Sunday, August 22, 2004

dapat cek...

perghhh... syukur alhamdulillah dapat cek untuk jadi demonstrator bulan julai... kak albi dah dapat baby baru... bestnya... rasa nak balik, tapi tak dapatlah as aku mmg busy gilak nih... terpaksa postpone tarikh nak balik...

anak sedara baru, baby girl.. cute for sure macam cu adik dia... muehehe...

dah malas nak ubah skin blog ni... sebab bosan dah... guna yang template jelah... masa guna skin yang lama dulu, problem bila view dgn XP, harap2 this one got no problem anymore...

oklah, nak balik dah, nak siapkan website... n nak siapkan metod proposal.. wish me luck...

Monday, August 16, 2004

kemenangan berganda

alhamdulillah... sekali lagi kustem membawa cabaran ke debat piala sultan zainal abidin... pasukan BM telah menang 5 pusingan tanpa kalah dan akhir nya melayakkan diri ke final..
di final cabaran agak sengit, bertemu UiTM machang... alhamdulillah, kustem jadi johan...

pasukan BI plak, kami buat strategi, 1st perlawanan kalah, pastu menang straight dan jumpak UiTm dungun di final. dan akhirnya menang jugak...

menang berganda... bersyukur aku.. kiranya kini kustem tak lagi dipandang rendah... insya ALLAH, team mate aku akan bawa cabaran ini ke UiTM shah alam utk debat kemerdekaan.. dan akhirnya ke sabah utk debat piala diraja.. harap semua kawan2 memberi sokongan...

minggu ni byk perkara menyakitkan hati berlaku... tapi byk jugak perkara yang gembira berlaku, so seimbanglah... cuma nak katakan di sini tak semestinya kawan baik kita yang kita percayai akan selamanya baik, mungkin suatu hari dia akan mengkhianati kita, tapi ikhlas aku cakap, aku sangat menghargai persahabatan, tapi kalo macam ni cara kawan aku buat kat aku, aku tak teragak2 nak renggangkan persahabatan kami, aku sayang sebenarnya, tapi dah terlalu banyak hati ni disakiti, biarlah... kalo dia rasa bahagia dengan sikap dia gitu, aku bahagia dengan diri aku skang ni...

aku pon dah makin sihat, dari berat tak sampai 36 kg dulu la ni aku dah 49... member2 aku cakap, dah heppi kan amni tu, maklumlah... dah gembira, ramai org sayang!!! muahahahhahah... moral of the story, hepi kan diri kita supaya kita boleh menghepikan org lain, buang segala rasa dengki, dunia ni indah sangat tuhan jadikan... nikamtilah sepuas2nya dan bersyukurlah atas segala pem,berian tuhan... kalo itu pon tak mampu kita nak lakukan, masih mendengki dan menyakit kan hati insan lain, tak mustahil ALLAH akan balas berganda2... tak perlu aku detailkan, cumanya berharap agar semua org gembira...

bahagiakan hidup anda...


Wednesday, August 04, 2004

Kejayaan besar

alhamdulillah... aku baru balik dari Debat Alam Sekitar di UPSI. kami KUSTEM berjaya melayakkan diri ke suku akhir. perasaan waktu tu bakkata Fakar "ada Feel no kak amni!!!" heheheh... sungguh hepi bersama dengan team, nampak semangat dan kesungguhan...

match1= Kustem vs Uitm =Uitm menang Tajuk: Makanan Terubahsuai Genetik satu ancaman

match2=Kustem vs Unimas=Kustem mng Tajuk:Urbanisasi mengancam kepelbagaian biologi

match3=Kustem vs UUM= UUM mng Tajuk:perlindungan alam sekitar:tapak warisan dunia jawapannya

match4=Kustem vs UMS=Kustem mng Tajuk:NGO alam sekitar:sekadar melepas batok di tangga

match5=Kustem vs UUM=Kustem mng Tajuk:sikap lebih utama daripada teknologi dalam pengurusan alam sekitar

match6=kustem vs Uniten=Kustem mng Tajuk:Cinta alam sekitar:Bukan cinta Biasa


tajuk2 mencabar btoi... pastu kustem layak ke suku sebab dah menang 4 kali

tajuk suku: Kita tidak sepakat dalam menangani isu alam sekitar
kustem vs UM. tak pe kustem kalah, tapi kami berjaya buktikan kami bukan sekadar bercakap, tapi kami mmg boleh lakukan. sebelom ni kami dipandang rendah tapi sekarang baru universiti2 besar nak buka mata dan nak bercakap dengan kami...
bagi aku, ini satu permulaan yang baik...

buat aku sendiri, Amni, akmal, zen, yla, kak ani, dayah, seri, fakar, naja, laila, asmadi, gary dan rais, terima kasih tak terhingga... kita teruskan perjuangan kita walaupon HEP KUSTEM tak sedia bas, kita mampu berjaya dengan naik bas ekspres bukit gantang... muahahahah... all the best semua, bawak kejayaan ni ke MIZAN plak... we can do it!!!!


Wednesday, July 21, 2004

musim debat

la ni musim berdebat plak.. this 22 julai 2004 maka start lah idop aku as a kustem's debator.
 
22/7 : debat persahabatan KUSZA- KUSTEM
29/7-2/8: DEbat alam Sekitar
17/8: Debat Sultan zainal abidin
 
and macam2 debat lagi nak kena pergi...
 
but, aku punya life as a student tak leh diabai... report LI, proposal final year projek, assignment2.. semua tu takleh abai.. esok aku antar report LI kat cik ipin... insya ALLAH..

Thursday, July 08, 2004

proposal...

PROPOSAL N FINAL YEAR PROJEK

dalam minggu ni n seterusnya aku akan menyibukkan diri dgn beberapa tasks baru... perghhh, tak sangka rupanya life tahun akhir macam ni... segalanya macam tak sempat.. tak sempat nak makan, tak sempat nak tepon member, tak dan nak buat assignment yang rasa cam tak penting je... muahahahahha....

teruk btol aku skang ni... tapi tak pe... at least lah... aku dah pon siap proposal n report LI aku... cam org lain cam tak siap je... ahah... satu lagi nak bagitau, aku terpilih jadi tutor bebudak first year kat sini, aku akan ajar subjek sistem komputer dan aplikasi... sempoi2 je.. pastu aku dapat bayaran sejam RM15.. kayo kayo... pak cik kayoooo!!!! satu malam aku ajar 3 jam, sebulan aku ajar 4 malam... sebulan aku dapat RM 180... alhamdulillah... lega rasanya... kurang la sket bebanan mak abah aku... atleast tu aku dapat ajar dalam 9 bulan lagi... hahahah... byk gak tu, bleh buat duit pendahuluan nak beli iswara sekor...

apa2 pon bebanyak tima kasih buat mak, abah, abang, kak zah, bg hamdi, kak bi, bg din, kak cik, kak teh, roslan, mar, george n tak lupa juga buat diri aku sendiri sebab byk mamberi dorongan sepanjang masa... yelah!!! kalo diri sendiri tak bagi dorongan kat diri, semua org kat dunia ni bagi dorongan pon, apa2 pon tak jalan... tak gitu??? hehhehe

oklah.. aku nak sambung wat keja nih... ada 2 tesisi aku nak kena baca utk projek aku... sambung lain kali...

Tuesday, June 29, 2004

banyak benda

BANYAK BENDA NAK BUAT...

pemulaan sem ni agak memenatkan, dgn aktiviti akademik dan kokurikulum berjalan dgn serentak.. 3 juali ini aku akan handle pertandingan pidato antara sekolah daerah KT plak. pastu aku ni macam blur2 lagi dgn tajuk2 baru kos aku nih, kena blaja OOD, Linux System Admin, User Interface, Pengurusan Perisian...

tapi alhamdulillah, aku bersyukur sebab ALLAH kurniakan aku rasa heppi dgn kesibukan ni, at least bila aku ada masa free sesikit aku akan jadi lebih menghargai masa... actually, aku btol2 rindu masa kat KISAS dulu, cemana tarbiyahnya, solatnya, susah dah aku nak rasa sekarang semua tu... i really miss my old time :(

tapi setiap sesuatu yang ALLAH jadikan tu pasti ada baik dan buruknya. insya ALLAH aku akan jadi lebih tabah untuk menghadapi masa akan datang ... amiinnn

Thursday, June 24, 2004

rasa best

RASA BEST...

aku rasa best plak ada blog ni sebab aku bleh tulis n luah apa2 yang kadang2 aku takbleh nak cakap sendiri dgn mulut...

minggu ni very sibuk wooo:
AHAD: pendaftaran hostel n amik result
ISNIN: daftar kursus n elektif
SELASA: meeting kelab debat n orientasi hostel
RABU: orientasi hostel n update e -learning
KHAMIS: orientasi hostel, daftar final year projek, solat hajat satu hostel
JUMAAT: perjuampaan dgn PA, sukaneka hostel, penutup orientasi, taip repot
SABTU:shopping day, pi umah walid, type proposal projek

warghhh, busynyerrr, tapi insya ALLAH aku akan cuba manage masa aku sebaik mungkin...

Tuesday, June 22, 2004

kembali menuntut ilmu..

KEMBALI KE KUSTEM..


hari pertama masuk ke kustem penuh dgn keserabutan.. mana nak register subjek, mana nak berebut final projek, mana nak register hostel.. penuh keserabutan, but Alhamdulillah luckily, i managed to do everything in just one day...

one more thing, member2 semua tegur... "Why??? amni nampak makin tembam"... heheheh... itulah korang tak tahu sepanjang 3 bulan bercuti di rumah aku dah berjaya menaikkan berat badan.. muahahahaha.. syok betoi... sebab seblom ni semua org tegur apsal kurus.. heppi nye kawe...

sem ni aku omise dgn diri sendiri, aku nak jadi rajin, nak happy2 selalu, nak selalu update blog n byk lagi... insya ALLAH, aku akan tunaikan..

Thursday, June 17, 2004

hari last...

LAST DAY...

hari ni last day aku praktikal. macam macam perkara jadi kat aku sepanjang kat sini. meh nak list satu2:

1. HAPPY
a)projek aku siap
b)dapat member baru
c)brader Rhassa delight belanja aiskrim 2 kali :D
d)uncle Mama Chop papa grill blanja air :D

2. SEDIH
a) nak tinggal member, cik azman, kak farah yang cun, kak su yang sopan, puan mahiram yang ramah...
b) nak tinggal mak abah
c) tak sempat kumpul ilmu yang banyak di sini

3. LUCU
a)ari semalam, rabu 16 jun bateri keta aku rosak, mapos nak menapak balik jitra? :D
b)lawak2 kenangan yang bebudak ni buat... perghhh!!! tak tahan...
c)hidung, lutfi, kak nora, andalusia, macam2 lagi aaah gelaran yang depa bagi kat staff sini, aku bleh gelak jelaaa...

kesimpulan: walaupon aku dah mula suka di sini, tapi aku perlu meneruskan perjuangan aku di KUSTEM... encik aziz!! tunggu, saya akan huru harakan kustem plak.. yeahh!!! hehhehe...

p/s: lupa nak cakap, abah kuar spital ari ni :D epinye hati!!!

Monday, June 14, 2004

tinggal 3 hari

TINGGAL 3 HARI

tinggal 3 hari lagi sebelum aku habis LI kat UUM ni, nak tak nak aku kena tinggal gak family untuk sambung blajaq. ya lah, ni pon satu bentuk jihad jugak.

dalam masa yang pendek ni pc plak buat hal, sedangkan aku sedaya upya seboleh mungkin nak tolong encik azman abihkan projek nya tu, tapi nak wat cemana, staff bertugas nak baiki pc pon blom mai2 lagi, terpaksa la aku sabaq sat, guna pc mana2 yang kosong dulu. aku dok ingat nak wat dokumentasi sesegera mungkin tapi hasrat tu macam tak dapat terlaksana je...

antara perkara yang aku perlu pentingkan:
1. latar belakang pusat komputer UUM: 1. misi 2.visi 3. gambaq 4. penyelia
2. projek yang aku buat: 1. print screen 2. coding 3. functional and non functional requirements 4. contoh module n files
3. rujukan aku: 1. buku log (yang tahapahapa tuh!!!) 2. laman web phpnuke malaysia 3. phpnuke.org 4. flashnuke

aku harap sangat aku akan dapat result yang cemerlang utk semester akan datang.. amiinn, insya ALLAH

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP