Friday, January 25, 2008

Beginikah Islam?

Saya mencari di dalam Youtube video-video menarik namun video ini adalah ngeri sekali. Sememangnya kita tidak bersetuju dengan Wahabi, namun perlukah kita turut bersetuju dengan Syiah?
Kita lihat apa yang Syiah lakukan terhadap pengikut-pengikut mereka sendiri. Adakah di dalam Islam kita dituntut melukakan diri kita dan hingga hampir membunuh diri? Kembalilah ke pankuan Islam yang sebenar. Allahu ALLAH!


Tuesday, January 22, 2008

Hanya ALLAH Sebagai Pelindung dan Pemelihara

Petang. Saya dapat SMS Kak cik. Mak abah eksiden. Ada keta langgar dari belakang.
Mee dalam pinggan tak dapat ditelan. Air laici rasa macam pasir.
Saya telefon mak. Pelik!! Cerianya suara? Tak macam kena eksiden pon?Tiba-tiba terfikir, patutlah mak beria-ia suruh saya balik mintak kerja di Kedah, mungkin saya boleh balik kerja di sana. Boleh saya jaga mereka. Insya ALLAH...

Alhamdulillah, kereta hanya rosak bumper, tapi masih boleh berjalan. But, my parents... =) They are such a dear. Boleh pulak berkawan dengan orang yang langgar tu. Orang tu satu family dengan kereta Wira. Tapi kereta dia kena baiki dulu kat Ah Chai. Abah ajak depa satu famili balik solat kat rumah. Lepas maghrib mak n abah hantar dia sefamily balik rumah depa.

Abah dan mak dapat kawan baru.. =) My parents are very sweet, they turn hatred into love... I try to be like them too, insya ALLAH...

Monday, January 21, 2008

Apabila Hati Menjadi Resah


Subhanallah! Bunga dibelakang rumah. Macro mode. Auto focus. K750i

Pagi ini saya serba tak kena. Nak buat kerja serba tak jadi. Hasilnya saya tamatkan kelas awal satu jam. Saya sudah buat perancangan. Saya buat kajian dan pembacaan sebelum saya masuk mengajar. Tapi semuanya serba tak jadi.

"Musim mendung" sebegini jarang-jarang sekali terjadi kepada saya. Biasanya kepala saya hanya bercelaru begini jika terlalu banyak input yang masuk dan perlu melakukan processing dan transmission secara parallel. Saya tidak mempunyai keupayaan parallel processing seperti Intel Core 2 Duo (R) seperti laptop Quek. Output yang terhasil juga adalah sangat sedikit, dengan service time yang panjang sedangkan required response time sepatutnya kecil. Hasil - hasil dari situasi beginilah menyebabkan tugasan menjadi truncated dan bottlenecked.

Saya cuba 'bertapa' di cubicle saya dengan mendengar alunan Burdah, Miskul Ruh dan Elaika. Alhamdulillah, towards end of this day, saya sudah habis tandakan markah kuiz pelajar-pelajar TMK 3108. Mungkin berkat dari nasyid - nasyid itu sendiri yang merupakan doa-doa yang dikarang oleh para ulama. Moga berkat dan menjadi penambah semangat buat saya. Malam ini perlu menghabiskan menanda Kuiz pelajar Project Management.

Selalunya hati kita menjadi resah bila terlalu banyak yang kita fikirkan. Tak apa, memang itu lumrah manusia, terlalu memikirkan pelbagai masalah tanpa memikirkan "Sumber" penyelesai masalah-masalah itu. Kita manusia sememangnya tiada sebarang daya dan upaya untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Hanyalah 1 sahaja jalannya, zikirlah di dalam hati dan berserahlah kepada ALLAH. Segalanya datang daiNYA dan hanya padaNYA juga kita akan menemui jalan penyelesaian.

Saya sentiasa mendoakan agar pelajar-pelajar saya, bukan hanya sekadar menguasai ilmu-ilmu IT tapi juga ilmu akhirat, dan harapan saya agar mereka letakkan segala pergantungan dan harapan hanya pada ALLAH dan meneruskan perjalanan mereka tanpa kegusaran. Ameen Ya ALLAH!

Wednesday, January 16, 2008

Kenapa Menghalang Cinta Rasul dan Dakwah?

Saya terbaca berkenaan Majlis Rasulullah dan kegiatan dakwah yang dilakukan oleh mereka. Allahu Allah, sejuk dan meremang bulu tengkuk melihat wajah2 bersih mereka yang mencintai Rasul ini. Ya ALLAH, Kau masukkanlah aku ke dalam golongan mereka. Amin!

Namun, bila terbaca perenggan ini:

Perlis adalah salah satu wilayah gerakan wahabi terbesar di Malaysia, Mufti (ketua ulama) terpilih di wilayah terebut adalah seorang muda yang sangat menentang salafusshalih, mencaci para wali dan memusyrikkan muslimin sebagaimana wahabi lainnya, namun ia tak ingin disebut sebagai wahabi, ia mengaku bermadzab Syafii tulen, sebagian besar masyarakat muslimin setempat adalah ahlussunnah waljamaah, namun sebagaimana di negeri kita pun demikian, bahwa muslimin muslimin tidak tanggap dalam hal hal yang berbahaya yang dapat merusak akidah muslimin.

Acara direncanakan diadakan di surau pimpinan Assyeikh Al Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini, seorang ulama muda yang sangat gigih menentang ajaran wahabiy di Perlis, acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.

Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari fihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersikeras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut, Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi fihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta fihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita disana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh fihak perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumat pagi saya menuju Kualalumpur.


Saya jadi sedih. Kenapalah urusan dakwah dihalang dengan pelbagai cara, malahan oleh pihak mufti sendiri? Wahai ustaz Asri, lebih baiklah kamu luangkan masa dan tenaga kamu ke arah menghalang kegiatan mungkar yang berleluasa di negeri Perlis sekarang ini.

Ya Karim, Ya 'Azhim, bantulah kami hamba2mu yang tak berdaya ini ke arah mencapai cintamu, dalam menghayati makna muroqobah terhadapmu. Ya ALLAH, terimalah kami...

Wednesday, January 09, 2008

Wahai Masjid, Kamu Juga Makhluk ALLAH


Gambar di atas ialah Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Bersebelahan dengan masjid itu terletaknya Taman Warisan Tamadun Islam yang mana dibina miniature bangunan-bangunan warisan tamadun Islam di seluruh dunia. Maknanya, tak perlu pergi luar negara, datang saja ke Terengganu, awak2 semua boleh tengok bangunan2 yang megah seperti di luar negara.

Seperti biasa, pembinaan 60 buah masjid sepanjang hampir 4 tahun ini tidak menampakkan roh masjid. Saya teringatkan Masjid Sultan Sulaiman di tepi KISAS, jika masjid itu hidup pasti dia akan tersenyum riang kerana dia sentiasa diimarahkan oleh anak2 muda dari KISAS walaupun di waktu subuh yang gelap pekat.

Macam mana pula Masjid Kristal ini ya? Pasti menangis keseorangan di waktu subuh hari, yalah kan, siapa yang berani nak pergi solat pagi2 buta di Pulau Wan Man itu? Terpencil dari orang ramai, pasti tangisan masjid ini meleleh dan mangalir ke kuala sungai di sebelahnya.

Niat asal pembinaan masjid ini bagi menarik pelancongan ke Kuala Terengganu. Seperti Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung yang sentiasa penuh dengan pelancong, namun turut dipenuhi dengan jemaah. Saya suka solat di Masjid Terapung jika berkesempatan. Saya berharap agar Masjid Krristal turut dipenuhi dengan jamaah.



Sebenar2nya yang penting ialah matlamat membina masjid bagi tujuan beribadah kepada ALLAH. Jika untuk menarik pelancong, itu bermakna niat pembinaan telah terpesong. Masih ingat peristiwa Masjid Dhirar yang dibina kaum munafiq? Masjid itu diperintahkan oleh Bagin Rasulullah SAW agar dimusnahkan kerana tujuan pembinaannya ialah untuk menandingi Masjid Nabawi. Padahal Masjid Dhirar dibina dengan batu, pasti lebih cantik berbanding Masjid Nabawi pada masa itu yang hanya terbina dari batang2 pokok tamar.

Pendapat saya, seelok2nya lah sebelum pembinaan masjid2 yang lain selepas ini, para pemimpin berfikirlah dahulu tentang nasib masjid2 yang sedia ada. Tengok saja Masjid Ladang, bocor di sana-sini, karpet yang busuk dan tidak bertukar, penuh dengan najis burung2 yang bertenggeng di atas lampu candeliar.

Masjid Wakaf Tembusu yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Wakaf Tembusu hingga ke Batu Enam pula, sudah hampir 2 tahun masih belum siap pembaikannya. Sudahla ada kesan2 pernah berlaku kebakaran, kawasan solat muslimah pula sangat kecil, tidak ada lampu di perkarangan dan pasti menakutkan jika ingin beriktikaf. Yang paling menyedihkan, para jemaah terpaksa bersolat di luar masjid akibat pembinaan yang memakan masa terlalu lama.

Kenapa Masjid Kristal dengan cepatnya berjaya dibangunkan? Mydin dalam masa tak sampai setahun? Begitu jugak Giant. Yang turut menjadi persoalan dan tanda tanya Pasaraya Hock Kee Seng yang seperti kontena lori itu sempat pula disiapkan pembinaannya sebelum raya. Dalam masa yang sangat singkat!

Cukup2lah membina masjid. Mari kita bina semangat untuk ke masjid pula. Semangat untuk beribadah. Baiki masjid2 yang sedia ada. Saya kira itu yang lebih baik. Jom solat Asar!!

Tuesday, January 08, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum...

Selamat menyambut tahun baru hijrah.
Selamat menghijrahkan diri.
Saya berhijrah ke "jiran sebelah"
Saya berusaha untuk hijrah, insya ALLAH dengan bersungguh-sungguh.
Azam baru, semangat baru, kerja baru.

ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI

Monday, January 07, 2008

Berita Gembira!

Saya dapat kerja jadi Tutor di UDM!!

Friday, January 04, 2008

JOM TUKAR!!

Wednesday, December 12, 2007

My Baby

Sedih
Isap kaki
Lapar ye?
Lebai isap jari
Cute face

Sudah LAH!

Saya akan berhenti tulis blog kerana nak beri tumpuan pada tesis saya. Mungkin saya akan update sekali sekala sahaja untuk isu2 politik semasa.

Pada yang selalu datang melawat, terima kasih. Mesej2 anda di Msjbox akan saya jawab jika relevan. Wallahua'alam.

Sebarang salah silap sebelum ini, saya pohon maaf dan minta dihalalkan dunia akhirat.

Wassalam.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP