Tuesday, February 08, 2005

i'd ask if i care...

22 tahun, bukan... hampir 23 tahun ku kenali dia, sangka ku betul - betul sudah ku kenal dia, rupanya silap fikirku itu. dia yang selama ini aku sangka yang buruk- buruk belaka, tapi kepulangan ku kali ini merubah segala yang terhijab.

biar ku mulakan kalam ini menyatakan apa tujuan dan hadaf ku mencoret,biar pun aku pendebat terbaik dalam pertandingan, namun bila tiba masa untuk meluah kata - kata kadang terkaku jua lidah ku... berkali kali cuba aku berbicara dengan dia, tapi apa yang terjadi cerita lain jua yang terkeluar.

hingga terjadi satu perkara itu, ku rasa biar ku pendam sahaja rasa di hati agar tidak melukakan dia, dan merenggangkan hubungan kami, namun aku catatkan jua sekiranya aku atau dia pergi dahulu masih terdapat kenangan yang tersurat di atas segala yang tersirat.

dia, pernah ku marahi kerana lainnya pemikiran kami. jarak umur yang memisahkan, dan mungkin jua pengalaman yang berlainan, situasi yang semakin memberatkan. pernah ku tengking dia sedangkan niat nya hanya ingin membetuli kesalahanku. ya ALLAH, apa yang telah aku lakukan?

ku memberontak dalam hati atas segala nasihat, muka ku biasa2 saja, tapi dalam hatiku yang busuk ini, penuh cercaan, nista dan kata yang jika terdengar oleh telinga nya bisa membuat luluh hatinya... bagaimana harus ku hadapi murka ALLAH di hadapan kelak... ampunkan aku..

dia pernah memarahi aku dalam telefon, atas beberapa kedegilan yang pernah aku lakukan, dasar anak degil, aku terus sahaja meletakkan telefon tanpa pamit. bukan niat ku berkurang ajar, tapi ringan sahaja tangan ku mematikan panggilan itu..

peristiwa raya yang lepas paling tak dapat aku lupa, hingga ke saat ini aku menyesali keceluparan mulut ku kerana terlalu petah menjawab. nasi sudah menjadi bubur, namun patut nya aku bersyukur kerana dengan peristiwa itu membuatku semakin cuba merapati dia, memerhatikannya, mengenali dan menyelami isi hatinya, mungkin dia tak sedar kerana aku sekadar memerhati. walau tak ku tinggikan lafaz bicara, tapi kata-kata itu menyebabkan dia terdiam dan tidak menegur aku selama 2 hari. ketahuilah kakak, aku tersiksa sebenarnya!!

aku sendiri tidak menyangka ayat itu bisa merenggangkan kami, "sudahlah, malas nak dengar!" tak ku lafaz dengan tinggi nada, biasa sahaja aku rasa, tapi sebenarnya bagi dia umpama gegaran gempita membelah dada dan ikatan ukhuwah kami. esoknya ku gagahkan diri dengan linangan air mata, menghantar pesanan ringkas lewat teknologi yang ada. "sorry for being rude last night." tangan tak ku hulur, senyum tak ku beri, manakan lembut hatinya, hati kakak itu. aku si adik yang tak tahu menyerah kalah, aku tersiksa. siksa sebenarnya, tapi dek kerana kerasnya hati akibat tempekan dosa, tak cuba aku canaikannya dengan iman yang secarik cuma. aku hanya mampu melafaz, "selamat hari raya, adik minta maaf."

lembut hatinya bukan bayangan di bibir, aku yang selalu tersalah tafsir akibat ego, riya, ujub takabbur dan sum'ah. dalam diam aku menyanjunginya kerana dari dulu hingga kini dia banyak mencorakkan aku. dia banyak membantu dari segi psikologi dan kewangan. dia dan suaminya. bukan, ini bukan satu sanjungan atau bodekan yang di salahtafsirkan. bukan tujuan ku mengaut pujian atau apa - apa ganjaran dunia, ini luahan hati aku. hati si adik itu.

walaupun aku tahu banyak kekurangan yang terpamer dalam dirinya, kelebihan yang terdapat dan yang tersembunyi itu masih cuba kuintai dan ku rakamkan dalam gambaran sanubari aku. apa perlu aku menyebut kekurangan sedangkan kelebihan yang ada menutup kekurangan itu, cuma hati-hati yang jelik sahaja cuba menafikan kebaikan yang terpamer.

dia masih bersahaja. seingat aku, tak pernah dia meninggi diri, aku selalu tersalah tafsir perihal ini. dia sayang kan aku, tentunya, aku adiknya. contoh terdekat yang dapat diberi pasti diri sendiri. ah hati, kenapa terhijab sebegini, penangan dosa barangkali? apa yang dapat aku perhati, tuturnya bersama ibu begitu hati-hati sekali. nah, kalau lah dia begitu jelik, masih adakah hormat pada manusia mulia bergelar ibu. hanya manusia yang menyanjungi ibunya juga menjadi manusia yang mulia.

aku tidak menuding jari mempersalah sesiapa, satu jariku tertuding pada lain manusia, empat yang lainnya menunjuk padaku kembali. salahnya dari aku, terlalu pertahankan ego. rasakan pabila kebenaran itu terserlah. biarlah apa kata manusia lainnya, akan aku cuba kenali dia, memahaminya, membantu seadanya, jika aku termampu, jika aku lelah di hujung perjalanan langkahan ini, aku hanya mampu berharap, agar insan yang dahulu ku pandang jelik dengan sebelah mata (walaupun ini tidak dia sedari, tapi aku menyesal amat), masih sudi menerima dan mengakui aku adiknya, adik yang hanya tahu meminta tidak pandai memberi, yang tahu mengungkit, tidak pandai mentafsir, adik yang nampak biasa tapi akulah adiknya yang busuk hati tidak tahu bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai, tidak tahu menterjemah kata hati seorang kakak.....

andai dia terbaca atau sesiapa jua, ku mohon agar tersampai di hatinya, maafkan aku, aku hanya insan biasa yang tak pandai menilai insan lain. maafkan aku, "i'd ask if i care", membuatkan aku semakin mengenalinya...


Thursday, January 13, 2005

kembali...

hari ni berkejar ke CC untuk buat online quiz, malang sungguh, dah tiba tarikh tutup... tu lah... lain kali saya tak boleh buat keja last minit...

minggu ni saya pergi melawat ein... dia sakit, kena operate, saya sayang betul dgn dia, as my ex room mate... masa saya tiba, dia cakap yg dia sangat terharu jumpa saya setelah 3 tahun tak jumpa...

inilah kuasa ALLAH.. kalo bukan kerana sakit demam, mungkin lambat lagi saya akan jumpa dgn dia...harap2 ein semakin sembuh... rindu nak lihat ein ketawa semula, hari tu ein tak dapat gelak puas2 coz baru satu hari dibedah...

dah beberapa minggu mak njang saya masuk ke hospital, koma kerana kemalangan.. sedih saya lihat wajah mak, abah dan tok... 2 minggu lepas pulang ke rumah di jitra, saya nampak tok baca yaasin malam tu sampai 5 kali.. tabah betul tok ni... saya bersyukur, walaupon abah sakit2, bila dia balik dari KL melawat mak njang, dia kelihatan tenang, mungkin semangat yg diberi oleh abg din, abg yus dan lain2... dan mungkin juga tawakkal abah yang kuat... apa yg penting, sekarang saya mahu semua org di sekeliling saya gembira, terutama mak dan abah saya...

saya dapat gaji untuk bulan ni, hepi betol... hehhee... insya ALLAH saya akan gunakan ke arah kebaikan, harap2 saya tak membazir lagi... tapi pelik jugak, duit keluar macam air je, habis macam tu je... yg saya tau selain makan dan fotostate saya tak gunakan ke arah lain... oh ya, saya kena beli majalah setiap bulan dan paper setiap hari sebab ada tugasan bagi subjek computer auditing... tapi takkan lah banyak sangat??? tak pe, pas ni saya cek balik bajet (pinjam ejaan che det ;=) exPM) saya selama satu sem ni...

ada cerpen nak saya paparkan, tapi masih tersimpan dalam hard disk... mungkin dalam seminggu dua lagi muncul lah di blog ni... pc saya dah diupgrade, untuk seorg yg berbajet kecik macam saya, cukup lah processor 2.0 GHz, memory512mb dan hard disk 80 GHz... risau gak saya, byk2 karang nak install game aje.. zuma deluxe pon baru level 9-5 je... saya memang tak pandai main game2 ni, setakat solitaire dan freecell tu boleh laa....

buat pelawat semua, saya berharap dapat doakan buat mak njang saya agar ALLAH berikan beliau kesihatan yang baik, begitu juga buat ein, semoga dapat ein teruskan sesi latihan industri lepas ni... itu saja, hingga bertemu lagi... =)

Saturday, November 27, 2004

semester baru bermula..

start je sem baru dah busy, dengan kuliah dengan debat dengan projek... dengan assignment dengan dengan dengan... tapi tu semua alasan manusia semata2... lasan sibuk yang tak boleh diterima akal kalo kita cuba pinggirkan hubungan dengan tuhan semata2 kerana kesibukan kita tuh!!!

kadang2 pressure jugak dengan life as student ni... tapi macam yang pernah dinasihatkan oleh si teman, roket tanpa tekanan tak maju ke angkasa, aircond tanpa tekanan tak boleh menyejukkan, fosil dinosour tanpa tekanan tak jadi petroleum punca bergaduhnya amerika dan iraq skang... i can be a better person dengan segala tekanan yang diperolehi... insya ALLAH...

sebut tentang tekanan, sepanjang cuti baru lepas penuh dengan tekanan, tekanan bangun awal, buat house work, tekanan pc rosak, tekanan projek lom siap... macam2 ada... tapi bila balik ke hostel semua tekanan, bebelan, tengkingan, tangisan, jelingan mata, yang saya peroleh dari mak, abah, kakak2, anak sedara, abang2 jadi satu perkara yang dirindui... semua tekanan tu membentuk saya sebenarnya...

balik ke terengganu ni sakit saya semakin menjadi2... saya susah nak bernafas, mungkin warisan asma dari family trait... saya sakit dada, batuk2, segala jenis ubat saya makan... tak berkurangan... makin teruk adalah... tambah pulak nak ke IKIM ni.. risau saya... saya sampai muntah2 setiap pagi.. mujur teman saya berikan Habbatus sauda' datri mesir yang kakak nya belikan... terima kasih teman... kau sentiasa di hatiku... ada terasa sedikit lega.. puncanya sejuk kot.. kat tganu ni hujan tak mengira hari... habbatus sauda' buatkan badan panas sedikit... lega saya...

baiklah, saya nak pegi mesyuarat debat.. sampai jumpa lagi...

p/s: perasan tak?? dah mula gunakan kata ganti saya... saya ingin berubah ni.. doakan saya ye??? insya ALLAH

Sunday, October 03, 2004

sesekali teringat....

sesekali aku teringat, dalam 2 minggu lepas zue mai jumpak kat bilik... sembang punya sembang terkeluar cerita pasal arwah ayah zue yang meninggal... ada zue citer ayah dia org jepun dan of coz lah boleh cakap jepun... tapi yang ralatnya bila zue tak sempat belajar atau amik tahu tentang ilmu2 yang ayah dia ada, such as pertukangan ke apa ke...

bila sesekali aku teringat, abah pulak banyak kelebihannya, pandai mengaji tarannum, pandai tulis khat, pandai masak mee kebaya, mee bandung... pandai melukis... abah yang selalu menjadi penasihat, tak kiralah di dalam keluarga atau siapa sahaja... apsal aku tak start belajar sebelum semua terlambat... kenapa aku baru teringat??

sesekali teringat, mak pulak lemah lembut, bijak mendidik anak2, bijak mengurus kewangan, bijak mengurus rumah tangga, penasihat yang baik bagi kami adik beradik, pendengar bila kami ada masalah atau sesaja nak bersembang... nape aku tak cuba manfaatkan sementara waktu masih ada???

sesekali teringat, abg yus pandai math, pendengar yang setia, kaya pengalaman, bijak berbahasa... kak albi yang penyayang, funny n have a lot of story to tell... kak cik yang sangat sayang pada aku, selalu bagi nasihat walau kekadang hati kecil memberontak.. biasalah tu, itu tandanya ego tersentuh... kak cik yang murah bila mintak tolong dari segi kewangan, pendapat... kakteh yang kaya ilmu agama, pengalaman bersahabat, tips2 jadi pelajar dan anak cemerlang...

sesekali teringat, kak zah pandai menjahit, jaga rumahtangga, bijak bahagi masa antara study, kerjaya dan keluarga... abg hamdi yang tinggi ilmu, kaya pengalaman, PR bagus, pendiam tapi pandai amik hati org tua... abg din yang kelakar, pandai berbicara, murah hati...

sesekali teringat, aku dah ada semuanya... dah cukup lengkap... apa lagi yang aku nak??? semua dah ada dalam keluarga aku... cumanya batasan waktu yang menyebabkan kami terpisah... kelemahan dan keburukan pada individu sudah semestinya ada... tapi bukankah kelebihan pada individu yang lain boleh menutupinya... umpama sebuah bangunan, jika satu bata terjatuh, pincang bangunan itu... tapi bila ada elemen2 seperti, simen, pasir dan air, lekatkan kembali bata itu, bukankah bangunan semakin kukuh???

sesekali teringat, dah lama tak balik rupanya, patutlah rindu semakin menghambat, patutlah ingatan semakin kuat... telefon pon dah tak mampu menjadi penyambung bicara, rasa macam nak je masuk dalam telefon tu, pegi peluk2 mak n abah.. abah macam biasalah, jarang nak jawab telefon2 ni... tapi sesekali teringat bila bercakap dengan mak n abah, macam dataran kontang kemarau, segar semula disapa hujan...

sesekali teringat, heheheh... ada lagi assignment belom dihantar, ada pulak projek yang belum diselesaikan... hutang dengan TUHAN??? masih ada kah belum yang dilangsaikan??? ooh.... sesekali teringat, rupanya belum makan pagi lagi... maklum saja minggu periksa, semua nya tak sempat... harap2 sesekali teringat pada aku, doakan kejayaan dalam hidup ini...

wassalam....

Friday, September 24, 2004

besday

tak bleh lupa... heheheh... ada ka masa besday aku sendiri boleh lupa??? nasib baik mak n kak cik tepon tgh malam tu, kalo tidak sure tak ingat...

dapat hadiah keta lembu.. ____ pi melaka, bagi adiah keta lembu tu.. lawak btoi.. tak pe, janji ikhlas... tgh gila2 bisnes omegatrend ni... sesapa interested sila konteklah... nak dapat duit kena rajin... dapat duit boleh tampung blanja nak study.. final year, byk pakai duit, nak print nak beli software, harap2 sem ni n sem depan tak perlu mintak duit mak, mak byk nak kena guna, kak teh lagi...

share bisnes dgn ____.. dia pon ada kasi duit utk bisnes ni.. harap2 bila dah dapat duit nanti boleh tlg aku n dia sama2 nak blajaq ni... insya ALLAH...

exam start 3,5,17,19.. gaps 12 ari nak pi KL n balik kedah...

Saturday, September 18, 2004

makan...

erkhhh... minggu ni makan byk abis dekat rm50 untuk makan saja... tak termasuk duit tepon n projek lagi... ya ALLAH... ntah la... makan byk nasib baik tak gemuk.. cuma dah tembam sket... heppi kot.... 3 oktober ni exam...

semalam 16 sept aku menang pertandingan debat alam sekitar peringkat kustem, dapat la rm300... duit lagik... masuk duit kelab... rasa seronok je... coz ___ ada juga... beri sokongan..

proposal dah siap, tinggal nak hantar je... pastu concentrate dgn exam... assignment dah setel... tinggal yg UI je blom lagi... ari tu pi umah walid.. dengar walid n ummi bercerita kisah kehidupan, rindu pada abah dan mak... dah lama mak n abah tak duduk berdua macam ummi n walid, duduk bersembang..

mak busy sokmo... maklumlah dapat cucu baru.. betullah hadith nabi, akhir zaman nanti hamba melahirkan tuannya... sejak kita mula lahir, hingga lah dewasa ibu bapa seolah2 hamba, byk berkorban, tetambah bila jadi pompuan ni... bila beranak, mak kita kena jaga kita, mandikan baby kita, masak kat kita... ntah lah.. mungkin itu kitaran zaman atau mmg situasi masa kini aku tak tahu... tapi simpati pada mak menebal... ikutkan hati nak balik kedah tolong tapi tak upaya, periksa makin menghambat...

kesian pada abah, tiada teman bercerita, pada sapa abah nak ngadu, mak kepenatan, tok pun bukannya boleh dok sembang dgn abah... patut bila aku balik, abah selalu ajak keluaq, minum2 makan2, shopping2....
coz kat dalam keta kami bleh sembangn abah boleh cerita macam2... bg hamdi pendiam, bg din busy, kak cik busy, kak abi pemalu, kak teh misteri, abang jarang balik, kak zah sibuk dgn anak2... sapa lagi????

sian abah... aku perlu pulang ke kedah untuk temankan abah, layan abah... abah pernah cakap, abah tak pernah mintak apa2 dari adik... ni abah nak mintak, tolong beri kejayaan adik pada abah... insya ALLAH abah... itu yg sedang adik usahakan... tunggu tahun depan masa grad... harap2 dapat kita kongsi bersama kejayaan adik nanti...

balik dulu... nak marking paper anak murid.. busy busy busy

Wednesday, September 08, 2004

anwar bebas...

waktu dengar tentang kebebasan anwar aku dpt msg dr abg din, terkejut, tanak pecaya, tapi bila dengar berita mmg btol... mlm tu aku tgh hias bilik TV, bila buletin utama siarkan berita tu, aku nangis, penantian keluarga anwar berakhir, tapi aku tak pasti sama ada wujud satu perancangan mahupun apa2 di sebalik nya... tapi aku bersyukur kerana sekurang2nya kebenaran yang anwar bukan the 'sodomy' type person... muahahahha...

ulasan anwar lepas dibebaskan:
"terima kasih kepada PM (paklah) kerana tak campur tangan dalam pembebasan saya"

that's means yang paklah takde kaitan dengan pelepasan anwar... jgn plak ada org yang 'poning palo'(read as bengong) yang cakap paklah yang murah ati lepaskan anwar... pas tu ntah2 nanti ada plak yang nak cakap nak gabung UMNO, PAS, keADILan... muahhahaha... tapi politik punya hal tak berani la nak komen lebih2...

sumua manusia waras jugak ada tentu pikir... ISLAM kalu nak dikuatkuasakan, mana mari kita nak tolerate dgn maksiat??? kalo cam tu, 'dosa boleh, pahala boleh,' 'maksiat boleh, ibadah boleh,' 'neraka boleh syurga pon boleh' 'ALLAH boleh iblis pon boleh'... muahahhaha... MALAYSIA BOLEH!!!!

sedih sangat

dah lama tak menulis... beberapa hari ni sedih sangat coz nyang meninggai, tak sempat nak tgk buat saat akhir, kematiannya sangat mengejut... teringin nak balik, nak tgk keadaan keluarga setelah waris tertua dalam keluarga meninggal... namun setelah bincang2 dengan teman, pi tgk tiket plak, DIA tak izin balik, tiket abis n keja yang banyak...

sedih sangat... tapi semoga ujian yang DIA beri kepada kami sekeluarga ni, akan meningkatkan lagi taraf keimanan kami semua.

pening lagi sebab banyak 'hujan' dalam diri beberapa hari lepas... hujan akibat teman, hujan kerana keluarga, hujan kerana tugasan... esok, perlu claim elaun, kumpul2 bagi pada abawain, semoga dapat membantu walau sedikit...

ingat nak beli tepon baru, ntah la plak cemana, dah tak tau nak tgk model apa... sesapa ada cadangan bagi ler... ada tersuka kat satu model ni nokia 2300, memory banyak, cute, polifonik... nak beli mana bleh beli kat tganu ni, mahaiiii!!!! ingat nak pi KL, bleh melawat sedara mara kat sana... rindu tak tahan...

Tuesday, September 07, 2004

~::diskusi hati::~

~::diskusi hati::~

hari ni presentation proposal final projek... perghhh... rasa nak pengsan... :รพ

Sunday, August 22, 2004

dapat cek...

perghhh... syukur alhamdulillah dapat cek untuk jadi demonstrator bulan julai... kak albi dah dapat baby baru... bestnya... rasa nak balik, tapi tak dapatlah as aku mmg busy gilak nih... terpaksa postpone tarikh nak balik...

anak sedara baru, baby girl.. cute for sure macam cu adik dia... muehehe...

dah malas nak ubah skin blog ni... sebab bosan dah... guna yang template jelah... masa guna skin yang lama dulu, problem bila view dgn XP, harap2 this one got no problem anymore...

oklah, nak balik dah, nak siapkan website... n nak siapkan metod proposal.. wish me luck...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP