Tuesday, March 15, 2011

Saya Nak cuba Buat Blog Untuk Bisnes Pulak

Tunggu ada modal sikit.. nak blog juai tudung ka apa ka.. Tapi untuk membantu sesama kita menutup aurat dengan lebih baik

Tuesday, June 29, 2010

Nak Ajar Elisa Buat Blog

Posting ini ialah untuk ajar elisa create blog... heheheh

Tuesday, February 17, 2009

Assignment Week 4

http://amnikhassim.googlepages.com/Week4Assignments.doc

Saturday, April 26, 2008

Web Baru

Sekarang web baru dah boleh access. So, pelan-pelan blog sinarkeimanan.blogspot.com ni akan dipindahkan ke sana.
Ni link untuk web baru:
www.amnikhassim.com
Boleh dah access. Ada galeri gambar dan e-learning untuk upload segala nota dan pengajaran saya.
Lebih bebas dan tak terikat. Insya ALLAH. Saya akan add link sikit demi sikit. Thans to Bro Hafriz atas pertolongan beliau.

this is his blog. A very young and bright guy =) He build his own web.
http://hafriz.pemancar.org/

Friday, April 25, 2008

Tolong... Addicted!



Saya sangat suka benda ini occay!! Sangat chumil...


Saya sudah ada yang ni... =)


Yang ni belom ada.. Huhu.. Chumilnyaaa... Rasa nak cubet2...


Gambar2 dari web http://www.epochgift.com

Ada Berita Best!!

1. Paper Software Project Management dah habis. Tinggal nak marking papers.

2. Nak balik Kedah then singgah Kelantan :wink: :wink:

3. Blog ini akan bertukar ke domain baru.. Hehehe..

Wednesday, April 23, 2008

Bila Hujan Turun

Pagi tadi hujan turun,
Dalam hati juga turut hujan,
Lantai dan jalan semua basah,
Karpet dalam hati turut basah.

Hujan turun tanpa sedar,
Hujan di hati pun macam tu juga,
Tapi hujan kali ini lain macam bentuknya,
Hujan di luar di sambut penduduk bumi dengan ria,
Hujan di bahagian dalam, membawa duka.

Mungkin hati dah banjir,
Mungkin jugak hati tu dah tenggelam dalam hujan,
Mungkin hati dah hancur sebab ribut taufan kuat,
Tapi dalam hati kan? Sapa yang tahu?

Monday, April 21, 2008

Cik Wira Ku Sayang

Nak tengok pakwe saya? KBY = Khassim Bapa Yusri

Ensem KBY saya sekarang.Hehehe..


Riben kuning? Untuk apa???


Daulat Tuanku!!

What are they doing? Tukang cuci keta ke?

Ha tu dia, ha tu dia!!!

Ok Kepeng n JB.. Almost done!!


Here here.. The UMT Postgraduate Crib.. =)
(dalam hati: Nasib baik bukan Mr. Crab :P)

Ni lah sebenarnya...

Hehehe.. My love, Cik Wira KBY =)

Sunday, April 20, 2008

I Want It That Way

Dalam musim-musim exam ni, ramai student yang merungut tak cukup masa nak buat itu ini, nak buat exam nak study dan lain-lain. Lepas tu mula la nak salahkan jadual, nak salahkan pensyarah coz bagi kerja banyak menimbun-nimbun, nak salahkan kawan pasal lambat datang dicussion, nak salah org tu nak salah org ni.

Saya pon pernah melalui zaman pelajar, in fact, sekarang pon masih bergelar pelajar. Dan sehingga ke akhir usia kita akan sentiasa bergelar pelajar. Tapi apa yang membezakan antara manusia yang berjaya dengan yang kurang berjaya ialah sikap individu.

Percaya atau tidak, "I want it that way" lagu yang BSB nyanyi dolu2 tu sebenarnya boleh kita relate dengan life sebagai pelajar ni. Cuba balik pi dengaq lagu tu. Hahaha..

Kita yang akan ubah diri kita. Saya dulu merupakan antara pelajar paling kuat tidur dalam kelas (dan masih kuat tidur.. heheh.. diam2 sudah la..) sampai Cikgu Fatimah SPBT pernah ngadu kat Kak Cik n balik rumah saya kena tadah telinga kena leter dengan semua org. Mak, abah, tok, kak cik, kak teh, kak bi. Abang tak leter coz dia ada kat Sarawak. Pening2... Saya pon tak tau cemana nak explain kat depa.

Tapi berbekalkan semangat I Want It That Way, Alhamdulillah saya berjaya dapat keputusan yang membolehkan saya masuk KISAS. Saya tak ubah kat mana-mana pon, masih kuat tidoq jugak, tapi saya cuba untuk determine time yang kualiti untuk saya buat satu2 benda. Time saya study bila, so time tu mmg saya tak kan amik pot pada apa benda sekalipon yang berlaku kat sekeliling saya. Macam saya bersuluk di dalam dunia saya, menguzlahkan hati dan diri. And I can say that, with that kind of attitude, I can survive in this world.

Bukan kita amik sikap tak peduli pada alam sekeliling. Tak boleh gitew!!! Kita still cakna dengan persekitaran, tapi kita perlu amik masa untuk diri kita sendiri, duduk berseorangan berteman kan alam dan hanya ALLAH sebagai peneman dan study dan siapkan segala kerja kita. Saya memang tak leh study time prep macam kawan-kawan dulu. Time prep adalah untuk habiskan homework. Kadang-kadang saya pi keluaq sorg2 dari asrama SMKAK tu, saya panjat pokok pelam tepi umah warden dan study atas tu sampai letih. Kawan-kawan tak tau. Family tak tau. Buat apa nak tunjuk kita rajin. Biaq kita dan ALLAH ja tau kita prepare atau tak. Tu prinsip saya.

Biaq la org nak kata kita ni pemalas ka, apa ka. Kita ja yang tau kita sedia atau tak. Macam tu jugak masa SPM. Time kawan2 semua study kat prep saya dok nyembang, tapi time rehat petang-ptg tu kita pi la masuk Musolla Al Muqarrabin tu study. Sampai pukul berapa pon takpa. Masa degree pon macam tu. Tapi paling best masa 3rd year. Baru saya jumpa kawan-kawan yang sekepala dan sejenis pemikiran dengan saya. George, Val, Ana, Kong, Amy, Gee Gee and Yanti. Time buat kerja semua sama-sama buat, time huha huha semua kuar sama2 2 bijik kereta, teman George pegi bird watching, pergi hatchery Ana n Val tengok ketam diorang. Fun, really fun. But still, all of us score 3 pointer and above. Not because we are studyholic-nerdy-type person, but because we know how to handle and manage our life.

Its really "I Want It That Way" that put us in the situation we are now. We choose our destiny. Saya tak menafikan qada' dan qadar ALLAH. Tapi ALLAH dah pesan supaya kita berdoa. Insya ALLAH, DIA akan beri yang terbaik. Mungkin sekarang kita rasa cam tak best, but trust me, one day we will be very very very thankful. ALLAH yang jadikan kita, DIA tahu apa yang paling baik untuk kita.

To ALL my student, GOOD LUCK for your exam.

~Ilahi, ANTA maqsudi wa ridhaka mathlubi~

Saturday, April 19, 2008

Hati Hendak Semua Jadi

Perumpamaan yang semua orang boleh cakap kan? Saya pon kena buang procrastinate saya ni. Tapi semalam berjaya taip 2 perenggan tesis. Okla tu for the start of chapter 2 kan ;-)
Lepas tu dapat analisis coding untuk QoS performance analysis tu.

Petang ni pulak managed to marked all the lab database assignments. Fuh fuh fuh... terbakar tangan coz me"rait" paper tu dengan lajunya dan ditemani coklat Crispy yang sedap dan lagu2 Letto dan BSB. Heheheh.. Lagha2... Akhirnya markah itu di email kepada kak Ina.

And also berjaya menyiapkan lab manual untuk lab database oracle SQL plus yang Encik Zailani nak. Turut berjaya diselesaikan ialah PROFORMA dan LO untuk Software Project Management. Tobat malam ni balik dengan penuh keletihan dan tidoq tanpa sedar.. hahah.. Harap2 hari Rabu tak kantoi bangun lambat la coz kena jaga exam JAVA. huhu..

Esok nak pegi senamrobik. Sebelum pegi India kena pastikan badan sihat n tak lelah2 lagi. Saya juga dah mula proses detox. Tapi jadi lembik tak bermaya. So, saya buat selang sehari lah. Kang turun berat mendadak, pengsan plak. Dah ada sejarah low blood pressure.

Things to do in list : 1. Post buku Muqay n Ust Daud 2. Paper for MyEduSec 3. Paper for MySEC 4. Filed up those papers n letters yang bersiponggang dalam bilik. 5. Amik baju kat kak Gee n Kak Ma 6. Jaga exam 23,24,27 April. 7. Marking papers 8. Skema jawapan n pemarkahan.

Ok AMNI!!! Move up and let get bizieyy!!!!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP