo BERSIH tu, don worri... Saya sokong, cuma tak pergi. 2-3 ari lepas dok surf2 pasai cerita ni, ada la masuk web macam2. Ramai yang sokong. Ramai jugak yang menentang. Nak kata saya ni pandai menjawab sangat tu dak le, tapi saya ada jugak baca pelbagai pendapat. Meh kita jeling2 tengok, pendapat kenapa nak demo:

1. Kata Ustaz Abd Ghani Shamsudin:

Berhimpun dan mengadakan demonstrasi; menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syara dan undang-undang untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran.
Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka. Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus .
Tapi kalau dirujuk kepada 'Maqasid al Syaria'ah' ia mungkin menjadi 'Mandub' atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran kecuali dengan cara keluar beramai-ramai berhimpun dan berdemonstrasi di padang terbuka atau di jalan raya .
Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat .
Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.


2. Sejarah
Dilihat dari sudut sejarah, demonstrasi sebenarnya telah lama menular ke negara ini, semenjak Tanah Melayu dijajah oleh British lagi. Ketika itu, kuasa pemerintahan dipegang sepenuhnya oleh British yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat. Rakyat, khususnya orang Melayu bangkit untuk menentang penjajah. Kebangkitan mereka dimanifestasikan oleh tindakan demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada British. Para pejuang nasionalis Melayu sebelum zaman merdeka telah beberapa kali melakukan tindakan demonstrasi dan antara yang terbesar adalah demonstrasi yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, pada 10 Februari 1946. Dianggarkan seramai 15,000 orang Melayu telah berhimpun menentang penubuhan Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Ini telah menjadi titik tolak kepada beberapa siri demonstrasi orang Melayu, khasnya ahli UMNO selepas itu dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu sehingga berakhirnya penjajahan pada 31 Ogos 1957.

3. Dipetik dari email oleh Saudara Nuruddin (penulis Blog Munawwarah dan Pentas Kaji Buku)
Demonstrasi Liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Ini kerana, di dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya. Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam.

Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan/diharusk an (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman, dengan memperhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh Islam.

Perlu difahami bahawa Islam memandang Masiirah sebagai salah satu cara (uslub) di antara berbagai cara pengungkapan aspirasi atau pendapat dan bukan sebagai method (thariqah) di dalam melakukan proses perubahan masyarakat. [Method/Thariqah adalah suatu yang wajib diambil oleh umat Islam di dalam mencontohi Rasulullah. Contohnya, thariqah Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Sedangkan uslub adalah suatu yang boleh berubah-ubah dan pelbagai sifatnya asalkan tidak bertentangan dengan hukum syara']. Apabila keadaan memerlukan, Masiirah boleh dan patut dilakukan dan sebaliknya jika tidak, patut ditinggalkan. Hal ini sesuai dengan hukum kemubahannya.
Jadi, sebagai manusia bijak pandai, buatlah keputusan kenapa nak berdemo. Asalkan tidak ada niat jahat yang tersembunyi, pergilah berdemo.
Saya pon ada buat demo jugak. Tak caya? Tanya student2 saya, saya demonstrator depa tau!! Heheh, ajar pakai software Oracle dan Rational Rose. Eh eh... Demo jugak tu apa kan? =D

Sunday, November 11, 2007

Letto - Sebelum Cahaya

Letto - Sebelum Cahaya

ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta


BERSIH

Couldn't be there that historical day =)
So this is my way of showing my support.

Please my fellow friends, we want a new brand Malaysia!

Monday, November 05, 2007

Satu Perjuangan

SATU PERJUANGAN

syukur pada yg ESA
rahmat pemberianNYA
persaudaraan keharmonian

jalinkan kasih sayang
hulurkanlah bantuan
kepada yang memerlukannya

mari kita bina
satu ummah maju jaya
mula diri keluarga
sahabat,masyarakat dan negara

(c/o)
dengan satu perjuangan
satu arah tujuan
dibawah rahmat yang ESA
kita melangkah seiringan satu perjuangan

(repeat dari mule smpi c/o)

rintangan pasti melanda
jangan undur walau selangkah
teruskan perjaungan
hingga ke akhirnya

andai kau gugur
andai kau syahid
kau di redhaiNYA

(ulang c/o 2x)

kita melangkah seiringan satu perjuangan 3x

Thursday, November 01, 2007

Tanah Lot Banglo Untuk Dijual

Assalamualaikum. .. ni ada sorang lecturer UDM mintak tolong promote.
Ada 7 lot banglo di kawasan Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk dijual.

1. Harga dari RM25,000 hingga 38,500.
2. Keluasan dari 540 m2 hingga 845 m2.
3. Lokasi: Berdekatan Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Alur Limbat,
Marang, Terengganu
4. Kemudahan: 4 minit perjalanan ke pekan Bukit Payong, dekat sekolah,
dekat masjid, tanah siap dibersihkan.
5. Status: Lot Banglo, Bumiputera (Muslim digalakkan)

Kepada siapa2 yang berminat tu boleh email saya.
zirwatulhanna(at) yahoo(dot) com atau amnikhassim(at) gmail (dot) com

p/s: dah 5 terjual. elok ler muda2 ni beli tanah buat aset. tambah2
yang dah keje n kawen tu.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP