Marhaban ya Ramadhan!!!
Walaupun lambat lagi Ramadhan akan tiba, sengaja saya buat posting awal-awal. Sekadar ingin mengingatkan diri dan kawan-kawan. Pada yang belum qadha puasa tahun lepas, cepat-cepatlah.. Dosa tak tertanggung. Sedangkan hutang dengan manusia pun dah membebankan kepala, apa lagi dosa dengan ALLAH.
Saya di Terengganu masih sibuk, tapi sempat curi masa buat macam-macam dan balik kedah jugak. Mak dan Abah saya kurang sihat. Diharapkan semakin baik.. Biasalah usia makin meningkat.
Risau jugak dengan tesis dan research saya ni, tapi saya ni memang jenis multitask. Tak reti dok diam, nak jugak cari keje lain. Hmm... umur pun dah nak dekat 24 minggu depan ni, entah apa perubahan positif yang saya dah buat pun saya tak tau. Harap-harap adalah pengaruh baik yang pernah saya bagi pada org, dan harap tak de pengaruh buruk saya yang ditiru org. takut tak mampu saya nak menanggung beban dosa mengadap ALLAH nanti.
Ada kempen saya nak buat ni. Sapa-sapa nak beli buku "A Youth Guide" karya Syeikh Bedi'uzzaman Sa'eed Nursi atau Biografi beliau, atau 'women's Guide' juga karya beliau, boleh komen kat saya bagi email. nanti saya kontek.
Rugilah golongan-golongan yang mengutuk para ulama kerana ulama itu dimuliakan atas ilmunya. Ulama juga pewaris Rasul dan para anbiya'. Rugilah, rugilah mereka... Mengkritik dibenarkan namun jgn hingga hilang adab kita dan menyentuh keperibadian ulama itu.
Saya pernah terdengar satu hadis Rasulullah, "Jadilah kamu org yang alim, atau yang menuntut ilmu, atau yang mendengar org mengajar ilmu, atau orang yang mencintai org2 yang berilmu, dan jangan kamu menjadi org yang kelima, maka binasalah." Lebih kurang macam tulah hadis nya. Maknanya, kita ni kena jadi golongan yang 1. berilmu 2. menuntut ilmu 3. mendengar ilmu 4. mencintai org2 berilmu (atau mencintai ilmu). Kalau satu pun tak ada kita dalam kategori tu, isk isk sik... binasalah kita.
buat adik saya, NoorDiyana Nordin di Australia, selamat berjuang!! Semoga berjaya mencapai cita2. Oklah, permisi dulu. byk kerja nak diselesaikan..