Thursday, February 08, 2007

JANGAN MARAH!!!!!!!!!!!!!!!

Pernah tak rasa nak marah, tapi tak boleh marah sampai kita terpaksa nangis sorg2?
Pernah tak rasa nak marah, tapi tak boleh nak lepas sampai kita rasa semput??
Pernah tak rasa nak marah, tapi tak boleh nak cakap sampai sakit paru2?

Monday, January 08, 2007

Copy paste from Datin's Blog

--------------------------------------------------------------------------------
Fabulous

I have a friend, let's call her Fabulous. She used to be married, just like me, to an ordinary man who was too ordinary for her ambitions. She also almost married another man, who was rich, well-known in our society and had a great career thanks to what else but a government contract or two.

Then, she found out that his marriage proposal did not include telling his then current wife about her. And she promptly dumped him. In her books, Number Two was okay, but it had to be official.

After all, she isn't even in her mid-thirties and has a successful career. She didn't need to depend on someone else to buy her expensive vacations or shoes, or even her apartment. She is attractive, smart and worldly, with a network of close friends that spans the better part of the globe.

This year, she has been in a long-distance relationship with an older man in his fifties who resides in another country and is CEO of several multi-national corporations. According to him, until he met her, his former wife thought he had ED.

I say his former wife because they live five minutes away from each other on account of their children, who reside with him. But he hasn't quite divorced her yet, apparently because of the impact it would have on his assets.

About three weeks ago, Fabulous had had enough. She had the all-dreaded "Talk" with him about their possible future. Or even if they had one. All she wanted to know from him was where this whole affair was going, and if it would ever go anywhere. Not today, not tomorrow or even next month, but ever.

He kept quiet.

She kept loving him.

Two weeks ago, she had a personal crisis.

He kept quiet until the last minute. Meanwhile, her friends, men and women alike, rallied round her, helping her do all the necessary things and take the extra-careful precautions to ensure she remained unharmed, body and mind.

Last weekend, she was in Bali and narrowly missed the bombs by 24 hours or 35 minutes, depending on which location you pick.

Last weekend, he left together with children and family, to spend a week at a spa.

When the bombs hit, they exchanges SMS-es.

This past week, she suddenly opened her eyes and said she could not go on. He SMS-es her back to say he agreed.

But he didn't call.

Not once, to say "I'm sorry, can we be friends?"

Or even to return her request to talk things over for closure.

When she asked him again, he said "I will call you tomorrow."

Needless to say, she was livid.

When a woman who has spent the good part of loving a man blindly begins to see again, her vision is as sharp as a knife. When a woman who has been deaf to anything else but a man's apparent love for her starts to hear again, she can pick up white noise a continent away.

When a woman stops loving a man, she keeps quiet. She stops fighting back. She doesn't nag. She doesn't even try to persuade you after a first attempt.

She just keeps quiet.

And she sends the ring you gave her to your wife/ex-wife, with a note to say "You should know what your husband has been up to."

Or she sends your wife an e-mail telling the latter all about her husband's conduct on his business trips.

Or, she sends your wife a package filled with all the little things that will matter - a sexy piece of lingerie here, receipts from dinners at restaurants the wife hasn't been to in years, a photo of the husband with a light in his eyes the wife no longer knows she misses, or the knowledge that the wife's husband is not impotent.

Some may say it is unjust, that the innocent wife becomes collateral damage. But perhaps it is poetic justice. At least, I say, the wife now knows what cloth her husband is really cut from.

And my Fabulous friend, can now move back into the world of technicolour.

The lesson in the story is this - if you are a man who loves a woman, beware when she keeps silent. Because then, she has awakened to the person you truly are.

-------------------------------------------------------------------------------------
NOTE: That is so true!! But what if a husband just keep himself shut up for whatever the wife has done? Isn't it we all called 'dayus'? But what if the wife keep continuing 'merajuk', 'hempas2 barang', packing stuff and run away with the kids? What should the hubby do? Should all the blame be on the hubby? or to the big-headed-wife who thinks her hubby will follow and listen to her merajuk, tantrums, anger and narrow-minded thinking?? SIGH.. Husbands and Wives out there should communicate more... In a better way i mean.

Sunday, January 07, 2007

Tahun Melawat Malaysia 2007: Selamat Datang ke Terengganu

Tahun baru 2007 datang lagi. mengiringi kedatangan hari raya haji. Bersempena tahun ini juga datangnya tahun melawat Malaysia (TMM).
Baru-baru ini saya melawat ke Muzium Negeri Kuala Terengganu. Saje je la, sempena TMM ni, bayaran dia murah je RM 2.00 untuk org dewasa, dan tiket tu boleh dijadikan poskad. Memang seronok juga muzium negeri ni, yang terbesar di Malaysia. Binaannya bentuk rumah Melayu lama. cantik dan landskap pun sgt2 menarik.

Bahan pameran di dalam muzium adalah seperti Batu Bersurat, artifak2 lama, kitab2 tua, tulisan jawi kuno, khazanah diraja, istiadat perkahwinan melayu dan pertabalan diraja dan juga pakaian tradisi melayu. ada juga dipamerkan senjata2 lama.

Di kawasan luar muzium terdapat tongkang, atau kapal lama. kita boleh naik dan lompat2 atas tu, tapi tak boleh masuk ke dalam. kawasan sekeliling muzium tu memanglah sgt luas. tepi sungai pulak tu. letih kaki saya nak berjalan keliling, tambah pulak saya tgh sakit pinggang.

Kalau datang ke negeri Terengganu tapi tak datang muzium ni, org kata bagaikan pegi ke Makkah tak singgah Madinah la (walaupun, golongan pak wahab kata tak wajib pegi, tapi tunjukkanlah kecintaan pada Nabi yg bawak agama ISLAM ni dgn pegi melawat makam dia kan?). Tapi saya dok tertanya2 jugak la, apa yg best dengan muzium ni? Promosi pun takde, signboard ke pintu utama pun tak jelas. Fasa renovation masih berjalan. Kenapa lambat sgt sedangkan kita mmg nak sambut pelawat2 tahun ni? Awat tak bersedia sejak tahun lepas? Sayang betul!!

Berikut ada beberapa komen saya nak bagi ttg muzium Terengganu ni:
1. Papan Tanda
papan tanda dalam kawasan muzium ni tak jelas. pelawat asik merayau2 tanpa ada tanda arah yang jelas ke mana depa patut pergi. tak diterangkan dengan baik kawasan2 yang ada di sekitar. Memang ada plan kawasan, tapi patutnya ada tulisan yang menjelaskan kelebihan2 kalo pegi melawat ke situ. Pintu masuk utama pun susah nak dicari.

2. bahan pameran
Bahan pameran dalam muzium terengganu lebih kurang macam kat muzium negara. apa yg membezakan cuma lebih bersifat kenegerian. saya sebagai pelawat yg bukan org terengganu teringin nak tgk bahan pameran yang lebih menonjol, selain barang kemas diRaja. bosan sangat. Saya paling suka ke bahagian pameran alat senjata melayu lama. tapi rasanya lagi best kalo diterangkan cara2 penggunaan alat2 tu. Baru thrill sket. saya paling kagum dengan parang muncung yu. teringat pulak dicovery channel. tak sangka di terngganu pun ada yu kapak macam tu.

3. Kemudahan asas
Pada hari saya pegi tu, kafe tak dibuka, jadi saya terfikir jugak, macam mana kalu pelawat rasa dahaga?? paling-paling pun buka je kiosk kecil jual mineral water atau minuman n jajan. Jual kepok lekor ke kat situ. Laku jugak kot dalam RM20-30 satu hari.
Paling saya sedih adalah surau yang ada di situ. Tak ada penanda arah yang jelas tentang surau itu. Saya main agak2 je. Nasib baik betul. Bahagian wuduk bagi lelaki oklah di luar, tapi bagi wanita tidak bertutup!! Nampaklah aurat pada pengunjung yang lalu lalang. Tandas pula tiada lampu, gelap betul, kotor dan tak dicuci agaknya setahun kot!! Terpaksa dikongsi dengan lelaki pulak tu. Tak terfikir ke depa ni?? Perempuan pon wajib solat kecuali datang bulan tau!! Masuk je kat dalam surau tu, astaghfirullah!! Tahik kucing, sejadah bau kencing kucing, sampah sarap. U name it, and u got it!! Nasib baik saya mmg sentiasa bawak telekung dan sejadah kecik. Sepanjang solat saya tahan nafas dan cepat2 keluar. tak sempat nak berdoa.
Public phone pun tak ada, mana tahu pelawat nak panggil teksi ke?? ingat semua orang ada henpon ke??
Oleh sebab saya tahan nak buang air, saya dah tak tahan nak mencari toilet. Nasib baik ada ternampak toilet dalam muzium. Boleh tak buat public toilet kat luar muzium? Takkan nak kena bayar RM2.00 baru boleh buang air kat toilet dalam muzium? Jenuh la. Bayangkan kalau tak tahan nak membuang tapi kena beratur beli tiket? Kan kes naya terbocor kat situ?

4. Souvenier/ Cenderahati
mula2 tu ada la ingat nak beli cenderahati buat anak2 sedara, mak aih harga dia mahal betul. keychain ciput tu harga sampai rm3. tu belum yang lain2, last2 tak jadi.

5. Design
macam yang saya cakap mula2 tadi, bangunan muzium mmg cantik, tapi sayang la, kat dalam dia banyak ruang kosong yang tak dipenuhi dgn bahan pameran. Lepas tu byk pulak kawan yang perlu renovate. ait?? tak sedar ke dah Tahun melawat malaysia?? Nampaknya mmg jenis suka wat keja last minit ni. pencahayaan dalam tu pun agak dull. saya rasa elok la kalo yang bahagian pameran istiadat pengantin tu cahaya dia dicerahkan, bhgian barang2 kemas pulak, letak cahaya lebih terang bagi memancar sinar emas tu. Alalahai, kat bahagian istiadat pertabalan pulak, letak display board macam pertandingan melukis kanak2 je. tak cantik langsung. Geram saya, macam tak meriah plak nampak istiadat pertabalan sultan. Tak best pun, sedangkan tu acara gilang gemilang kan??

6. Landscape/ Lanskap
Part ni saya puji. Memang cantik, dengan tumbuh-tumbuhan hijau, ikan2 dalam kolam kat bawah rumah muzium tu. Subhanallah.. Cantik sangat. Kat air terjun tu nampak real sangat, tapi (ada jugak tapi =) hehehe) banyak sangat lumut la dalam kolam tu. boleh tak cuci kolam tu?? beruslah sikit batu2 tepi tu. tak nak buat meh upah saya buat. saya pun mmg tgh cari side income ni, heheheh... sayang betul saya tak ada kamera (tgh sengkek) kalo tak, rasa mcm nak je bergambar kat luar tu puas2... cantik sgt...

Kesimpulannya, saya rasa kerajaan Terengganu patut preserved la jaga la kecantikan dan keindahan muzium ni. dan tambahkan lagi daya tarikan nya. Duit byk2 buat masjid kristal buat apa?? ada orang nak solat kat situ?? Kawan saya cerita, anak dia tanya, "ayah, tu apa benda?" ayah dia jawab, "masjid kristal." anak tanya lagi, " pasal apa buat masjid kat situ ayah?? Tak de orang pon? ada ke org saja2 nak pegi solat kat situ ayah?" Ayah terkedu.

Muzium menyimpan khazanah dan tinggalan sejarah kita yang tak ternilai, tapi muzium terengganu dilayan seolah tak bernilai. Masjid kristal dipuja dibelai.
Pantun melayu lama:
Melayu itu,
Musafir lalu, nasi ditanakkan, suami di rumah mati tak makan,
kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan.

SELAMAT DATANG KE TERENGGANU!!

P/S:kalau terasa hati mintak maaf ye, itu tanda kebenaran terjentik =)

Wednesday, December 20, 2006

Hukum Bersentuhan Dengan Ajnabi

Saya ingin petik artikel dari akhbar Berita Harian yg mana wartawan Zubir menemubual artis Ziana Zain.
--------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Zubir menjayakan sesi fotografi edisi khas raya Bintang Popular, baru-baru ini, Zubir sempat bersembang dengan pelakon kening terangkat, Ziana Zain yang suatu ketika dulu pernah meletup-meletup menerusi filem Sembilu dan Sembilu 2, sekali gus bertanyakan hal pegang-pegang tangan ini.

“Kalau banyak sangat pantang larangnya, lebih baik jangan berlakon. Berlakon ni kita memerlukan feel dan setiap pergerakan, ada maksud tersendiri. Kalau itu tak boleh, ini tak boleh, macam-macam hal, rasanya tak usah berlakon.

“Jangan buat orang lain marah dengan kenyataan kita. Kalau belum bersedia untuk bergelar seorang pelakon, kakak rasa, elok menyanyi sajalah dik
,” kata Ziana mengulas prinsip Mawi apabila beraksi di layar perak.

Sekadar memetik kenyataan di sebuah ruangan pojok minggu lalu, “Kalau kita tengok dunia filem Iran misalnya, lelaki dan perempuan tak boleh bersentuhan. Tapi, pelakon lelaki Iran masih boleh berlakon. Yang lebih menariknya, filem mereka menggerunkan apabila masuk festival antarabangsa.”

Ziana mengulas ringkas: “Dik, di Iran, itu budaya mereka.”

Bagi Zubir, baik Rosyam, M Rajoli mahupun Ziana, masing-masing ada prinsip tersendiri. Begitu juga dengan Mawi. Kalau Mawi tak mahu bersentuhan dengan kulit perempuan, biarlah kerana dia dah selesa macam tu. Tapi soalan cepumas, itu prinsip sebenar Mawi ke atau sekadar telunjuk orang di sekelilingnya. Kwang, kawang, kwang...


------------------------------------------------------------------------------------------

Itu kata ziana. Budaya di Iran. Meh kita tgk pulak, kan kerajaan cakap kita ni negara Islam Hadhari??

-----------------------------------------------------------------------------------

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan.

Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan


kredit: dari laman web islam hadhari

---------------------------------------------------------------------------------

apa yang saya nak pertikaikan kat sini ialah, pandangan sempit ziana bahawa budaya Iran tidak membenarkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Kita ni di Malaysia membenarkan bersentuhan lah ye?? Agama apa ni?? Sebelum cakap ada pikir dulu ke?? Walaupun isu ni dah lama dan hampir basi, saya memandang berat kerana artis2 kita ni seolah2 tuhan yang diagung2kan peminat mereka. Apa yang mereka katakan seperti satu sabda atau wahyu. Peminat akan melenting jika kita mengkritik artis kesayangan mereka.
Kalau ziana boleh nak menasihatkan mawi, saya nasihatkan ziana, tolong baca buku dan kitab, paling tidak pon buka je laman web yang berpuluh juta di internet tentang hukum bersentuhan antara ajnabi. (jangan2 ajnabi pun dia tak tahu makna) Dan saya di sini ingin menjelaskan, saya bukan membela mawi kerana mawi pun serupa tu jugak la. setakat berlakon sahaja tak nak berpegangan, bagaimana pula bersalaman dengan peminat2 wanita? Tgk contoh dia bersalam dgn bekas tunangannya dalam TV1 dahulu.

Saya sertakan pula hujah2 dari sudut ISLAM ttg hukum bersentuhan ini yang saya perolehi di sini: Syariah Online
-----------------------------------------------------------------------------

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Rasulullah sendiri ketika membaiat para wanita beliau hanya berkata-kata tanpa bersentuhan tangan (H.R. al-Bukhari).
Disebutkan pula oleh Abdullah ibn Amr bahwa Rasulullah tidak menjabat tangan wanita saat melakukan baiat (H.R. Ahmad).
Dapat disimpulkan, Rasulullah saw. tidak berjabat tangan dengan wanita, padahal dalam kondisi penting dan dibutuhkan yaitu baiah.
Sementara, hukum bersentuhan antara laki-laki dan wanita dalam keadaan darurat dan terpaksa diperbolehkan (misalnya dalam pengobatan jika tidak ada sesama jenis kelamin yang bisa mengerjakannya).
Adapun bersentuhan tangan dengan orang yang telah lanjut usia yang tidak menimbulkan syahwat dan aman dari fitnah dibolehkan. Hanya saja, tidak melakukannya lebih baik.
Terkait dengan kondisi Anda, agar interaksi dengan wanita yang bukan mahram berjalan secara baik bisa dilakukan dengan komunikasi yang ramah, sapaan yang santun, dan sebagainya. Jadi, tidak selalu dengan berjabat tangan. Di awal-awal hal ini memang terasa berat. Namun, ketika kita komitmen dengan ajaran Islam, menjelaskannya secara baik, seraya meminta pertolongan Allah, hubungan silaturahim insya Allah akan tetap terjaga.
Wallahu a’lam bi al-shawab


----------------------------------------------------------------------------------
Lagi dalil ttg pengharaman bersentuhan antara bukan mahram:

1.Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit/bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya bahawa jika pihak yang terlibat (yang ada hubungan kekerabatan/persemendaan)terlebih dahulu menghulurkan tangannya, maka harus menyambut huluran tangannya dan seterusnya bersalam dengannya dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.Lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah agar tidak memulai berjabat tangan dengan yg bukan muhrim.
Bagaimanapun, majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah.
Wallahu a'alam.


2.Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang
ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama: Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah
Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah,
tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu
dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang
biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah
dijalankan.

Dalil kedua: Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan
perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.


3.Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam
atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat: a) Pengubatan itu
dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai. b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh
mengubatinya.


4. Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."


5. Dalil Pengharaman Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

Dari Urwah bin az-Zubair, katanya, “Aisyah r.a. pernah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menguji beberapa orang perempuan yang beriman yang datang kepadanya, dengan firman Allah Taala:
“Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurkaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka..” (Al-Mumtahanah: 12)
Maka di antara mereka yang sepakat dengan syarat ini. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu.” “Demi Allah”, kata Aisyah, “tangan baginda s.a.w. tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun ketika berbaiah. Baginda hanya berbaiah dengan perkataannya: “Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal itu.” (HR al-Bukhari)
Aisyah r.a. meriwayatkan: Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w. menyentuh tangan seorang perempuan kecuali yang Baginda miliki (isterinya). (HR al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan ketika berbaiah.” (HR Ahmad).
Dari Muhamad bin al-Munkadir dari Umaimah binti Duqaiqah, katanya: “Saya pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang perempuan untuk berbaiah atas Islam. Maka mereka berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., kami berjanji setia bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah. Kami tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang kami ada-adakan antara tangan dan kaki kami, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Maka bagaimana kalian mampu?” Mereka menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang paing mengasihi kami daripada diri kami sendiri. Marilah kami berjanji setia kepadamu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seratus perempuan seperti ucapanku kepada seorang perempuan.” (HR Malik & Nasa’i)
Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).” (HR At-Tirmizi)


Sumber rujukan: internet (taip je "hukum bersentuhan", "menyentuh ajnabi", "bersentuhan dengan bukan mahram" kat google tu, sure banyak.)
-------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, jika kita menetapkan Islam IS The Way of Life, kita pasti tidak akan bertolak ansur dalam hal ini. Kadang2 kita tidak menyedari, perkara yang kecil itu, akibat daripadanya sangat besar. Jangan kita ragu2 lagi dengan apa yang telah ISLAM tetapkan.

Berikut adalah link tentang isu ini:

MStar Online

Wallahu a'alam

Sunday, December 17, 2006

Seorang musuh islam menjadi ulamak terkenal

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa
hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal
bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo
penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot
keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah
mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran
mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.


"Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya
sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan
tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang.
Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar
cukup untuk satu orang.

Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput
hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan
seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh
ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering
milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka...
Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata,
"Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo
penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara
untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga
terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?!
Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua
dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan
Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang
seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan
kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto
dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

"Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai
kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan
karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia
busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di
wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara
dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang
telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya.
Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya
erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci
ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain,
akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars
seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz
yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak
demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar
gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas
lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah
hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya
baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo
itu termenung.

"Ah...seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah
mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama
itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat
tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan
seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas
terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam.
Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang
dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda
itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar
di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang
mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di
Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung
pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada
tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup
angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan
berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam
dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki
agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun,
malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap.
Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu
melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan.
Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi
yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan
suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi
telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....?
Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab
ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk
pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil
bapaknya, "Abi...Abi... Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil
sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari
rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai...siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak
tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas
kasih. "Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari
mereka. "Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba
"Plak! Sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai
budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar
namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas!
Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu
itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya
menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi.
Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang
tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh
sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan
sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi...Abi... Abi..." Ia pun
menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut
dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam
genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu
sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat
betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak
sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya
yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan
menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu
yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang
membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang
tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan
yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara
Roberto meminta belas.

Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya.
Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun,
ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh
tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke
Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh
Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah
selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal
kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu
anna Muhammad Rasullullah. ..'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan
tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya
dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda
sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru
dengannya..."

Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy
--
KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

Kredit: dicopy paste dari ISLAH-Net

Thursday, December 14, 2006

Aurat Penghalang Besar



Siapa bilang tutup aurat tak boleh bersukan?
Tak boleh berlari,
Tiada stamina?




Kalaulah memang tak mungkin Ruqaya kan menang,
Kalaulah sungguh tak mungkin Bahrain dapat emas...



Aduhai....
Hebat sungguh gayanya
Laju sungguh pecutnya
Tutup seluruh auratnya
Aduh pingat emas dia yang punya...
Align Center



Siapa bilang tutup aurat menyusahkan
Tak boleh nak gerak
Tiada kebebasan???

p/s:1)ikut melodi Gadis Melayu dendangan Jamal Abdillah 2)Gambar-gambar Ruqaya al Ghasara, pelari pecut dari Bahrain, pemenang emas sukan Asia 2006 bagi larian 200m dan gangsa 100m wanita.

kredit: Laman web sukan asia http://www.doha-2006.com

Tuesday, November 28, 2006

Michael Backman?? Who??

Artikel ini saya perolehi dari blog saudara Nizam Zakaria. Agak menarik untuk kita teliti dan fikirkan.

------------------------------------------------------------------------------

Here's the 'Malaysia Bodoh' article (While Malaysia fiddles, its opportunities are running dry) by Michael Backman that's been circulation in the blogsphere. Whatever that Backman said about Malaysia is something that I've been griping about for ages on a personal basis with some people I know. I'm not going to gripe again and again like a defected record player. So what I'm going to do is to publish the Malay version of the article I found in this blog (I took the liberty to correct some grammatical errors in BM).

Malaysia melengang, peluangnya berenggang.
Michael Backman
15hb November 2006

Malaysia sekali lagi bertengkar tentang nisbah penguasaan ekonomi antara dua kaum utama, kaum Melayu dan kaum Cina. Ini adalah perdebatan yang telah berlangsung selama 40 tahun. Kekayaan dan isu kaum tidak sepenting dengan perpaduan kaum. Kini telah tiba masanya Malaysia berfikiran matang.

Persaingan di luar negara adalah sangat ketara. Negara yang lebih suka bergaduh tentang bagaimana ingin mereka membahagikan kekayaan daripada mencari kekayaan baru memang menyedihkan.

Tujuan mereka adalah untuk mencapai pemilikan ekuiti korporat sekurang-kurangnya 30% dalam tangan orang Melayu. Akan tetapi, angka yang digunakan oleh kerajaan mereka untuk mempertahankan pemberian syarikat awam kepada Orang Melayu memang melucukan. Kaedah yang digunakan oleh kerajaan mereka untuk menilai ekuiti korporat adalah berdasarkan nilai par tetapi bukan nilai pasaran.

Banyak saham mempunyai nilai par $1 tetapi nilai pasarannya $12. Perangkaan kerajaan terkini, iaitu 18.9 peratus, adalah anggapan ringan. Bulan lalu, seorang penyelidik yang bekerja dengan ‘think-tank’ tempatan memaklumkan bahawa 45 peratus adalah perangkaan sebenar berdasarkan nilai pasaran. Kemarahan dan teriakan bergelora. Hasil penyelidikannya ditarik balik dan penyelidik tersebut meletak jawatan untuk membantah keputusan majikan.

“Malaysia Boleh!” ialah slogan kebangsaan mereka. Pastilah Malaysia boleh. Mereka boleh dan handal dalam hal pembaziran wang. Negara itu dikurniakan dengan sumber alam semulajadi tapi rakyatnya asyik melombong, menjual dan seterusnya membazirkan wang sewenang-wenangnya.

Semua ini berlaku kerana rakyatnya telah dipesonakan kesombongan dan menganggap negaranya memang terunggul di dunia.

Mereka diyakinkan bahawa seluruh dunia sedang memerhatikan negara mereka dan pemimpin mereka ialah tumpuan dunia. Berterima kasihlah kepada media mereka yang taat kepada kerajaan serta perbuatan bekas pemimpin, Mahathir Mohamad, yang asyik berlagak-lagak. Sebenarnya, terlalu kurangnya orang di London atau New York dapat menunjuk lokasi Malaysia di peta dunia, lebih kurang lagi orang mengetahui nama Perdana Menteri dan nama ibukota mereka.

Sebagai bukti, satu episod The Simpsons baru-baru ini menunjukkan seorang pembaca berita cuba mewartakan bahawa satu tempat yang bernama Kuala Lumpur telah dilanda ombak besar. Dia tidak tahu menyebut nama bandaraya tersebut dan menyebutkannya dengan sesuka hati, semacam tiada orang akan mempeduli sebutannya yang salah itu. Yang lebih melucukan – Kuala Lumpur berada di pedalaman.

Petronas, syarikat petroleum negara itu dikendalikan dengan baik, terutamanya berbanding dengan mala petaka yang diharungi oleh syarikat petroleum di Indonesia. Walau bagaimana pun, ini juga masalah Malaysia. Petronas yang berjaya bererti ia akan dipergunakan oleh kerajaan untuk menyokong perbelanjaan kerajaan.

Pembangunan KLCC di pusat Kuala Lumpur ialah satu contoh. Ia termasuk menara berkembar, banggunan tertinggi di dunia itu ketika itu.

Sesungguhnya, boleh dipastikan bahawa tiada kekurangan pejabat di Kuala Lumpur.

Orang Malaysia sangat berbangga dengan menara berkembar itu. Siapa tahu kenapa mereka berbangga. Kedua-dua menara itu sememangnya tiada kegunaan. Wang mereka berasal dari tanah dan kejuruteraannya dikontrakkan kepada syarikat-syarikat Korea Selatan.

Lebih-lebih lagi, mereka tidak mengendalikan pusat membeli-belah di tingkat bawah tetapi dikendalikan oleh syarikat Westfield dari Australia.

Tahun depan, angkasawan Malaysia akan naik ke angkasa lepas dengan roket Russia – Orang Melayu yang pertama di angkasa. Berapakah harganya? RM95 juta, tentulah dibayar oleh rakyat yang membayar cukai. Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi mereka berkata pendaratan di bulan pada tahun 2020 ialah sasaran berikutnya, tapi diterbangkan oleh kapal angkasa Amerika Syarikat. Entahlah bayaran yang Amerika Syarikat kenakan jika dan hanya jika Amerika Syarikat mempertimbangkan tawaran mereka. Mengapa Malaysia terbang melalui program angkasa orang lain? Ternyatalah program ini tidak mengundang sebarang kemajuan dalam teknologi, namun orang Malaysia akan diingatkan sekali lagi bahawa mereka “boleh”. Sebenarnya, mereka tak boleh. Ini bukan program angkasa mereka.

Julai ini, kerajaan mereka mengisytiharkan bahawa mereka akan melaburkan sebanyak RM490 juta untuk mendirikan kompleks sukan di pusat Olimpik di London supaya olahragawan Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.

Tapi, Olimpik diadakan pada musim panas.

Oleh itu, apa kegunaan sebenar kompleks itu? Banyak ‘lawatan muhibah’ ke London akan dianjurkan oleh menteri-menteri dalam tempoh pembangunan dan juga semasa latihan.

Litar Formula 1 dan satu pusat pentadbiran yang baru – Petronas yang menanggung semua. Mustahillah Malaysia mampu menanggung semua ini.

Kenapa? Kerana petroleum di Malaysia akan habis dalam tempoh masa 19 tahun, iaitu Malaysia akan menjadi pengimport bersih petroleum menjelang tahun 2011 – lima tahun lagi.

Inilah kenapa kekecohan tentang kaum dan penguasaan ekonomi begitu menyedihkan.

Tibalah masanya mereka mengorak langkah bersedia menghadapi ekonomi tanpa petroleum. Tetapi, kerajaan Malaysia masih tidak apa-apa lagi. Mereka lebih berminat dalam aksi stunt seperti menghantar angkasawan sedangkan negara mereka tidak mempunyai sekolah yang cukup serta berdebat tentang pembahagian ekonomi dengan menggunakan statistik yang tidak masuk akal.

Itu bukan Malaysia Boleh, itu Malaysia Bodoh.

Pengarang: Michael Backman

email: michaelbackman@yahoo.com

http://www.michaelbackman.com

Penulis Kolum terkenal di antarabangsa dari Australia untuk:
Melbourne Age
The Times (London)
International Herald Tribune
Asian Wall Street Journal
Far Eastern Economic Review
Australian Financial Review
Business Times (Singapura)

Monday, November 27, 2006

Kisah Kasih Kami... (3K)

"Bapa ni, kalau nak buat gapo-gapo pong,sokmo pikir ha anok. Nok beli ghumoh pikir anok, nok beli keto pikir anok. Hok anok ni, dok tahu la die pikir ke mok bapok ke dok." Suara En. Nordin berkumandang di dalam lab.
"Yolo ah. kiter ni sokmo laaa pikir anok-anok, nok makang pong pikir gok, anok makang ke dok." Kak Dila menyambut.

Tulah, dalam pejabat ni, semua mak bapak orang. Aku, Lily, Mirul dan Maira je yang belum berkeluarga. Semua cerita yang keluar, cerita anak, suami, isteri. Kami yang lain cuma mampu angguk, geleng, senyum dan ambil iktibar untuk masa depan.

Kalau ingin dikisahkan kasih mak, bapak dan anak sehingga kiamat pun tak mungkin tamat. Terima kasih mak dan abah kerana mengukir kisah kasih di hati aku. Kisah yang tak mungkin terpadam, tak mungkin terhakis, walau ombak tsunami Laut China Selatan datang menghempas bumi Tok Jembal yang mula dicemari maksiat.

Kisah kasih abah yang bergetar tangan menyuap mee di Pasar Kedai Payang, menemani kami membeli-belah. Kisah kasih mak yang sabar menemani dan mengurut abah dalam keletihan di Rumah Tumpangan Pantai Puteri. Kisah kasih anak yang ingin menurut dalam keras hati. Kisah kasih cucu yang setia mengikut langkah tok dan wan yang melarang menyentuh gigi air.

Moga kisah kasih kami berdepan di Pantai Teluk Ketapang yang menjadi saksi, buih-buih ombak yang menghadap manis, pahit, kelat, masam, senyum, tawa dan duka kami insan-insan yang berusaha menyempurnakan dan melengkapi hidup masing-masing.

Kami dan kisah kami tak mungkin sama dengan kisah mereka di pantai ini..

Monday, November 13, 2006

KISAH SEMUT



semut dengan telur semut



Tuhan dulu pernah,
aku menagih simpati,
kepada manusia yang alpa jua buta.
Lalu terheretlah
aku di lorong gelisah,
luka hati yang berdarah,
kini jadi kian parah.
Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
kisah seribu duka ku harap sudah berlalu,
tak ingin lagi ku ulangi kembali,
gerak dosa yang mengihiris hati.
Tuhan,
dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMU melangit luas
Harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmatMU di bumi
Tuhan,
Walau taubat seringku mungkir
namun pengampunanMU tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapat padaMU
seribu langkah KAU rapat padaku....

Saja buat intro panjang-panjang. Sebenarnya, ada satu cerita magic nak dikongsi. Semalam selepas solat maghrib, saya nak baca Quran. Dah lama saya tinggal tak baca, sejak balik dari Kedah. Kiranya dah hampir sebulan saya tak baca Quran tu. So, saya pun ambik dari rak. Quran tu jenis yang ada kotak sebagai cover, before baca, kita keluarkan dari kotak dulu. Saya ambik, tarik keluar dari kotak tu, saya nampak banyak semut. Termasuk telur semut pun banyak jugak. Saya jadi sedih sebab nampak sangat saya dah lama tak baca Quran. Saya pun cakap la sorang-sorang, macam bercakap dengan semut tu, "Lor, awat masuk? Aku nak baca la Quran ni. Jangan macam ni. Tak dan ja nak baca..." Lepas tu saya pun simpan balik. Tak jadi baca.

Pagi tadi saya bangun awal untuk sahur. Lepas sahur, saya ambik Quran tu. Ingat nak cuci semut-semut tu semua. Sekali bila saya buka, seekor semut pun tak ada. MASYA ALLAH!!! Dengan telur-telur dia sekali hilang. Macam magic!! Saya cerita kat kakteh dan mak. Mak sampai sebak. Pahtu mak kata kat saya, "Tula adik, jarang sangat baca Quran. Kan semut dah buat sarang. Mesti dia ingat daripada Quran tu tak dibaca, baik dia buat rumah. Ada gak faedah."

Saya insaf la. Saya janjila dengan diri sendiri, akan saya gagahi diri untuk baca Quran. Walaupun satu helai sehari. Saya janji... HUHU... Nangis insaf..

Wednesday, November 08, 2006

Computer Science and Mathematics Symposium 2006

CSMS 2006
Venue: KUSTEM
Theme: Knowledge Generation and Sharing for The Future
Date: 8-9th Nov 2006

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP