Sunday, March 26, 2006

Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza

Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku melupakan
tiada pertimbangan
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo
***
dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

p/s: cubalah kamu seketika di tempatku..

credit: lirik diambil dari blogger star

Thursday, March 23, 2006

Persediaan Perkahwinan

PROGRAM 1 : PERSEDIAAN KEROHANIAN


Objektif :
Menanamkan ketahanan mental, fizikal dan kawalan emosi.
Melahirkan anak-anak yang sihat, soleh dan cemerlang.

Aktiviti :
1. Sujud Syukur, Kerana Anak Itu Aset Yang Amat Berharga.

Anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada kedua ibubapa.
Firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka”

Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
Maksudnya : “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya” (Riwayat Bukhari)


2.Mengamalkan Solat Hajat.

3.Mengamalkan Membaca Surah-Surah Tertentu Seperti Membaca Surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.

4.Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma’thur :

Surah Ibrahim ayat 40:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.

Mengamalkan doa-doa:
Doa Kanzul `Arsy
Doa Ukasyah
Doa Haikal
Doa ketika ingin melahirkan anak.

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikir dan doa seperti Ayat kursi, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.


5. Sentiasa Bertaubat, Beristigfar Dengan Bersolat Taubat.

Ketika sedang hamil, suami isteri digalakkan sentiasa beristigfar (memohon ampun) terutama setiap kali selepas solat fardhu. Selain itu, Solat Taubat, Solat Tahajjud dan Solat Hajat juga hendaklah diamalkan supaya pasangan itu sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci imannya.

Firman Allah Taala dalam surah Nuh ayat 10-12:
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

6.Mambaca Zikrullah ( Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil )

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Dua kalimah yang disukai oleh Allah dan ringan diucapkan pada lidah namun berat pada timbangan iaitulah kalimah Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azimi” Muttafaqun A’laih

7. Memperbanyakkan Selawat
Pasangan suami isteris dituntut dan digalakkan supaya sentiasa memperbanyakkan selawat ke ataas Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash r.a. :
Maksudnya : “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. Riwayat Muslim

8. Menghadiri Majlis Ilmu Dan Majlis Berbentuk Kebajikan
Bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sayugia digalakkan pasangan suami isteri menghadiri majlis-majlis agama seperti ceramah agama, kuliah-kuliah, kelas takmir, forum, usrah, tazkirah, seminar dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
Maksudnya : “Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) bagi tujuan menuntut ilmu (yang baik) maka sesungguhnya ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali.

9. Menjauhkan Diri Daripada Majlis-Majlis Yang Berunsur Maksiat Dan Mungkar.
Semasa isteri sedang mengandung, ia merupakan waktu yang amat sensitif bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, tempat perjudian, funfair, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan (mempersatukan) umatku atas kesesatan. Kekuasaan dan rahmat Allah pastilah berada pada orang-orang yang berkumpul untuk
kebaikan. Barangsiapa yang menyendiri (memisahkan diri dari kumpulan yang baik) maka ia akan terpencil di dalam neraka”. Riwayat At-Tirmizi

10.Membaca Buku-Buku Doa Dan Kisah Teladan Seperti Lelaki Soleh Dan Wanita Solehah.

Firman Allah Taala dalam surah Yusuf ayat 111:
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung di
dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”.

11. Menjauhi Diri Dari Membaca Dan Menonton Bahan-Bahan Negatif Dan Lucah Seperti Majalah-Majalah Hiburan, Filem-Filem Dan Sebagainya.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30:
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka ke

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Telah ditulis ke atas anak Adam itu bahagiannya daripada zina yang tidak mustahil berlaku ke atasnya iaitu :
Zina kedua biji mata ialah memandang benda-benda yang haram.
Zina kedau telinga ialah mendengar benda-benda yang haram.
Zina lidah ialah berkata-kata kalimah yang tidak baik.
Zina tangan ialah melakukan kezaliman.
Zina kaki ialah melangkah ke tempat maksiat
Zina hati ialah keinginan yang melampau dan banyak angan-angan.

Kemuncak zina ialah melakukan perbuatan zina dengan kemaluan yang dihukumkan had zina ke atasnya”

12. Menggunakan Kata-Kata Atau Perkataan Yang Positif.
Isteri yang hamil dan suaminya hendaklah mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik.

Firman Allah Taala di dalm surah Al-Baqarah ayat 263:
Maksudnya : “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan
perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.

Perkataan yang positif dan baik ini amat perlu dalam menjaga perasaan dan hubungan suami isteri. Selain itu, perkataan-perkataan yang baik juga merupakan doa dan dorongan yang memberikan
perangsang.

13. Menjauhkan Perkataan Yang Negatif
Isteri yang hamil dan suaminya juga hendaklah meninggalkan kata-kata yang negatf.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 19 :
Maksudnya : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.


14. Halawah Muhasabah.
Ia lebih merupakan perbincangan antara suami isteri seperti menceritakan kelemahan masing-masing dan tegur-menegur di dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keharmonian rumahtangga.


P/S: bila baca semula, baru sedar, belum bersedia rupanya aku.. so, stop angan2, concentrate on your research!!

Tuesday, March 21, 2006

Ever The Same

Found this lyrics while viewing my friend's blog. Specially dedicated to all my friends wherever u are...

"Ever The Same" (Rob Thomas)
We were drawn from the weeds
We were brave like soldiers
Falling down under the pale moonlight
You were holding to me
Like a someone broken
And I couldn't tell you but I'm telling you now
Just let me hold you while you're falling apart
Just let me hold you and we'll both fall down
Fall on me
Tell me everything you want me to be
Forever with you forever in me
Ever the same
We would stand in the wind
We were free like water
Flowing down
Under the warmth of the sun
Now it's cold and we're scared
And we've both been shaken
Hey, look at us
Man, this doesn't need to be the end
Just let me hold you while you're falling apart
Just let me hold you and we'll both fall down
Fall on me tell me everything you want me to be
Forever with you
Forever in me
Ever the same
Call on me
I'll be there for you and you'll be there for me
Forever it's you
Forever in me
Ever the same
You may need me there
To carry all your weight
But you're no burden I assure
You tide me over
With a warmth I'll not forget
But I can only give you love
Fall on me tell me everything you want me to be
Forever with you
Forever in me
Ever the same
Call on me
I'll be there for you and you'll be there for me
Forever it's you
Forever in me
Ever the same

Sunday, March 19, 2006

INSAN BERNAMA KEKASIH

seseorang nyanyikan lagu ni buat saya.. terima kasih.. dah lama tak dengar awak nyanyi macam tu.. hhehehe..

Artist - Tajuklagu: Unic - Insan Bernama Kekasih

The Lyrics: INSAN BERNAMA KEKASIH

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

Pada Mu Oh Tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih

CAN U HELP ME?

20/3 - check students database TMK 3108
20/3 - fetch referee form
21/3 - hantar SLAB form
21/3 - presentation progress
22/3 - report progress
23/3 - markah pelajar

so many tasks, but suddenly i feel blue..
i think of gramma, suddeenly i feel blue..
i think of my progress, suddenly i feel blue..

feel like i want to get rid of everything..
feel like i want to cuddle in my cosy blanket..
feel like i want to eat as much as i could..
feel like i want to rest n walk my way along KUSTEM's beautiful beach..
feel like i want to watch non-stop movies..

suddenly i realise,
this is my movie, movie of my life.. i don't want people to watch such a boring movie of me. i believe GOD dont want me to act like this. i believe my viewers (mom, dad, bro, sis, roslan, frens) dont want to watch this kind of movie of my life..

so what color should i choose?

Sunday, March 05, 2006

apahal gomen kita??

'harge minyok naik 30sen pulok. kawang ghaser sakit ati bettu.. apeha dengang gomeng kitter?' (baca dengan loghat tganu)

apehal gomen kita? tau la korang tak penah isi minyak sendiri... tulah.. undi lagi BN (Barang Naik).. ok je bagi depa2 yang ada drebar, drebar yang isi, gaji drebar gomen bayor, minyak depa gomen bayor... api, air sewa umah depa gomen bayor... alahh... komen2 lelebih pon gomen bukan bace apa yang rakyat tulih... tak de masa, sibuk dengan tugasan negara... yelah sangat!!!!!!!!

bayar lah subsidi minyak ko tu dengan kebaya nyonya ko!!! bayar laaa dengan songket ko!!! bayar la dengan industri batik ko tu... apa ko ingat tu semua boleh jana ekonomi sangat??? apahal ko??? tol pon dah naik harga, makanan naik harga, ko lainlah pegi sana sini semua gomen tanggung blanja...

kalo beli keta tempatan, banyak sangat birokrasinya, beli import tax tinggi melampau2.. ko lainlaaaa... pakai kereta gomen... ye laaaa, ko kan org gomen, gomen Barang Naik(BN)!!!! urusan dunia pon ko tak mampu handle, urusan akhirat??? woi... ko ingat rakyat ngumpat2 ko, ko dapat pahala ke??? kalo ko tak adil, bukan pahala ko dapat!!!

JIWA KACAU semua rakyat ko... ko tengok laaa... ko jaga2 laaa... ko hati2 laaa.... ko tak rasa sekarang, nanti ko akan rasa jugak... subsidi konon??? apahal la gomen kita??? ko ingat ko boleh jadi gomen lagi ke??? ko tunggu la...

Sunday, February 26, 2006

kekalutan, kesibukan, kegelapan, kejelikan..

pernah kau lihat daging? daging yang kau rendam dalam larutan garam, sudah bertukar menjadi gelap warnanya. Selepas itu kau biar daging di luar peti sejuk, hingga berubah lagi bentuknya. Hingga kau mahu masak pon kau tak lalu lagi dan tidak pasti, mahu buang kau sayang, mahu basuh kau bingung.. apa yang kau lakukan? apa yang kau bertindak?

itulah hati kau, hati yang kau rendam dengan larutan dosa. lepas itu kau biarkan hati kau tanpa salutan zikir.. itulah hati kau. kau akan terbau busuknya, kau akan terasa masamnya, kau akan bingung!! bingung!! apa yang akan kau buat? apa yang kau akan lakukan?

kau bagitahu aku apa yang akan kau lakukan. biar ku catat di sini sebagi haiku, sebagi diskusi antara hati kita...

Sunday, February 12, 2006

A “Love” Story

Once upon a time there was an island where all the feelings lived. Happiness, Sadness, Knowledge, and all the others, including Love.

One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the island paradise until the last possible moment. When the island was almost totally under, Love decided it was time to leave. She began looking for someone to ask for help.

Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, “Richness, Can I come with you on your boat?” Richness answered, “I’m sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you anywhere.”

Then Love decided to ask Vanity for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, “Vanity, help me please.” “I can’t help you,” Vanity said. “You are all wet and will damage my beautiful boat.”

Next, Love saw Sadness passing by. Love said, “Sadness, please let me go with you.” Sadness answered, “Love, I’m sorry, but, I just need to be alone now.”

Then, Love saw Happiness. Love cried out, “Happiness, please take me with you.” But Happiness was so overjoyed that he didn’t hear Love calling to him.

Love began to cry. Then, she heard a voice say, “Come Love, I will take you with me.” It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name. When they arrived on land the elder went on his way. Love realized how much she owed the elder.

Love then found Knowledge and asked, “Who was it that helped me?” “It was Time,” Knowledge answered. “But why did Time help me when no one else would?” Love asked. Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, “Because only Time is capable of understanding how great Love is.”

Thursday, February 02, 2006

DAERAH KULUS (suatu catatan perjalanan rohani)

21 Disember 2004

Di sudut ketiga, tempat KULUS bagi yang ingin berjalan sebagai salik, satu jiwa merintih
menghadap Kekasihnya,kenapa keras qalbunya, seakan mengelak dari mengingat pencipta, berlaku
konflik dan dialog yang mengheret pemilik jasad ke satu daerah sunyi bernama HATI:


Nafsu: Sanjana... i love u... sanjana i love u... kabhi kushi kabhi gham
dhoom machale dhoom machale dhoom dhoom dhoom...

Akal: (membayangkan aksi tarian bolly)

sanubari: allah allah allah... tolong lah nafsu tolonglah akal, tenanglah
kalian, kasihan pemilik jasad ini, dia cuba berzikir, cuba mangithbatkan hatinya agar wuquf
qalbunya kepada pencipta...tenanglah nafsu, tenanglah akal.. laa ilaha illallah...
la maqsuda illa ALLAH....

Nafsu: bukan salahku sanubari, dia sendiri yang menderaku, memasukkan unsur2 ini ke telinga
bermakna menyamarakkan bahagian suu' aku...

Akal: aku setuju dengan nafsu, bia aku cuba menafikan tindakan pemilik jasad, di heretnya aku
bersama menonton cerita2 sebegitu.. apabia nafsu bersemarak, akal pun tiada berguna sanubari...

sanubari: jika kalian tidak kasihan pada pemlik jasad, kasihanilah aku... aku dipalu sekuat nya kerana
kerasnya aku akibat dorongan nafsu yg tidak mencernakan makna akal.. kasihanilah aku...
tenanglah nafsu.. tenanglah akal...

akal: apa faedahnya aku bertenang, aku sendiri tidak tenang sejak mula, panik aku bermula sejak
thabat hatinya mahu ke KULUS ini, beraninya pemilik jasad tinggalkan urusannya bagi satu uzlah
rohani, tak sedarkah dia, aku sebelum ini tak diguna ke arah bahagia???

nafsu: aku juga di pupuk dibaja dengan makanan2 yg sedap2, puasa sunat jarang sekali. namun bila
datang ke KULUS aku berlapar, makan yg qanaah, bukan bagi menyihatkan aku, seolah mahu membunuh
pula..

HS: akal, buka lah dirimu menurut panduan NYA.. bukankan perut yg lapar membuka jalan akal yg
cerdik??? Nafsu,kurus nya engkau tidak bererti tidak sihat, bertambah kurus engkau bertambah
dekat dengan jaminanNYA. naik taraf ke arah mutmainnah...allah allah allah... laa ilaha
illallah... la maqsuda illa ALLAH....


pemilik jasad terkaku??? benarkah apa yg berlaku? dialog di dalam hatinya berlaku antara sanubari,
akal dan nafsu.. mengalir air mata pemilik jasad, merintih, tersiksa rupanya sanubariku kerana
tindakan di luar kewarasan akal selama ini,mengabaikan suruhan pencipta, menggemukkan nafsu
dengan makanan yang tidak sihat, 'nafsuku perlu makanan zikrullah....'rintih pemilik jasad...


sanubari: zikir lah zikir... allah allah allah... wuquf kan qalbi, nafi dan isbatkan la maqsuda
illa ALLAH!!!! allah allah allah...

penuntun rohani: bangunlah dari tidur!!!! ALLAH tak boleh dimadukan!!!!!


pemilik jasad meraung di sudut kedua... datang cahaya kebesaran... dibelai2nya pemilik jasad..
bagimana pemilik jasad mahu tenteram sedang hatinya hanya satu dan salah satu di dalam hatinya
perlu dikorban.. pemilik jasad terasa lemah, tiada tahu apa patut dilakukan... kata penuntun
rohani, palu sanubarimu, buangkan mazmumah mu,la maqsuda illa ALLAH!!!!


22 Disember 2004

pemilik jasad masih memalu sanubarinya, menolak mazmumahnya, mewuqufkan qalbu agar dapat
isbatkan laa maqsuda illa ALLAH ke sanubari...tiba2 kedengaran seolah di telinga pemilik jasad:


nafsu: makin kurus aku di daerah KULUS ini, namun aku rasa semakin cantik.. betul kata
penuntun rohani ALLAH tak boleh dimadukan!!!

akal: semakin hari cergas terasa aku di daerah KULUS ini, makan yg sedikit tak menjejas rupanya,
tidur yg kurang tak menjadi sebab kelembapan aku selama ini... semakin kurang tidur si pemilik
jasad semakin aktif serasa aku berkejaran..

HS: laa ilaha illa ALLAH!!! laa maqsuda illa ALLAH!!! la maujud illa ALLAH!!!! teguhkan dirimu
pemilik jasad, kami bersamamu, kita akan menghadap tuhan yang satu, aku perlu sentiasa
berseru... namaNYA... allah allah allah... ampunkan aku ya ALLAH, ampunkan dosa ku yg kecil,
yang besar, yg zahir mahu yang batin..


tiba2 tubuh pemilik jasad bergetaran, setiap inci tubuhnya seia sekata bersatu, ALLAH ALLAH
ALLAH!!!! hampir rebah pemilik jasad, tapi digagahnya tegap di tawaruk kirinya... zauqnya
dalam mengecap nikmat tenggelam dalam lautan kalimah ALLAH itu semakin manis seiring kesatuan
kata sanubari, akal dan nafsunya yg semakin kurus namun semakin cantik di daerah KULUS itu...
ma'iyyahnya, ahadiyahnya, mutlaknya pengabdian itu... semakin, semakin cantik...

Wednesday, February 01, 2006

sudahkah tiba???

mula - mula kejang kakinya
kemudian putih matanya
kemudian herot mulutnya
sedang dia di atas hamparan
mahu sujud menghadap tuhan...
pelik kelaku bila berjumpa
sengih dan tawa tak kunjung henti
apa pulak petanda kali ini???
timbul resah menari-nari..

kali kedua selepas wuduk
mahu dia hadap pencipta
keluar mahu bertanya
sudah masukkah waktu menghadapNYA?
mujur petang datangnya...

kali ketiga datang dinihari
terketar-ketar sendiri
rupanya dingin pagi
ditambah curahan air menyuci..

si tua yang sudah lama berbakti itu
diuji lagi dia
walau sendiri dia
nampak bersendiri

ramai berkeliling dia namun tampak sendiri
sedarkah???
sudahkah tiba???


p/s: didoakan buat tok tersayang, semoga ALLAH merahmati beliau...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP