Showing posts with label pulau wan man. Show all posts
Showing posts with label pulau wan man. Show all posts

Sunday, February 03, 2008

Perkampungan Hadhari 2008

Semalam saya bersama Lily dan Kak Lida ke sana untuk melawat-lawat masjid kristal yang cantik tu. Memang cantik sungguh! Di sebelah malamnya dipasang lampu berwarna warni. Sepanjang-panjang perjalanan untuk ke masjid tu, ada pelbagai miniature atau replika masjid2 cantik seluruh dunia dibina tapi tak siap lagi. Saya paham matlamat kerajaan negeri nak menjadikan Taman Tamadun Islam ni sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke Terengganu.

Kita tengok la beberapa keping gambar yang kami amik masa kat sana.




Depan2 Masjid Kristal, ada bendera Bulan. Patutla 'cerah' semacam je kawasan tu. Heheh...


Masjid Kristal di waktu malam.


Lagi bendera Bulan


Kubah Emas, Masjid Al-Aqsa.


Masjid Mohamed Ali, Kaherah.


Hayya A'lassolah... Dah masuk maghrib ni. Sedap qari' semalam. Dengar kata Syeikh Jibril. Tak tahu betul ke tak.


Peace, peace.. Sorang Imam Hadhari, sorang menteri Hadhari. Hehe.. Jangan marah Pak Lah...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP