Tuesday, April 01, 2008

Thanx My Students....













Banyaknye dapat hadiah Sabtu lepas. Ni gambar-gambar yang saya snap. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Takut kecik hati pulak.
Anyway, thanks korang...

Monday, March 31, 2008

Hati Seorang Guru...

Kadang-kadang menjadi seorang guru itu menuntut seluruh kekuatan hati yang mampu dikerah. Apabila kita terpaksa bertegas dalam sesetengah perkara, namun bila memandang wajah yang sayu dan mata yang penuh mengharap itu, hati guru jadi tergugat. Guru perlu bertegas.

Murid itu kadang-kadang ada nakalnya. Kita perlu membimbing. Namun kadang-kadang perlu juga diberi hukuman. Hati guru kadang-kadang sakit. Namun perlu menjadi pemaaf. Kerana guru perlu sedar, jika pudar redha guru, masa depan murid pasti kabur.

Selalunya, guru perlu mengorbankan masa, tenaga, kewangan dan perasaan demi muridnya. Murid selalu hanya tahu meminta dan menerima. Tapi biasanya guru sedar situasi yang berlaku. Tak apa, hidup ini umpama roda. Jika sekarang murid hanya tahu meminta dan menerima, guru itu selalu berdoa agar suatu hari nanti murid-muridnya akan menjadi manusia yang tahu memberi dan menghargai manusia-manusia lain di sekelilingnya.

Seorang guru perlu sentiasa mengharap, berdoa dan menyerahkan seluruh pengharapan pada ALLAH, kerana guru perlu sedar, untuk menyambung dan memastikan hubungan antara guru dengan murid berjalan dengan sempurna, hanya ALLAH tempat letak harapan tertinggi.

Tak apalah, sabarlah, tenanglah... Terima sahaja.. antara kata-kata yang selalu diulang tayang di dalam hati seorang guru. Kerana kasih sayangnya yang tinggi terhadap para pelajarnya. Guru tidak pernah mengharap agar murid memahami dirinya, namun jika murid itu juga ikhlas dan memberi sedikit sahaja kefahaman di atas kesulitan guru, pastilah murid itu akan didoakan, akan dihargai dan disayangi dengan seluruh hatinya.

Hakikatnya, segala bentuk hubungan di atas dunia bersandarkan cinta kepada ALLAH. Kasih guru pada murid, sayang murid pada guru, segala sesuatu perlu kembali kepada ALLAH. Semoga semua guru dan murid di atas muka bumi ini akan dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama berteraskan mahabbah dan cinta NYA. Semoga semua murid-muridku berbahagia dengan kehidupan mereka, dan menjadi penyumbang terbesar di dalam agama dan bidang masing-masing. Amin Ya ALLAH!!

Sunday, March 30, 2008

Family Day 29/3/08 - DTM Sem 6 UDM

Lipas Albino yang terperangkap dalam almari kak eyta

Habil yang sedang bizi

mari membakar ayam.. nyum nyum

Lily n me.. LUV!!! =">

Bunga-bunga tulip yang sedang mekar...

Golongan mujahid Islam alaf ini

Sian Izzat, dari pagi kena asap

Sedap ke bihun tu?

Sayang my students =)

Kak Nor pon join, wife En. Fadil

Cepat-cepat... Cik Amni nak pukul gambo =)

Ah senyum hepi sebab bihun mak dia sedap =D

Hana cakap, ayam seketul tak cukup! Nazri ambik 7 ketul taw!!!

Ada 3 kuntum bunga di celah-celah pasu bunga. Heheh..

Buat halaqah baca Yasin tepi pantai...

"Kenapa aku dibuli??" kata Azyan

Sultan tutup mata pasal Perhimpunan Rakyat terang dengan kaler kuning. Silau kata baginda =D

Makan-makan KFC DPITM



Tuesday, March 25, 2008

Presentation Software Project Management: Sesi Release Tension 2






SEMOGA ILMU YANG DIKONGSI, MEMBERI MANFAAT KEPADA MEREKA. AGAR SINAR KEIMANAN ITU DAPAT MENERANGI HATI-HATI MEREKA YANG MEMERLUKAN KEHADIRANNYA.


I Love My Students!! =)

Presentation Software Project Management: Sesi Release Tension 1










  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP