Tuesday, April 18, 2006

hijrah pemikiran.. suatu yang dinantikan

Tahun-tahun lepas, dan yang pasti akan datang juga, rakyat malaysia terus dengan tema yang sama dan komen2 yang sama apabila ditanya 'apakah erti kemerdekaan' iaitu 'negara yang bebas dari penjajahan.'

Apa bila bermulanya tahun hijrah, itu itu juga yang timbul, hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Sedangkan kita semua tahu apabila sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku, yang perlu kita nampak mulanya di permukaan ialah peristiwa itu sendiri secara zahiri, namun perlu kita selami ke dasarnya untuk memahami secara maknawi.

Apalah hikmahnya kemerdekaan dan peristiwa hijrah Junjungan kita? Menunjukkan kita mampu untuk berubah dan mampu menegakkan negara, mahupun pendapat kita, mengikut acuan kita sendiri. Mungkin mengikut acuan penjajah kita perlu terus menggunakan undang-undang mereka, tapi bila kita sudah merdeka, itu bermakna kita merdeka untuk menentukan undang-undang apa yang kita mahu gunakan, acuan bersegi yang bagaimana yang boleh kita guna untuk mencantikkan kuih demokrasi negara kita.

Hijrahnya Rasul telah menjadi satu anjakan pemikiran kita. Berhijrah dari menurut kata orang lain kepada menurut kata hati kita dengan petunjuk yang benar sepanjang zaman iaitu petunjuk dari ALLAH.

Inilah yang ingin saya jelaskan dalam posting saya kali ini iaitu perlunya hijrah pemikiran kita. Telah lama hijrah pemikiran ini kita sebut-sebutkan, tapi belum ada yang berani di dalam negara kita mahu merealisasikannya. Mungkin ada secara sedikit-sedikit, bukan secara total. Namun cukuplah itu sebagai penggerak ke arah matlamat yang kita tujui.

Melihat kesengsaraan rakyat melalui pelbagai program, yang ditayangkan di kaca televisyen mahupun yang ditayangkan di hadapan mata sendiri apabila pergi melawat kawasan-kawasan penempatan rakyat berpendapatan rendah, mencetuskan kesedaran di hati, sama ada tidak wujudkah hijrah mereka yang tinggal di situ atau pemimpin yang tidak hijrah pemikiran mereka untuk membantu rakyat tanpa mengharap pulangan undi yang ditaburi kes-kes rasuah?? Betapa pun kita sebagai rakyat biasa meluahkan melalui tulisan-tulisan di internet ini yang entah dibaca atau tidak oleh para pemimpin kita, atau melalui apa jua cara, adakah berlaku perubahan yang kita harapkan itu?

Sebelum mengharapkan berlaku perubahan itu di luar, perlulah kita ubah diri kita dahulu, kerana untuk membina sebuah negara Islam itu, kita perlu membinanya di dalam hati kita terlebih dahulu. Islamkan hati kita, niat kita, nafsu kita, tindak-tanduk kita. Kemudian Islamkan keluarga kita, kawan-kawan kita, saudara-mara dan kenalan-kenalan kita. Pengajaran yang diperolehi dari Multi Level Marketing, seorang cari dan ajak 3 orang masuk, kemudian 3 orang cari lagi 3 org, jumlah sudah 10 orang. Apabila dicari lagi, maka makin bertambah downline kita. Itu juga boleh dilakukan dalam proses Islamisasi ini. Islamkan hati dan kehidupan kita, Islamkan keluarga kita. Kemudian cari lagi kawan-kawan kita.

Dari kesungguhan itu Islam pasti berkembang. Insya ALLAH, kita sama-sama cuba pakai kaedah MLM** ini. Tak salahkan kita guna cara yang baik??

Sedikit catatan dari usrah di KISAS:
Ke arah mewujudkan negara Islam perlulah
1. Individu Muslim
2. Keluarga Muslim
3. Masyarakat Muslim
4. Jamaah Islamiyah
5. Negara Islam

Pinjam kata-kata Abg. Mirul dan Kak Elin dalam Omegatrend: JOM KITA BUAT SAMA-SAMA!


footnote:
** kalau tak silap saya Datuk Seri Rafidah Aziz telah guna cara ini untuk menarik golongan wanita menyertai wanita UMNO.

Monday, April 10, 2006

Pergi Tak Kembali



Ni gambar tok dengan Hanna. Saya ingat lagi, tok begitu sayang dengan cicit2 nya. Saya pun naik jeles!!




Ni plak gambar tok tgh dukung ayman, masa tu sebelum tok sakit. Dalam bulan Mei 2005. Ayman pon kecik lagi, masih larat tok nak dukung.

Betullah kata orang, bila sesuatu itu telah pergi dari kita, baru kita terasa kepentingan dan rindu. Masa di depan mata, kita tak rasa. Rumah kami rasa sejuk dengan kehadiran tok, sebab zikir dan bacaan qurannya tak pernah putus. Abah suruh saya baca Surah Baqarah 3 kali, Yasin sekali dan surah apa tah satu lagi masa tok dah tak mampu bangun. Saya cuma baca Yasin dan Baqarah sekali ja, pahtu saya tertidur tepi tok. Bila saya jaga, tengok2 tangan tok tengah pegang tangan saya. Saya janji akan habiskan bacaan saya dan hadiah buatnya.

Kak cik pernah pesan kat saya, waktu tok masih ada ni kita nak berbakti, tak guna baru nak berbakti lepas dia tak ada lagi. Kakcik beruntung, dia ada di sisi tok pada saat2 terakhir tok. Saya cemburu!! =( Tak apalah, sekurang-kurangnya ada seorang di kalangan kami yang mampu uruskan tok dari mula hingga akhir. Terima kasih kak cik!!

Walaupun saya jauh dari tok, tapi saya gembira sebab banyak jugak ilmu masakan yang tok turunkan kat saya. Buat kuih cara, tepung bungkus, kuah kacang (yum yum!!), cucur masin, asam pedas, singgang, masak kurma dan macam2 lagi. Kira bertuah jugak saya ni ye? ;-) :wink:

Baiklah, life must go on, tapi nasihat dan panduan yang orang-orang tua beri tak boleh kita lupakan. Sama-sama kita teruskan perjalanan kita, sambil2 tu kita jgn lupa jengah2 masa silam yang boleh kita ambil iktibar.


p/s: kak cik, mana lagi best, murtabak megi ada daun bawang n cabai ka yang simple cam kat umah kak cik? invent lah lagi resepi guna megi, kita balik try sama2 nak? hehehehe!!!

Sunday, April 09, 2006

Kematian Itu Satu Perkara Yang Hak!!

Setelah seminggu lebih saya bercuti, hari ini saya mulakan dengan satu berita yang sangat2 menyedihkan saya sekeluarga. Nenek saya yang dikasihi, nenda Hajjah Fatimah bt Hj. Mohd. Nor pulang ke rahmatullah pada tanggal 29 Mac yang lepas pukul 1 petang. (alFatihah)

Setelah disahkan mengalami ketumbuhan dalam otak sejak Ogos 2005, nenda telah dimasukkan beberapa kali ke hospital Jitra. Kali terakhir ialah pada pagi hari pemergian beliau kerana menghidapi "severe pneumonia". Saya menerima khabar duka ini melalui panggilan telefon kak cik pada saat saya bergembira bersama sahabat2 dalam jamuan perpisahan pelajar Latihan Industri. Secara tiba2 wujud satu ruang kosong di dalam hati saya. Sahabat2 saya yang sangat memahami, Roslan, kak su, mirul, kak niza, kak g-ra, kak dang, en. nordin, cik noor, prof yazid, dan ramai lagi yang tak mampu saya tuliskan nama, terima kasih atas sokongan kalian dan bantuan yang kalian hulurkan.. Jazakallah khairan kathira..

Saya ditemani kak su, cuba cari tiket di depan hostel tok jembal, tapi dimaklumkan tiket habis. saya bergegas pulang ke rumah dan mintak tolong kak niza temankan saya ke bandar beli tiket. di pertengahan jalan, kak cik telefon dan maklumkan nenda akan dikebumikan pada petang itu juga, memandangkan keadaan nenda yang uzur di akhir hayatnya. saya pasrah kerana tak mampu menatap wajah nenda buat kali terakhir dalam perjalanannya menemui KEKASIHNYA. saya sedar, siapalah saya untuk menahan nenda, kerana 3 minggu sebelum itu, semasa saya pulang ke jitra, saya melihat tanda2 tidak sabar nenda mahu berjumpa KEKASIHNYA yang abadi itu.. saya sedar, siapalah saya.. =(

Kuasa ALLAH, tiket yang saya perolehi ialah tiket yang terakhir untuk malam itu. saya terus balik ke rumah sewa dan mengemas pakaian, solat Asar dan membaca Yasin sebagai hadiah terakhir buat nenda. Semakin menghampiri petang semakin saya rasakan saat perpisahan kerana nenda akan disemadikan selepas solat Asar. Saya tertidur selepas baca Yasin dan mimpikan senyuman nenda yang selama ini menemani saya. Hari yang paling lambat berlalu saya rasakan.

Selepas makan malam dan solat maghrib, saya dihantar oleh kak niza ke stesen bas tanjung. saya solat Isya di sana dan selepas itu dikejutkan dengan kehadiran dia untuk menemani saya. Dia ingatkan saya walaupun betapa saya mencintai nenda, cinta saya tak mungkin mengatasi cintaNYA kepada nenda, itu adalah suatu perkara HAK - kebenaran; yang pasti setiap insan akan laluinya. terima kasih, kalau awak tak temankan saya, kalau awak tak ingatkan saya, mungkin saya hanyut terus tak ingatkan qada' dan qadar yang pasti kita semua akan tempuhi.

saya sampai di jitra dijemput oleh kak cik dan kak teh. suasana di rumah walaupun cuba di ceriakan oleh semua orang, namun saya dapat kesan carik2 luka itu. manakan tidak, nenda (tok) lah yang selama ini membuatkan kami pulang, bersatu dan gembira. tok jugak yang menjaga saya selama saya di dalam wad akibat jaundice (demam kuning) masa baru dilahirkan. tok mengalirkan air mata, solat hajat agar darah saya tak ditukar dengan darah orang lain. tok yang mengajar saya buat kuih cara yang sedap tu. tok suka makan puding trifle dan kek choclate moist yang saya buat setiap kali hari raya. tok pernah menangis masa ajar saya mengaji Quran kerana saya nafas tak cukup nak baca panjang mad lazim. tok yang suka bila saya sapu losyen di tangan dan kakinya yang kering. tok saya.. tok saya yang suka pakai bedak wangi warna merah jambu, kemudian bila saya selalu mintak nak pakai, dia hadiahkan satu botol pulak untuk saya. tok yang masih ada gambarnya masa saya darjah empat panjat naik belakangnya untuk bermanja. tok yang mendengar sambil menitiskan air mata waktu saya menceritakan layanan buruk kak long dan mak teh terhadap saya masa saya di matrikulasi. tok yang buat kuah kacang yang sedap tiap kali raya, sampai george hirup macam sirap. tok yang pandai buat kuih-muih tradisional, tapi cucunya semua cuma pandai makan saja.

tok saya.. saya tak sempat berada di sisi tok sewaktu dia diambil pulang. saya tak mampu nak gembirakan tok. saya tak sempat pulang. saya tak mampu buat apa2 untuk tok. saya cuma ada upaya dengan izinNYA untuk hadiahkan tok, tok yah dan tok wan mad bacaan Yasin setiap malam. dan saya berharap, sesiapa yang membaca entri saya kali ini, sudi2 kan lah hadiahkan buat tok saya surah Fatihah dan Al-Ikhlas. itu saja yang mampu saya buat untuk tok. Moga tok, tok yah dan tok wan mad berada dekat denganNYA. Adik sayang tok!!

Wednesday, March 29, 2006

Pledge Your Donation



Just come back from visiting SM's Blog and FB's Blog . There is a campaign launched by blogger's community service organized by Abang Bad and afew of his friends if i'm not mistaken.

This project is based on his own initiative, no SMS-SMS here as we can see in TV3 Bersama Mu charity program, not much amount have been donated by our people. Maybe still be afraid as Tsunami's Money being fraud before. Lots of tsunami's victims didn't get their rights. (This is my own opinion, NOT this community's)

Will be held on 8 April 2006. Pihak BadrulAfterSix dah dapat pengesahan dari Tesco dan Leen pon dah jumpa Charity Home di Rawang. Jom kita sama2 menderma untuk bantu Charity Home ini, sebuah rumah flat dua bilik yang menempatkan lebih kurang 16 orang kepada sebuah rumah banglo yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Jom lah, sama-sama kita bantu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di sini. Manakala sebarang permohonan berkenaan cara menyalurkan derma harus dibuat kepada Koordinator Projek, Badrul Hashim di alamat email badrul_hashim(at)astro(dot)com(dot)my.

Sebarang bentuk sumbangan berupa tenaga, wang, buah fikiran dan promotion sangat di alu-alukan. Kerana kemiskinan merupakan satu penyakit kepada masyarakat. Kerana kemiskinan membuahkan pelbagai kudis sosial dan kini menjadi barah kepada masyarakat dan negara. Kalau kita boleh kayakan MAWI, ANANDA KRISHNAN, VINCE, ZAHID, JACQ, DANIEL, kenapa kita tak boleh sumbang hanya sedikit kepada projek ini dalam menangani masalah yang dihadapi oleh penghuni Charity Home ini.

Berikut ialah WishList yang telah disenaraikan:

washing-machine
4 table fan
15 pillows
10 single mattress
20 towels
20 bed-sheets
20 pillow cases
three-tier box
shoe-rack
rak pinggan
meja makan cum study table
baju sekolah
kasut sekolah
selipar
eletric-kettle
medium & big cooking pots
hangers
toiletries
iron & ironing board
baldi
flasks (thermos)
milo
tea
biscuits
food (canned food)

Copy paste dari blog abg Bad


alamat kediaman mereka ialah o7-05 & 08-05, blok tulip, pangsapuri dahlia, jalan desa, bandar country home, 48000, rawang, selangor... if you have some questions to ask, or if you want to know what else you can contribute before or after this charity drive, you can contact ms masliza 012 - 266 3649 or ms nadia 012 - 375 1444... mereka nih adalah orang-orang yang membantu memberikan harapan kepada anak-anak ini di baitul fitrah...

kita semua *yang boleh pergi* akan berkumpul di tesco mutiara damansara pada pukul 9.00 pagi, 8 april 2006 bersamaan dengan hari sabtu... selepas habis membeli barangan yang diperlukan, pihak tesco akan menyediakan lori percuma untuk membawa barang-barang tersebut terus ke baitul fitrah seperti alamat di atas... kemudian, kita akan sama-sama konvoi ke rumah tersebut... jom ramai-ramai ya...

Sunday, March 26, 2006

Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza

Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku melupakan
tiada pertimbangan
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo
***
dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

p/s: cubalah kamu seketika di tempatku..

credit: lirik diambil dari blogger star

Thursday, March 23, 2006

Persediaan Perkahwinan

PROGRAM 1 : PERSEDIAAN KEROHANIAN


Objektif :
Menanamkan ketahanan mental, fizikal dan kawalan emosi.
Melahirkan anak-anak yang sihat, soleh dan cemerlang.

Aktiviti :
1. Sujud Syukur, Kerana Anak Itu Aset Yang Amat Berharga.

Anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada kedua ibubapa.
Firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka”

Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
Maksudnya : “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya” (Riwayat Bukhari)


2.Mengamalkan Solat Hajat.

3.Mengamalkan Membaca Surah-Surah Tertentu Seperti Membaca Surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.

4.Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma’thur :

Surah Ibrahim ayat 40:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.

Mengamalkan doa-doa:
Doa Kanzul `Arsy
Doa Ukasyah
Doa Haikal
Doa ketika ingin melahirkan anak.

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikir dan doa seperti Ayat kursi, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.


5. Sentiasa Bertaubat, Beristigfar Dengan Bersolat Taubat.

Ketika sedang hamil, suami isteri digalakkan sentiasa beristigfar (memohon ampun) terutama setiap kali selepas solat fardhu. Selain itu, Solat Taubat, Solat Tahajjud dan Solat Hajat juga hendaklah diamalkan supaya pasangan itu sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci imannya.

Firman Allah Taala dalam surah Nuh ayat 10-12:
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

6.Mambaca Zikrullah ( Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil )

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Dua kalimah yang disukai oleh Allah dan ringan diucapkan pada lidah namun berat pada timbangan iaitulah kalimah Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azimi” Muttafaqun A’laih

7. Memperbanyakkan Selawat
Pasangan suami isteris dituntut dan digalakkan supaya sentiasa memperbanyakkan selawat ke ataas Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash r.a. :
Maksudnya : “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. Riwayat Muslim

8. Menghadiri Majlis Ilmu Dan Majlis Berbentuk Kebajikan
Bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sayugia digalakkan pasangan suami isteri menghadiri majlis-majlis agama seperti ceramah agama, kuliah-kuliah, kelas takmir, forum, usrah, tazkirah, seminar dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
Maksudnya : “Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) bagi tujuan menuntut ilmu (yang baik) maka sesungguhnya ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali.

9. Menjauhkan Diri Daripada Majlis-Majlis Yang Berunsur Maksiat Dan Mungkar.
Semasa isteri sedang mengandung, ia merupakan waktu yang amat sensitif bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, tempat perjudian, funfair, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan (mempersatukan) umatku atas kesesatan. Kekuasaan dan rahmat Allah pastilah berada pada orang-orang yang berkumpul untuk
kebaikan. Barangsiapa yang menyendiri (memisahkan diri dari kumpulan yang baik) maka ia akan terpencil di dalam neraka”. Riwayat At-Tirmizi

10.Membaca Buku-Buku Doa Dan Kisah Teladan Seperti Lelaki Soleh Dan Wanita Solehah.

Firman Allah Taala dalam surah Yusuf ayat 111:
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung di
dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”.

11. Menjauhi Diri Dari Membaca Dan Menonton Bahan-Bahan Negatif Dan Lucah Seperti Majalah-Majalah Hiburan, Filem-Filem Dan Sebagainya.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30:
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka ke

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Telah ditulis ke atas anak Adam itu bahagiannya daripada zina yang tidak mustahil berlaku ke atasnya iaitu :
Zina kedua biji mata ialah memandang benda-benda yang haram.
Zina kedau telinga ialah mendengar benda-benda yang haram.
Zina lidah ialah berkata-kata kalimah yang tidak baik.
Zina tangan ialah melakukan kezaliman.
Zina kaki ialah melangkah ke tempat maksiat
Zina hati ialah keinginan yang melampau dan banyak angan-angan.

Kemuncak zina ialah melakukan perbuatan zina dengan kemaluan yang dihukumkan had zina ke atasnya”

12. Menggunakan Kata-Kata Atau Perkataan Yang Positif.
Isteri yang hamil dan suaminya hendaklah mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik.

Firman Allah Taala di dalm surah Al-Baqarah ayat 263:
Maksudnya : “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan
perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.

Perkataan yang positif dan baik ini amat perlu dalam menjaga perasaan dan hubungan suami isteri. Selain itu, perkataan-perkataan yang baik juga merupakan doa dan dorongan yang memberikan
perangsang.

13. Menjauhkan Perkataan Yang Negatif
Isteri yang hamil dan suaminya juga hendaklah meninggalkan kata-kata yang negatf.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 19 :
Maksudnya : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.


14. Halawah Muhasabah.
Ia lebih merupakan perbincangan antara suami isteri seperti menceritakan kelemahan masing-masing dan tegur-menegur di dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keharmonian rumahtangga.


P/S: bila baca semula, baru sedar, belum bersedia rupanya aku.. so, stop angan2, concentrate on your research!!

Tuesday, March 21, 2006

Ever The Same

Found this lyrics while viewing my friend's blog. Specially dedicated to all my friends wherever u are...

"Ever The Same" (Rob Thomas)
We were drawn from the weeds
We were brave like soldiers
Falling down under the pale moonlight
You were holding to me
Like a someone broken
And I couldn't tell you but I'm telling you now
Just let me hold you while you're falling apart
Just let me hold you and we'll both fall down
Fall on me
Tell me everything you want me to be
Forever with you forever in me
Ever the same
We would stand in the wind
We were free like water
Flowing down
Under the warmth of the sun
Now it's cold and we're scared
And we've both been shaken
Hey, look at us
Man, this doesn't need to be the end
Just let me hold you while you're falling apart
Just let me hold you and we'll both fall down
Fall on me tell me everything you want me to be
Forever with you
Forever in me
Ever the same
Call on me
I'll be there for you and you'll be there for me
Forever it's you
Forever in me
Ever the same
You may need me there
To carry all your weight
But you're no burden I assure
You tide me over
With a warmth I'll not forget
But I can only give you love
Fall on me tell me everything you want me to be
Forever with you
Forever in me
Ever the same
Call on me
I'll be there for you and you'll be there for me
Forever it's you
Forever in me
Ever the same

Sunday, March 19, 2006

INSAN BERNAMA KEKASIH

seseorang nyanyikan lagu ni buat saya.. terima kasih.. dah lama tak dengar awak nyanyi macam tu.. hhehehe..

Artist - Tajuklagu: Unic - Insan Bernama Kekasih

The Lyrics: INSAN BERNAMA KEKASIH

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

Pada Mu Oh Tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih

CAN U HELP ME?

20/3 - check students database TMK 3108
20/3 - fetch referee form
21/3 - hantar SLAB form
21/3 - presentation progress
22/3 - report progress
23/3 - markah pelajar

so many tasks, but suddenly i feel blue..
i think of gramma, suddeenly i feel blue..
i think of my progress, suddenly i feel blue..

feel like i want to get rid of everything..
feel like i want to cuddle in my cosy blanket..
feel like i want to eat as much as i could..
feel like i want to rest n walk my way along KUSTEM's beautiful beach..
feel like i want to watch non-stop movies..

suddenly i realise,
this is my movie, movie of my life.. i don't want people to watch such a boring movie of me. i believe GOD dont want me to act like this. i believe my viewers (mom, dad, bro, sis, roslan, frens) dont want to watch this kind of movie of my life..

so what color should i choose?

Sunday, March 05, 2006

apahal gomen kita??

'harge minyok naik 30sen pulok. kawang ghaser sakit ati bettu.. apeha dengang gomeng kitter?' (baca dengan loghat tganu)

apehal gomen kita? tau la korang tak penah isi minyak sendiri... tulah.. undi lagi BN (Barang Naik).. ok je bagi depa2 yang ada drebar, drebar yang isi, gaji drebar gomen bayor, minyak depa gomen bayor... api, air sewa umah depa gomen bayor... alahh... komen2 lelebih pon gomen bukan bace apa yang rakyat tulih... tak de masa, sibuk dengan tugasan negara... yelah sangat!!!!!!!!

bayar lah subsidi minyak ko tu dengan kebaya nyonya ko!!! bayar laaa dengan songket ko!!! bayar la dengan industri batik ko tu... apa ko ingat tu semua boleh jana ekonomi sangat??? apahal ko??? tol pon dah naik harga, makanan naik harga, ko lainlah pegi sana sini semua gomen tanggung blanja...

kalo beli keta tempatan, banyak sangat birokrasinya, beli import tax tinggi melampau2.. ko lainlaaaa... pakai kereta gomen... ye laaaa, ko kan org gomen, gomen Barang Naik(BN)!!!! urusan dunia pon ko tak mampu handle, urusan akhirat??? woi... ko ingat rakyat ngumpat2 ko, ko dapat pahala ke??? kalo ko tak adil, bukan pahala ko dapat!!!

JIWA KACAU semua rakyat ko... ko tengok laaa... ko jaga2 laaa... ko hati2 laaa.... ko tak rasa sekarang, nanti ko akan rasa jugak... subsidi konon??? apahal la gomen kita??? ko ingat ko boleh jadi gomen lagi ke??? ko tunggu la...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP